Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 31, 2017

TAK DAPAT BALIK RAYA, CARI DUIT UNTUK MAK




Batu Pahat: "Mak, saya tak dapat balik raya nanti sebab nak kerja cari duit banyak-banyak untuk mak." Itulah ungkapan akhir seorang nelayan remaja sebelum hilang di laut selama enam hari dan mayatnya ditemui jam 9.10 pagi tadi. 

Mohd Syami Hasing, 17, hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, jam 1 tengah hari Jumaat lalu sebelum mayatnya ditemui di Perairan Sungai Ayam, di sini, kira-kira 40 batu nautika dari tempatnya hilang. 

Dalam kejadian itu, bot tunda dinaiki bersama tiga rakannya yang lain terbalik akibat dipukul ribut dan angin kencang menyebabkannya hilang manakala tiga rakannya dapat menyelamatkan diri. 

Ibunya, Rosnah Laivah, 61, tidak menyangka pesanan akhir anak bongsunya itu sehari sebelum kejadian yang menyatakan tidak dapat pulang berhari raya kerana mahu mencari wang menjadi kenyataan. Rosnah berkata, dia menyangka anaknya itu sekadar bergurau apatah lagi beliau baharu berpindah ke Endau, Mersing dari Kudat, Sabah untuk bersama anak-anaknya yang lain yang sudah setahun berhijrah ke negeri ini untuk mencari rezeki. 

"Amir (Mohd Syahmi) menelefon saya sehari sebelum kejadian kerana mahu memberitahu tidak dapat pulang ke Endau untuk berpuasa serta berhari raya kerana mahu mencari duit untuk saya. 

"Kami memang miskin dan terpaksa berhijrah dari Kudat ke Johor bagi mencari sinar baharu namun tidak menyangka hajat Amir untuk membahagiakan saya dan keluarganya tidak kesampaian. 

"Apatah lagi mengenangkan dia sanggup tinggal seorang diri menyewa di Pontian dan bekerja sebagai nelayan sejak setahun lalu bagi mencari wang untuk keluarga," katanya sebak ketika ditemui di Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, hari ini. 

Terdahulu, Rosnah membuat pengecaman ke atas jenazah anaknya itu di unit berkenaan.


Read more »

DUA ADUN ANTARA ENAM DIBEBAS




Kuala Lumpur: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak dan empat lagi individu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika bantahan '#Kitalawan', dua tahun lalu. 

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap ADUN Teja, Chang Lih Kang, 37, dan ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, 35, kedua-duanya dari parti PKR, selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan. 

Empat individu lain ialah Pegawai Perhubungan Perkampungan Daerah Gombak, Chee Chu San, 42; pembantunya, Yong Ming Chong, 49; bekas Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya, N Tamilarason, 55; dan aktivis, Gan Zhi Mou, 26. 

Mengikut pertuduhan, semua tertuduh didakwa bersama-sama sengaja menghalang pegawai DBKL, Mohd Hariyadi Mohd Nor, 35, daripada menjalankan tugasnya di Jalan Tun Perak, Persimpangan Jalan Raja Laut, jam 12.25 tengah malam, pada 27 Mac 2015. 

Mereka didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Sementara itu, Chee yang berhadapan dengan pertuduhan menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang anggota DBKL di tempat dan waktu yang sama turut dilepas dan dibebaskan. 

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. 

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurakmal Farhan Aziz manakala Eric Paulsen, Melissa Sasi Daran dan Mohd Haijan Omar adalah peguam semua tertuduh.


Read more »

20 SEBATAN JUAL JUADAH BERBUKA SEBELUM JAM 4




Banda Aceh – Para peniaga yang menjual juadah berbuka puasa di sini diingatkan supaya tidak berbuat demikian sebelum jam 4 petang sepanjang bulan Ramadan ini.

Jika melanggar peraturan itu, mereka boleh dikenakan hukuman sebat 20 kali, demikian kenyataan Komunikasi Pimpinan Daerah (Forkopimda) Aceh Utara.

Hukuman tersebut adalah berdasarkan kanun Aqidah, Ibadah dan Syiar yang dikuatkuasakan di wilayah itu.

“Kita berharap para peniaga dan masyarakat mematuhi syarat yang sudah ditetapkan untuk berniaga sepanjang Ramadan,” kata ketua Willayatul Hisbah Aceh Utara, Tgk Mursalin seperti dipetik Tribunnnews.

Menurutnya, peniaga juga dilarang membuka warung atau gerai sepanjang waktu Maghrib sehingga selesai solat Tarawih. Larangan berkenaan turut meliputi kedai telekomunikasi dan pusat cafe siber.

Kepada penduduk yang bukan beragama Islam, Tgk Mursalin menambah, mereka perlu menghormati muslim di situ menjalani semua ibadah sepanjang Ramadan.


Read more »

[KUANTAN] BENGKEL RANAP DIHEMPAP MYVI




Seorang pemilik bengkel membaiki motosikal kerugian lebih RM5,000 apabila bengkelnya di Jalan Haji Ahmad, dekat sini, dirempuh kereta PERODUA Myvi. 

Dalam kejadian jam 7 pagi semalam, kereta itu dinaiki tiga lelaki dipercayai dari arah bandar Kuantan menghala ke kawasan perindustrian Semambu, di sini, sebelum hilang kawalan dan terbabas merempuh bengkel milik mangsa. 

Pemilik bengkel, Au Yong Junbin, 32, berkata dia dimaklumkan kejadian itu oleh pemilik premis berhampiran. 

"Ketika saya sampai, kereta (Myvi) kosong, ...tidak ada pemandu atau penumpang, saya rasa mereka lari selepas kejadian. 

"Kereta dalam keadaan terbalik dan ada kesan kerosakan pada beberapa bahagian kereta itu. 

"Saya rasa dia (pemandu) ini mabuk dan bawa laju sebelum terbabas ke bengkel milik saya ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan menerima laporan daripada pemilik bengkel itu. 

"Kita akan siasat kes ini mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saya difahamkan kereta terbabit tiada cukai jalan. 

"Kami akan kesan pemilik asal kenderaan ini berdasarkan maklumat yang ada bagi melengkapkan siasatan," katanya.


Read more »

BR1M 2017 PERINGKAT KEDUA DIBAYAR MULAI 5 JUN


BR1M


Kuala Lumpur – Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini.

Beliau berkata pembayaran yang bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri itu melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

“Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my.


Read more »

MALAYSIA KUTUK PELANCARAN PELURU BERPANDU KOREA UTARA


Korea Utara tingkatkan provokasi


Kuala Lumpur - Malaysia hari ini mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara yang dilancarkan di Wonsan, pantai timur negara itu semalam (29 Mei).

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, ini merupakan pelancaran ketiga dalam tempoh sebulan, menjadikan jumlah pelancaran sebanyak sembilan kali pada tahun ini.

"Penentangan berterusan pihak Korea Utara untuk menghentikan program nuklear dan peluru balistiknya secara serta-merta seperti yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), telah mengeruhkan lagi situasi yang sudah sedia tegang di Semenanjung Korea.

"Malaysia mengutuk pencabulan secara jelas oleh Korea Utara terhadap resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, Malaysia juga menggesa Korea Utara untuk memenuhi obligasi antarabangsa demi kepentingan keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.

"Dalam hal ini, Malaysia menyeru supaya dialog secara aman dan rundingan diadakan semula antara Korea Utara dengan pihak-pihak yang berkaitan," katanya.

Korea Utara dilaporkan melancar satu lagi ujian peluru berpandu balistik berhampiran Lapangan Terbang Wonsan yang mendarat di Laut Jepun semalam.

Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan berasingan berkata pihaknya telah menerima laporan bahawa tiga orang pelajar Malaysia telah ditahan oleh Polis Greater Manchester sekitar 5.40 petang semalam (waktu tempatan).

Katanya pelajar tersebut telah dibawa ke Balai Polis Longsight di Manchester, dipercayai untuk disoal siasat dan telah dibebaskan pada 9 malam (waktu tempatan).

Walau bagaimanapun, kementerian tidak menyatakan sebab mereka disiasat.


Read more »

REZEKI 'TERPIJAK' BAWA KEUNTUNGAN





Sudah pasti ramai tidak akan percaya apabila seseorang yang mempunyai gaji bersih RM1,800 sebulan mampu memiliki lapan unit rumah dalam tempoh 14 tahun.

Nekmatuzzura Ubaidari, 36, memiliki rumah sendiri ketika dia berusia 23 tahun, yang mana semasa itu hanya mempunyai gaji RM850 sebulan ketika bekerja sebagai kerani sumber manusia di sebuah pusat beli-belah milik tempatan pada 2003.

"Semuanya bermula apabila saya terpijak risalah rumah lelong. Saya kutip dan baca risalah itu, lokasinya dekat sahaja dari rumah ibu bapa saya.

"Saya pergi tinjau rumah dan terus pergi bida rumah itu sendirian, ketika itu mungkin rezeki saya, tidak ada orang datang, jadi saya dapat rumah itu dengan harga RM72,000," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, dia menggunakan RM7,200 duit simpanannya bagi deposit rumah dengan bayaran bulanan RM300 sebulan kepada pihak bank dan menyewakannya dengan RM600 sebulan.

"Dengan pendapatan RM300 pada ketika itu, kini kadar sewa rumah itu mencecah RM1,200 sebulan.

"Bermula daripada itu, saya melihat ia mampu mendatangkan pendapatan dan saya cuba untuk membeli rumah lelong kedua setahun selepas itu di Ukay Perdana.

Jikalau pada bidaan yang pertama Nekmatuzzura tidak mempunyai pengalaman langsung tentang rumah lelong.

Kali ini, dia mengumpul ilmu dengan membaca buku hartanah daripada ikon hartanah yang terkemuka dalam negara.

Berdasarkan kepada pengalaman itu, Nekmatuzzura berjaya membida rumah dengan harga RM52,000.

Bermula daripada itu, anak kelahiran Datuk Keramat Kuala Lumpur ini merasa seronok dan melihat pendapatan yang positif kepadanya.

Tahun seterusnya pada 2005, bekas pelajar Politeknik Ungku Omar dalam bidang kejuruteraan awam ini membeli rumah lelong ketiga dan pada 2007, rumah keempatnya.

Kini, Nekmatuzzura yang telah menjadi penjawat awam sejak tiga tahun lalu itu mempunyai lapan rumah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, yang mana dua daripadanya rumah baharu dengan harga di bawah RM300,000.

Nekmatuzzura mengakui bukan mudah untuk memiliki kesemua rumah itu, bahkan, katanya, perlu ada kesabaran dan hidup perlu bersederhana.

"Saya sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan duit yang halal. Saya pernah kerja sambilan untuk membersihkan tandas, jual tin dan kertas terpakai.

"Saya juga membawa bekal ke tempat kerja daripada dahulu lagi, ketika itu hidup agak susah. Tetapi, sekarang ini, walaupun ada duit lebih sikit namun saya tetap amalkan hidup berjimat, mungkin sudah terbiasa," katanya.

Berkat usaha dan doa kedua ibu bapanya, siapa sangka kini, Nekmatuzzura mampu menjana pendapatan bersih RM4,000 sebulan bagi semua rumah sewa miliknya, selepas potongan RM1,800 bayaran untuk pihak bank.

Nekmatuzzura juga mengimpikan untuk mempunyai kira-kira 80 unit rumah apabila pencen nanti.


Read more »

KONTROVERSI MUKA DEPAN: THE STAR GANTUNG 2 EDITOR




Kuala Lumpur – Dua editor kanan The Star telah digantung tugas berikutan siasatan terhadap muka hadapan akhbar itu pada 27 Mei.

Menurut laporan The Star Online, dua editor itu ialah ketua pengarang Datuk Leanne Goh Lee Yen dan editor eksekutif Dorairaj Nadason.

Ia menyatakan kedua-dua mereka akan berhenti menjalankan tugas masing-masing sehingga notis seterusnya.

“Mereka telah digantung dari tugas dan siasatan terhadap perkara itu akan dijalankan tidak lama lagi. Pengarah urusan dan ketua pegawai eksekutif Star Media Group Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi bahagian editorial dalam tempoh berkenaan,” kata laporan itu malam ini.

Muka hadapan The Star 27 Mei memaparkan foto dan keterangan gambar umat Islam sedang mengerjakan solat taraweh pada hari pertama Ramadan di bawah tajuk terang “Malaysian Terrorist Leader”.

Ini mencetuskasn kritikan daripada pelbagai pihak, terutama badan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang menyifatkan tajuk berita dan keterangan gambar itu sebagai tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat Islam.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memanggil empat editor The Star untuk menjelaskan tajuk, foto dan keterangan gambar yang seolah-olah menunjukkan umat Islam ada kaitan dengan terrorisme.

The Star kemudian diberikan masa tujuh hari untuk menjawab surat mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap akhbar tabloid itu di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, termasuk menggantung permit penerbitannya.


Read more »

DAP DIGESA MOHON MAAF KERANA BOHONG RAKYAT


Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail


Kuala Lumpur – Pakatan pembangkang khususnya parti rasis DAP perlu meminta maaf kepada semua kerana berulang kali membohongi rakyat dengan dakyah yang mendakwa negara bakal bankrap.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya membawa masuk pelaburan daripada Arab Saudi, India dan juga China.

Malah katanya, Malaysia turut mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang memberangsangkan pada 5.6 peratus pada suku tahun pertama.

“Saya menggesa pembangkang khususnya DAP agar memohon maaf kepada semua rakyat di negara ini atas tindakan mereka yang menyebarkan dakyah kononnya Malaysia sudah mahu bankrap.

“Tindakan mereka ini menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat sedangkan hakikatnya tidak benar sama sekali,” katanya memetik laporan UMNO Online.

Menurutnya, tindakan DAP itu juga turut memberi kesan terhadap pelaburan di mana ia memberi gambaran buruk kepada pelabur asing.

“Perbuatan itu bagi saya amat tidak bertanggungjawab dan menimbulkan rasa cemas di kalangan rakyat di negara ini serta memburukkan nama negara di mata pelabur asing dunia.

“Mereka sepatutnya meminta maaf kepada semua rakyat di negara ini atas perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab itu,” tegasnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut meminta agar rakyat di negara ini berhati-hati menerima sebarang maklumat yang disebarkan oleh pembangkang.

“Saya lihat pembangkang hari ini sanggup buat apa sahaja termasuk menyebarkan tohmahan dan fitnah terhadap kerajaan BN demi kepentingan dan keuntungan politik mereka.

“DAP sanggup memburukkan nama negara mereka sendiri di luar negara dengan menjaja perkara yang tidak betul sehingga boleh menyebabkan timbulnya persepsi negatif dalam kalangan orang luar khususnya pelabur asing,” katanya.


Read more »

NASIB ANNUAR MUSA DITENTUKAN JUN INI







Putrajaya - Keputusan mesyuarat Mara berhubung isu penggantungan pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa akan diserahkan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun ini.

Menurut Ismail Sabri, tindakan selanjutnya hanya akan diambil setelah pihaknya menerima laporan tersebut secara rasmi dari Mara.

"Pada mesyuarat yang diadakan pada 18 Mei lalu, saya difahamkan bahawa jawatankuasa audit dalam Mara telah membentangkan dapatan berhubung isu itu.

"Saya belum menerima laporan itu secara rasmi kerana ketika mesyuarat diadakan, saya berada di luar negara," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran KKLW, sebentar tadi.

Pada masa sama, beliau turut mengesahkan Annuar masih kekal memegang jawatan Pengerusi Mara walaupun diarahkan bercuti sementara.

"Status terkini beliau masih digantung daripada jawatan tersebut.

"Bagaimanapun beliau masih kekal memegang jawatan itu, cuma apabila diarahkan bercuti, buat masa ini beliau tidak menjalankan tugasnya," katanya.

Pada majlis sama, lebih 200 warga KKLW meraikan kehadiran 82 orang anak yatim dari Rumah Amal Al Firdaus, Shah Alam dan Rumah Raudhatul Al Faeez, Gombak.

Kesemua anak-anak yatim yang hadir turut menerima sumbangan duit raya dan keperluan harian.









Read more »

TANGAN HANCUR TERSEPIT MESIN PENGISAR DAGING


Tangan mangsa yang hancur selepas tersepit di mesin pengisar daging. (SENSORKAN). Foto : Bomba


Klang - Malang tidak berbau. Itu nasib yang menimpa seorang pekerja wanita apabila tangan kanannya hancur selepas tersepit dalam mesin mengisar daging dalam satu kejadian di sebuah kilang pengisar daging.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 petang di Taman Sentosa di sini, semalam.

Tangan kanan mangsa warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Fara berusia lingkungan 20-an hancur sehingga ke pergelangan tangan.




Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, Muhammad Yatim Noor Mohd berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, pihaknya yang tiba dapati mangsa sedang menahan kesakitan kerana tangan kanannya tersepit pada mesin mengisar daging.

"Kita terpaksa membuka mesin pengisar terbabit bagi mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

"Operasi mengambil masa kira-kira liima minit berjaya mengeluarkan tangan mangsa," katanya.

Tambahnya, mangsa yang masih trauma itu kemudiannya diserahkan kepada pihak paramedik sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.


Read more »

Tuesday, May 30, 2017

[KUANTAN] PROGRAM MEET & GREET TUBE PAHANG



Persatuan Usahawan TUBE Pahang (PATUH) dengan kerjasama SME Corp Pahang, MAYC Pahang dan Kolej Yayasan Pahang (KYP) telah menganjurkan program yang dinamakan ‘Meet & Greet TUBE Pahang bertempat di Auditorium 1, Kolej Yayasan Pahang, Kampus Taman Gelora, Kuantan pada 25.5.2017 (Khamis) lalu.

Meet & Greet TUBE Pahang merupakan program yang julung-julung kalinya diadakan oleh Persatuan Usahawan TUBE Pahang (PATUH) yang disokong oleh SME Corp. Pahang. Program ini adalah usaha bagi mengumpulkan belia-belia yang berminat dalam perniagaan untuk mengenali program ‘TUBE’ (Tunas Usahawan Belia Bumiputera) siri 4.0 yang bakal dijalankan.

Dengan program sebegini diharapkan usahawan TUBE mampu membentuk jaringan usahawan belia bumiputera yang kukuh dan berdayasaing sekaligus mampu melonjakkan nama agensi-agensi yang terlibat sebagai sebuah organisasi yang banyak membantu usahawan belia di Malaysia.

Antara objektif program adalah: 1) Berkongsi ilmu, pengalaman dan maklumat belia melalui program TUBE 4.0 yang nakal dilaksanakan kelak 2) Melancarkan penubuhan ‘PATUH’ 3) Mewujudkan kerjasama dikalangan Belia dan agensi keusahawanan di Negeri Pahang.

Seramai lebih 120 orang hadir dimajlis berkenaan yang terdiri dari ahli ‘PATUH’, Belia MAYC serata Negeri Pahang serta dhif jemputan. YB Dato’ Sri Haji Shahiruddin Ab. Moin, Pengerusi Jawatankuasa Koperasi. Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri Pahang hadir merasmikan majlis berkenaan.







Editor,


Read more »

ISU THE STAR: POLIS BUKA KERTAS SIASATAN


KDN akan panggil The Star esok


Kuala Lumpur - Polis membuka kertas siasatan berhubung penyiaran muka depan akhbar berbahasa Inggeris The Star pada Sabtu lepas di bawah Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Keseksaan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata polis akan memanggil mereka yang bertanggungjawab bagi membantu siasatan berikutan banyak laporan diterima mengenai paparan muka depan akhbar itu melibatkan foto dan kapsyen yang menyinggung perasaan masyarakat Islam.

"Mereka (The Star) perlu memberi keterangan kenapa, apa sebab atau niat menyiarkan gambar berserta kapsyen seumpama itu," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anggota keselamatan negara di sini, hari ini.

Pada Sabtu lepas,akhbar The Star telah menyiarkan gambar berserta kapsyen yang dikatakan tidak sensitif dengan umat Islam di negara ini sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dan maklum balas pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negara ini.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri turut memanggil empat wakil akhbar harian itu untuk memberi penjelasan berhubung kaitan foto umat Islam menunaikan solat Tarawih pada malam pertama Ramadan,namun tajuk muka depan di atas foto itu tertulis "Malaysia Terrorist Leader", seolah-olah mengaitkan umat Islam dengan keganasan.

Mengulas mengenai identiti dua warga Malaysia yang terbunuh dalam pertempuran dengan tentera Filipina di bandar Marawi, Mindanao baru-baru ini, Khalid berkata pihaknya masih belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa negara itu.

"Kita sedia maklum mengenai perkara ini namun perlu ada pengesahan daripada pihak berkuasa Filipina," katanya. 

Dua rakyat Malaysia itu dipercayai antara 13 militan yang terbunuh dalam pertempuran di selatan Filipina.

Pertempuran itu berlaku apabila pasukan keselamatan Filipina menyerbu Marawi untuk memburu pemimpin Kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon, serta kumpulan Maute, yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh.


Read more »

LELAKI TRAUMA DIROGOL 3 WANITA BERGILIR-GILIR




Kegilaan apakah ini? Seorang lelaki kini trauma selepas dirogol bergilir-gilir oleh tiga wanita selepas dia menaiki sebuah teksi dalam kejadian yang mengejutkan di Afrika Selatan.

Lelaki berusia 23 tahun itu telah diminta duduk di tempat penumpang depan dalam teksi terbabit sebelum dia disuntik dengan sejenis ubat hingga tidak sedarkan diri pada Jumaat lalu.

Selepas sedar, lelaki itu terkejut apabila dia berada di dalam sebuah bilik hotel di mana ketiga-tiga wanita terbabit telah bergilir-gilir merogolnya dalam masa sehari.

Mereka juga memberinya minuman tenaga sebelum jenayah rogol itu dilakukan.




Mangsa kemudiannya ditinggalkan separuh bogel di sebuah padang sebelum dia berjaya tumpang kenderaan lain dan membuat laporan polis.

Kes itu disiasat dengan polis memberi jaminan setiap kes rogol dipandang serius tanpa mengambil kira jantina mangsa.

Dalam pada itu, Rees Mann dari Lelaki Mangsa Serangan Seksual Afrika Selatan berkata, hampir 20 peratus daripada kes deraan seksual dilaporkan berlaku ke atas lelaki.

“Mangsa lelaki ini jarang membuat laporan polis berbanding wanita kerana polis tidak memandang serius kes berkenaan,” katanya.


Read more »

LETAK TANDA HARGA, KPDNKK BERI PERINGATAN TERAKHIR




Putrajaya – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi peringatan terakhir kepada peniaga supaya meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan di bawah Skim Kawalan Harga Bulan Ramadan (SKHBR) 2017.

KPDNKK berkata ini kerana, pemantauan penguat kuasa KPDNKK di seluruh negara mendapati terdapat peniaga yang tidak meletakkan tanda harga merah jambu pada barangan kawalan dan menjual mengikut harga biasa.

“Alasan yang diberikan adalah mereka tidak mendapat maklumat atau tidak sedar tentang pelaksanaan SKHBR 2017 ini,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

KPDNKK berkata penguat kuasa akan mengeluarkan notis amaran atau mengenakan kompaun ke atas peniaga yang melanggar pelaksanaan SKHBR 2017.

Pada 19 Mei lepas, Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan sebanyak 10 barangan disenaraikan dalam SKHBR 2017 selama 10 hari bermula 22 Mei hingga 31 Mei ini di seluruh negara.

Barang-barang berkenaan adalah kacang tanah; kacang hijau; telur ayam gred A, B dan C; kelapa biji; kelapa parut; gula pasir putih halus dan kasar serta tepung gandum.

Hamzah berkata skim itu pertama kali dilaksanakan berikutan cadangan orang ramai berhubung kenaikan harga barangan tertentu menjelang bulan Ramadan.


Read more »

'DR GANJA' GUNA ALASAN MAHU UBATI PENYAKIT


'Dr Ganja' guna alasan mahu ubati penyakit


Kuala Lumpur - Alasan kononnya mampu mengubati penyakit dijadikan sebagai modus operandi sindiket dadah untuk melariskan produk mereka yang berasaskan ganja.

Namun, sindiket yang dipercayai aktif sejak lima bulan lalu ini akhirnya tumpas dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik bersama elemen Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (Sting), Bukit Aman, di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kang Chez Chiang berkata, serbuan yang dijalankan kira-kira jam 12.30 tengah hari berjaya menahan tiga individu berusia 35 hingga 58 tahun.

Menurutnya, penahanan itu melibatkan dalang yang menggelar diri sebagai 'Dr Ganja' bersama isterinya warga Indonesia.

"Dalam serbuan ini, polis telah merampas pokok (18 batang), tumbuhan dan serbuk (4 kg), benih (72 kg), minyak (4 liter), coklat (1.4 kg), madu (125 liter), marjerin (2 liter), kek (400 gram) dan susu (1 liter) yang mana kesemuanya disyaki mengandungi dadah jenis ganja.

"Kita turut merampas pelbagai alat menghisap serta memproses dadah selain sebuah kenderaan jenis Ford Telstar," katanya dalam sidang media, hari ini.


Chez Chiang (tengah) menunjukkan barang yang dirampas.


Mendedahkan tentang modus operandi sindiket itu, beliau berkata, sindiket ini menjual produk terbabit di laman media sosial seperti Facebook, WeChat dan WhatsApp.

Menurutnya, mereka yang mendakwa mampu mengubatkan penyakit yang tidak boleh sembuh menjual pelbagai produk disyaki berasaskan ganja iaitu kek, susu, marjerin, coklat dan madu.

Selain menjadikan rumah sebagai 'klinik' untuk merawat, rumah itu juga dipercayai menjadi markas untuk menghisap ganja.

"Pelanggan dipercayai mampu mendapatkan produk terbabit dengan harga serendah RM5 sehingga RM50 bergantung jenis produk.

"Sindiket ini menjual produk-produk ini secara online. Bagaimanapun, kita masih menyiasat sama ada mereka ini menggunakan khidmat kurier atau tidak.

Kesemua suspek yang didapati positif dadah jenis ganja kini direman tujuh hari sehingga Jumaat ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 6B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.


Read more »

TAHUKAH ANDA APA ITU GEJALA 'MICRO SLEEP'?


Micro sleep


Kuala Lumpur - Golongan dewasa secara puratanya memerlukan tidur selama lapan jam sehari untuk mendapat rehat yang cukup.

Pakar psikologi dan kaunseling, Dr Meriam Omar Din berkata, individu yang tidak cukup tidur akibat tekanan dan bebanan tugas terdedah gejala terlelap atau dipanggil micro sleep.

“Micro sleep bukan penyakit. Ia seperti tidur dan menyebabkan seseorang tidak boleh kawal fikiran dan deria dalam masa singkat.

“Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana atau ketika lakukan sesuatu kerja, namun micro sleep lebih bahaya kepada yang memandu atau tunggang motosikal,” katanya.

Dr Meriam berkata, walaupun minuman berkafein seperti kopi dapat membantu, namun tidur tetap penting untuk memastikan diri kekal cergas dan bertenaga.

Gejala micro sleep ini nyaris meragut nyawa Khairul Nizam Ahmad yang membuatkannya lebih berhati-hati dan tidak leka dapatkan rehat dan tidur cukup ketika memandu.

Ejen insurans itu berkata, kejadian berlaku pada 2015 itu ketika beliau masih menuntut di kolej swasta telah membuka matanya untuk lebih menitikberatkan aspek keselamatan dan kesihatan diri.

“Saya tidak cukup tidur kerana ulang kaji pelajaran hingga lewat malam bagi hadapi peperiksaan tahun akhir, ditambah pula tekanan untuk dapat keputusan terbaik,” katanya.

Menceritakan kejadian itu, Khairul Nizam berkata, beliau yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kolejnya di Petaling Jaya hampir melanggar pembahagi jalan sehingga menyebabkan kereta dipandunya berpusing dan hilang kawalan.

Disebabkan terlalu panik, pemuda berusia 33 tahun itu akhirnya memandu secara perlahan ke stesen minyak berdekatan untuk tenangkan diri dan tidur seketika sebelum meneruskan perjalanan.


Read more »

[KUANTAN] 'SERONOK PUASA DI PERANTAUAN'


‘Seronok puasa di perantauan’


Meskipun berada di negara asing untuk menimba ilmu demi mencapai cita-cita, ia tidak menghalang mereka untuk menunaikan ibadah berpuasa di bulan Ramadan ini.

Mereka termasuklah pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang tidak ketinggalan merasai pengalaman menjalani ibadah berpuasa bersama-sama rakan warga tempatan di sini.

Bagi pelajar Ijazah Sarjana (PhD) Sains dan Teknologi Industri, Md Fazlul Karim Khan, 38, dari Bangladesh, pengalaman berpuasa di Malaysia merupakan satu detik istimewa yang boleh dikongsi apabila pulang ke negara asal nanti.

Mohd Fazlul berkata, belajar dalam persekitaran berbeza dan jauh dari kampung halaman adalah sesuatu yang mencabar, namun apabila mengetahui ganjaran dari Allah SWT, ia memberikan kekuatan untuk dia terus melaluinya.

“Berbanding negara sendiri, memang ada beza. Di sini yang menariknya setiap kali berbuka, kami sama-sama bawa pelbagai jenis juadah tradisional dan bertukar-tukar dengan rakan senegara.

“Dalam masa yang sama saya dan kawan-kawan juga dapat rasa juadah yang turut dikirim oleh kawan-kawan, jiran dan keluarga angkat di sini," katanya yang menggemari makanan Melayu seperti pulut seri kaya (pandan), karipap, nasi lemak, rendang, otak-otak dan martabak.

Dalam pada itu, menurutnya, menjadikan ibadah berpuasa itu lebih kuat adalah dengan menunaikan solat sunat Tarawih.

“Di sini saya memang tak solat tarawih sendirian, mesti berjemaah dengan komuniti di masjid. Walaupun kita semua dari tempat dan negara yang berbeza tapi bila datang masjid, kita semua sama di depan ALLAH SWT,” katanya.

Sementara itu, katanya, selama berpeluang menjalani ibadah puasa di perantauan, ia tidak pernah mengundang rasa tidak selesa atau kekesalan malah menganggap satu perkara yang harus dilalui dengan

“Memanglah menjelang Ramadan akan mula rindu dengan negara sendiri, keluarga, adik-beradik, rakan-rakan, tapi saya kena bersabar dan tolak tepi bagi menyelesaikan tanggungjawab.

“Namun saya bersyukur, berpuasa di sini selesa, orangnya sangat baik," katanya.

Bagi Benraghda Abdelmadjid, 29, yang berasal dari Algeria, walaupun menunaikan ibadah puasa itu tidak ada beza, namun dia gembira kerana banyak perkara menarik yang dapat dikumpul sepanjang Ramadan di negara asing.

Katanya, UMP memberikannya persekitaran rohani yang istimewa kerana kebanyakan pelajar menunaikan solat berjemaah termasuk sunat tarawih bersama-sama di masjid.

“Masa mengerjakan solat tarawih bersama pelajar-pelajar antarabangsa lain, sedikit sebanyak rasa rindu pada negara tercinta terubat.

“Seronok juga sesekali rasa kelainan. Lepas berbuka, semua pelajar di sini berarak ke masjid. Ini berbeza daripada biasa,” katanya yang turut meluangkan masa bertadarus al-Quran bersama teman-teman lain jika berkesempatan.


Read more »

PELUANG TERBAIK JANA PENDAPATAN


Peluang terbaik jana pendapatan


Sebut sahaja bazar Ramadan, pasti semua orang terbayangkan pelbagai jenis juadah berbuka puasa yang dijual. Tidak kurang juga karenah peniaga dalam menarik perhatian pengunjung dengan membuat pelbagai kelainan. Bukan setakat kuih muih, pelbagai jenis lauk pauk dan aneka air turut menceriakan suasana bazar. Wartawan Sinar Harian menyingkap kisah mereka yang menjadikan Ramadan sebagai sumber rezeki.

Peniaga akui utamakan kualiti makanan supaya wang dibelanjakan pelanggan berbaloi

Sesetengah pemilik restoran atau kedai makan di daerah ini memilih untuk menjual lauk pauk sepanjang bulan Ramadan kerana ia dikatakan lebih baik berbanding membuka kedai makan pada sebelah malam sahaja.

Namun ada juga pemilik restoran tidak menutup terus kedainya sebaliknya mengembangkan perniagaan di bazar Ramadan dengan menggunakan pekerja tambahan.

Pengurus Restoran Mydah, Faridah Mohammad, 51, berkata, dia tetap berniaga di bazar Ramadan kerana ia merupakan peluang terbaik untuk menjana pendapatan, malah lebih baik berbanding bulan lain.

Katanya, restorannya beroperasi seperti biasa pada sebelah malam tetapi dia menumpukan kepada menjual lebih 50 jenis lauk di bazar Ramadan di Bandar Baharu Pasir Puteh Sentral.

“Apa yang penting kita tekankan kualiti makanan tu sendiri, kita tak mahu pelanggan belanjakan wang untuk beli lauk atau juadah tak seberapa,” katanya.

Menurutnya, pengalaman berniaga di bazar Ramadan membolehkan dia mengumpul pelanggan tetap yang akan mencari gerainya walaupun bazar berpindah ke lokasi baharu mulai tahun ini.


Read more »

[JERANTUT] JERITAN BANGUN SAHUR


Jeritan kejut bangun sahur


Walaupun sudah berpuluh tahun menetap di Malaysia, namun masih segar dalam ingatan seorang anak kelahiran Indonesia akan kemeriahan berpuasa di kampung halamannya.

Malah jeritan mengejutkan penduduk Tembilahan, Riau untuk bangun sahur masih lagi terngiang-ngiang di telinga Jumri Abd Wahab, 49 sekali gus menjadikan momen itu istimewa dan sama sekali tidak dapat dirasainya setelah menetap di Malaysia sejak tahun 1982.


Jumri berkata, dia bersama kedua ibu bapanya serta enam adik beradik berpindah ke negara ini untuk mencari kehidupan yang lebih selesa sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan Siti Zauyah Mat Yusof, 48, pada 26 tahun lalu.


"Tradisi berpuasa di kampung asal saya tidak ada bezanya dengan Malaysia, suasana sama saja kecuali kemeriahan yang dirasai ketika sahur. Di sana mereka kejut dengan menjerit sahur! sahur! sepanjang jalan raya dan masjid.


Jumri (kiri) bersama Siti Zauyah (kanan) dan dua anak mereka menyediakan juadah berbuka untuk dijual di Bazar Ramadan Jerantut Feri selain turut menjadi juadah berbuka mereka sekeluarga


“Dari segi makanan juga tak jauh beza. Di sana ada makanan seperti bakso ketika berbuka, di sini juga saya dan keluarga masak bakso dan lain-lain lagi juadah tradisi Indonesia untuk berbuka,” katanya.

Jumri yang kini mempunyai enam anak berkata, selepas ayahnya meninggal dunia, ibu dan empat adik beradiknya pulang semula ke Indonesia untuk menetap di kampung asal mereka.

“Mereka semua sudah balik menetap di kampung asal kami. Cuma saya dan seorang abang sahaja yang masih ada di sini.

“Saya tak pernah balik ke Indonesia kecuali pada tahun 2014. Sekali itu saja. Itupun kerana ibu saya meninggal dunia,” katanya yang kini berstatus penduduk tetap (PR).

Menurutnya yang bekerja di sebuah kilang papan di sini, jika diizinkan, dia mahu pulang ke kampung halamannya untuk bertemu saudara mara.

“Saya memang nak balik tapi atas kekangan wang dan masa masih belum ada kesempatan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumah di sini, semalam.


Read more »

[KUANTAN] KOLEJ YAYASAN PAHANG MENERIMA LEBIH 500 PELAJAR BARU




Kolej  Yayasan Pahang (KYP) menerima lebih 500 pelajar baru di Kolej Kediaman Kolej Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur.

Pada tahun 2016, kemasukan pelajar mencecah seramai 1000 orang dan ini merupakan kemasukan tertinggi dibandingkan dengan institusi pengajian tinggi swasta lain di Pahang, malah mungkin juga di Malaysia.

Kolej Yaysan Pahang amat mementingkan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada para pelajar serta para ibu bapa.  Justeru KYP memberikan pelbagai perkhidmatan demi memastikan proses pendaftaran berjalan lancar serta mudah disamping dapat memenuhi keperluan semua pelajar.

Antara perkhidmatan yang sediakan pada hari pendaftaran adalah One Stop Centre sebagai kaunter informasi.

Kaunter Bank bagi membolehkan pelajar membuka akaun Bank Islam bagi tujuan pinjaman dan penajaan.

Kaunter Pengesahan Borang Geran Yayasan Pahang disediakan bagi memudahkan proses pengesahan geran. ADUN dan Ketua Kampung turut hadir pada hari pendaftaran untuk mengesahkan borang pengesahan geran di blok pendaftaran.


       

Read more »

Monday, May 29, 2017

[TEMERLOH] BAYI DIBUANG DI TONG SAMPAH KINI DIRAWAT DIHOSPITAL





Penduduk di sebuah Taman Perumahan di Temerloh telah digemparkan dengan penemuan seorang bayi berhampiran tempat pembuangan sampah.

Bayi lelaki.seberat 2.44kg itu kini sedang menjalalani pemeriksaan kesihatan oleh pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh dan dilaporkan dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan serius.

"Walaubagaimanapun bayi berkenaan masih dibawah pemantauan oleh pihak HOSHAS selama seminggu sebelum diserahkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan meminta perintah Mahkamah jika tiada pihak tampil menuntut bayi berkenaan".

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyelamatkan bayi tersebut.Dikesempatan ini juga saya bagi pihak Kerajaan Negeri berdukacita dengan kejadian ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini kita jangan mudah menuding jari menyalahkan sesiapa kerana kita belum mengetahui punca kejadian yang masih di dalam siasatan pihak polis."

"Ada kemungkinan ianya berpunca dari pasangan yang melahirkan anak diluar nikah.Melahirkan anak diluar nikah adalah suatu kesalahan tetapi tidak perlu melakukan kesalahan yang kedua dengan membuang bayi berkenaan kerana ada kemungkinan bayi tersebut akan meninggal dunia jika tidak diselamatkan seperti.bayi ini",ujar YB Dato' Shahaniza Hj Shamsuddin,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui selepas menziarahi bayi berkenaan di HOSHAS hari ini.

Beliau diiringi oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang Zulhairi Zainal Abidin serta petugas HOSHAS di wad kanak kanak

Abadi Romeo

Read more »

GADIS DIKURUNG LELAKI DIKENALI DI FB


FB


Jakarta - Seorang remaja dikurung hampir dua hari oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya di Facebook selepas dia enggan memberikan wang kepada lelaki itu, lapor Jakarta Post.

Amelia Deva Puspita,17, dari Pejompongan, Tanah Abang tengah Jakarta mendakwa dikurung hampir dua hari oleh Hendra Kurniawan, 22, seorang penganggur yang dikenalinya di Facebook, kata polis.

Ibu Amelia, Suharmi,51 berkata, anak perempuannya meminta izin untuk keluar pada petang Selasa, namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

Ahli keluarga cuba mencari Amelia namun dia gagal dihubungi melalui telefon.

Suharmi kemudian membuat laporan polis selepas menerima mesej dari anaknya yang mengatakan Hendra telah mengurungnya, lapor Tribunews.

"Dalam mesej tersebut. Amelia meminta bantuan kerana seorang lelaki yang baru dikenali mengurungnya," kata Ketua Komisioner Kanan Polis Palmerah, Armunanto Hutahean.

Polis berjaya menemui Amelia yang dikurung di sebuah rumah sewa di Kemanggisan, barat Jakarta dan menahan Hendar.

"Hendra dan Amelia mengenali antara satu sama lain melalui Facebook.

"Mereka membuat temujanji untuk bertemu dan Hendra memilih bertemu di rumahnya dan dia bertindak mengurung remaja itu selepas enggan memberikan wang kepadanya," kata Armunanto.


Read more »

BUBUR LAMBUK GO GLOBAL KINI DI LUBNAN


Bubur Lambuk Go Global Kini di Lubnan


Lebih tiga dekad Lubnan cuba pulih dari krisis perang saudara. Sejak perang meletus pada 1982, Lubnan berjaya mencapai perjanjian domestik pada 1990, dan kini cuba bangkit untuk mencapai keamanan dan pembangunan.

Selain perang Islam dan Kristian selama sedekad, Lubnan sentiasa terdedah pada krisis serantau. Sejak 1968, setelah Israel menyerang Tebing Barat, Lubnan dilimpahi lebih sejuta pelarian Palestin.




Sejak 2012 pula, apabila perang saudara meletus di Syria, lebih sejuta pelarian melarikan diri ke Lubnan. Krisis kemanusiaan kini kritikal di negara itu.


Sejak 25 Mei lalu, Tim Produksi TV AlHijrah berkunjung ke Lubnan bagi mengadakan liputan Ramadan.

Dalam misi tersebut, bubur lambuk turut diedarkan sebagai sebahagian kempen Bubur Lambuk Go Global.

Lebih 100 pek bubur lambuk diedarkan di sekitar Hamra, Raouche dan Gemmayzeh Street.




Manakala 50 bekas lagi diedarkan kepada jemaah Masjid Al Hamra. Pelbagai lapisan penduduk menerima edaran termasuk pekerja am, penyapu sampah, gelandangan dan pelarian Syria.





Dua penerbit TV AlHijrah, Fitri Musa dan Ariswanto Mukhlas bersama juru kamera Zamir Zulkafli dan Azri Salleh berada selama 16 hari di Lubnan bagi menyiapkan dokumentari khas mengenai Krisis Pelarian Palestin dan Syria.


Read more »

DUA MAUT, 18 CEDERA DISERANG LELAKI SAKIT MENTAL


Dua maut, 18 cedera diserang lelaki sakit mental


Shanghai - Seorang lelaki bersenjatakan pisau disyaki pesakit mental membunuh dua orang dan mencederakan 18 yang lain, lapor agensi berita Xinhua.

Jenayah keganasan jarang berlaku di China berbanding negara lain, namun terdapat peningkatan siri serangan pisau dan kapak sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mensasarkan kanak-kanak.

Seramai 20 orang dibawa ke hospital selepas serangan pada Ahad di wilayah Guizhou manakala dua maut.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mangsa tidak diketahui.

Penyerang berusia 30 tahun kini ditahan polis dan kes itu sedang disiasat.

Sementara itu, Xinhua memetik bapa suspek sebagai berkata, anaknya mempunyai sejarah penyakit mental.

Januari lalu, seorang lelaki mencederakan 11 kanak-kanak dengan pisau di tadika di wilayah Guangxi manakala 7 kanak-kanak cedera selepas seorang lelaki bersenjata pisau.


Read more »

KEMUDAHAN RUANG SOLAT MUDAH ALIH


Kemudahan ruang solat mudah alih


Kuala Terengganu - Projek Surau Mobile pertama di Pasar Manir, di sini, menjadi kemudahan bagi pengunjung dan peniaga menunaikan solat khususnya sepanjang Ramadan ini.

Projek anjuran Kumpulan Kesukarelawan Kontemporari, Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu adalah yang pertama di negeri ini dalam menyediakan kemudahan yang selesa kepada komuniti untuk menunaikan kewajipan itu.

Pengarah projek, Ahmad Suhail Ahmad Sabri berkata, berdasarkan kajian, surau sedia ada tidak mampu menampung komuniti setempat terutama peniaga dan pengunjung untuk menunaikan solat pada satu-satu masa.

“Surau mudah alih ini mampu menampung sehingga 30 jemaah pada satu-satu masa.

“Surau ini dijangka akan menjadi model bagi setiap pasar malam di negeri ini. Dengan adanya kemudahan ini, ia akan menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Surau Mobile Budiman di Pasar Manir, di sini.

Turut hadir, Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan Prof Puad Mat Som, Penasihat Projek Prof Madya Sahar Sa’di Hashim dan Ketua Pemuda Umno Terengganu Johari Abu Bakar.

Ahmad Suhail berkata, pilot projek di Pasar Malam Manir itu diharap menjadi model kepada kemudahan surau mudah alih pasar-pasar malam lain di sekitar Terengganu.

“Projek ini dijadualkan akan diteruskan lagi pada Julai depan di pantai Teluk Ketapang,” katanya.

Surau tersebut turut dilengkapi kemudahan tempat mengambil wuduk selain diletakkan tirai sebagai pemisah antara jemaah wanita dan lelaki.

Sementara itu, Johari berkata, projek itu menjadi perintis bagi mewujudkan lebih banyak surau berbentuk mudah alih di pasar malam di negeri ini.

“Kita harap akan ada lebih banyak surau berbentuk mobile sebegini di setiap pasar malam bagi memudahkan pengunjung, peniaga dan orang ramai menunaikan solat.

“Projek sebegini amat dialu-alukan dan kita di peringkat Pemuda akan memberi sokongan penuh dalam menjayakan usaha murni ini,” katanya.


Read more »

36 TAHUN CARI ANAK LELAKI


36 tahun cari anak lelaki


Ipoh – “Pulanglah nak, ibu nak sangat melihat kamu,” demikian luahan hati seorang ibu, Maimon Salim, 59, yang buntu untuk mengesan anaknya, Selamat@Nadzrul Mohamed, 38.

Menurutnya, usaha mengesan anak lelakinya itu sejak 36 tahun lalu tidak berhasil selepas dia bersama dua anak perempuannya dijual kepada keluarga lain oleh saudara terdekatnya.

“Keadaan ketika itu amat terdesak apabila kekangan kewangan selain menumpang di rumah kakak ipar di Batu Kurau, Taiping pada 1981. Saya minta dia menjaga anak saya sementara saya mendapat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur.

“Dua bulan kemudian, saya pulang untuk menjenguk mereka dan saya kecewa apabila mereka menyerahkan ketiga-tiga anak saya kepada keluarga lain yang saya tidak kenali,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA, di sini. 

Maimon berkata, dia terlalu menyayangi ketiga-tiga anaknya itu dan usahanya berhasil apabila menemui dua anak perempuannya, Siti Salwa, 40, dan Siti Hawa, 36, tahun lalu.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati Selamat tinggal di Kampung Hutan Puteh, Machang, Kelantan.

“Saya lega apabila dua anak perempuan saya berjaya ditemui dan masing-masing sudah berkeluarga dan mempunyai anak. Mereka kini tinggal di Kamunting dan Melaka.

“Hanya Selamat sahaja yang gagal dijejaki. Kami berpisah agak lama dan saya impikan untuk bertemu dengannya terutama pada waktu berpuasa dan raya nanti. Sudah 36 tahun menanti,” katanya.

Sementara itu, anaknya, Mohd Faizal Zulkarnain Abdullah, 19, berkata, ibunya sering teringatkan abangnya itu dan mahu untuk bersama-sama keluarga lain untuk menyambut Ramadan kali ini.

“Kami tidak pernah bertemu dengan abang dan kami teringin sekali untuk berjumpa buat kali pertama. Pada masa sama, dapatlah ibu menunaikan impiannya bertemu dengan abang,” katanya.


Read more »

[JERANTUT] TAWAR PENGHANTARAN KEPADA PELANGGAN ELAK PEMBAZIRAN


Tawar penghantaran kepada pelanggan elak pembaziran


Bijak menjalankan strategi jualan menjadikan kambing golek yang dijual satu-satunya peniaga kambing golek daerah ini sentiasa habis tanpa pembaziran.

Bukan sahaja menjual produk lain dari yang lain pada kadar harga mampu, malah turut menyediakan perkhidmatan penghantaran.

Pengusaha perniagaan ini, Hairizal Kadri, 38, berkata, sejak berniaga bermula kelmarin, kambing golek jualannya sentiasa habis terjual.

Katanya, dia yang telah mula berniaga di gerai Kambing Golek King Tiga Rasa sejak tiga tahun lalu di Padang FA, Jerantut, menjual kambing golek dilengkapi sos dan coleslaw hanya pada harga RM12 sebekas.

“Kebiasaannya orang menjual pada harga lebih mahal, tapi saya ambil inisiatif jual pada harga murah sebab memikirkan juga kehendak pelanggan.

“Bukanlah menjual murah sehingga langsung tak untung, masih lagi untung, cuma saya cuba berniaga supaya pada masa sama, mereka yang kurang mampu juga dapat merasa kambing golek saya,” katanya.

Menurutnya, dia turut membuat penghantaran kepada pelanggan walaupun permintaannya cuma sebekas di kawasan berhampiran bandar daerah ini.

“Kebanyakan pelanggan ada yang tidak mahu keluar rumah tambahan pula sekarang bulan puasa. Jadi, saya lakukan penghantaran bermula jam 6.30 petang. Ini merupakan strategi bagi mengelak produk saya tidak habis jual,” katanya.

Hairizal atau mesra dengan gelaran Ejay berkata, peniaga harus memikirkan situasi menang-menang di mana peniaga tidak rugi dan dalam masa sama pelanggan juga tidak rasa membazir.

“Kalau kita jual pada harga yang pelanggan mampu dan menjaga kualiti makanan, pelanggan juga bukan saja dapat jimatkan duit perbelanjaan mereka, malah tidak membazir sebab makanan yang dibeli tak boleh dimakan,” katanya.

Dia dalam pada itu melahirkan rasa kesal dengan tindakan peniaga yang cuba mengaut keuntungan berganda dengan mengitar semula makanan yang tidak habis dijual sebelumnya.

“Saya belum pernah alami keadaan kambing golek dijual tidak habis. Tapi kalau ia berlaku, mungkin saya akan berkongsi dengan rakan-rakan dan jiran tetangga. Sebagai peniaga, kita tak boleh jual makanan yang dah basi. Sebaliknya kita jual makanan seperti kita juga nak makan,” katanya.


Read more »

[KUANTAN] SEDEKAH KEPADA RAKAN, JIRAN


Sedekah kepada rakan, jiran


Makanan yang tidak habis dijual akan disedekahkan kepada rakan-rakan atau jiran.

Itu antara dilakukan segelintir peniaga bazar Ramadan bagi mengelak pembaziran.

Khairul Anuar Abas, 41, berkata, hasil jualan yang tidak habis tidak akan dibuang, sebaliknya disedekahkan kepada orang lain.

“Saya akan dapat pahala dan bantu orang lain menikmati makanan yang mungkin tidak dibeli pada hari tersebut,” katanya yang berniaga di Jalan Beserah sejak lima tahun lalu.

Penjual kuih muih di Bazar Jalan Stadium, Rohani Che Ahmad, 45, pula berkata, dia memberikan kuih-muih yang tidak habis dijual kepada rakan-rakan peniaga di bazar itu.

“Saya berikan kepada mereka yang berniaga sama di sini, jadi bolehlah mereka makan ketika berbuka,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan, Vivi Sumanti Abdul Rahman berkata, dia tidak menetapkan sebarang had ketika berbelanja di bulan Ramadan.

Perunding kecantikan berusia 44 tahun itu berkata, dia akan mengikut selera ahli keluarganya dan memastikan makanan dibeli berbaloi dengan harga serta rasanya.

Berbeza dengan Mohd Razi Yusof, 43, yang hanya berbelanja RM20 sehari ketika membeli di bazar.

Katanya, dia hanya membeli kuih-muih dan makanan sampingan kerana isterinya akan memasak juadah utama ldi rumah.

“Lebih baik berjimat cermat kerana banyak lagi duit nak guna menjelang Syawal nanti,” kata penjawat awam itu.


Read more »

BERAKHIR ERA NASIONAL PROTON

Berakhir era Nasional Proton



BEBERAPA perkembangan penting berlaku di gelanggang ekonomi dan perniagaan minggu ini yang memerlukan perincian dan kefahaman.

Antaranya ialah penjualan kawalan projek kereta nasional, Proton kepada syarikat China dan ura-ura penjualan hotel mewah di New York yang didakwa dibeli dengan duit curi 1MDB.

Pada 24 Mei, DRB-Hicom pemilik utama Proton bersetuju jual 49.9 peratus saham Proton kepada Zhejiang Geely Holding.

Di bawah persetujuan itu, Geely juga akan beli 51 peratus saham pengeluar kereta sports British, Lotus.

Sebelum ini, Geely membeli syarikat kereta Sweden, Volvo.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Proton pada 1983 dan kereta pertamanya, Proton Saga, keluar pada tahun 1985, ia berperanan sebagai projek pendayaan ekonomi iaitu bagi membolehkan Malaysia memasuki satu bidang baharu perindustrian.

Sejak itu telah mewujudkan beratus ribu peluang pekerjaan dan melatih pekerja mahir, khususnya Bumiputera, dalam industri automotif.

Sebelum kerajaan mengubah dasar industri automotif - bermula zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi - dengan membuka pasaran tempatan kepada kereta import murah, Proton berupa model paling laris di Malaysia.

Kini, akibat pembukaan pasaran yang melampau dan kelembapan ekonomi, penjualan kereta buatan Proton jatuh dengan teruk dan perniagaan Proton tidak lagi lestari.

Bukan DRB-Hicom saja terpaksa menjual harta kerana kesukaran perniagaan. Banyak syarikat swasta lain dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) juga terpaksa jual harta mereka di dalam dan luar negara untuk tampung kejatuhan keuntungan.


Read more »

'AKULAH TUHAN, SEMBAHLAH AKU' KEJUTKAN JEMAAH


Kejadian berlaku di Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul.


Kuala Lumpur - "Akulah Tuhan, sembahlah aku" kata-kata itu mengejutkan ratusan jemaah Masjid Amru Ibni Al'As, Bandar Baru Sentul, yang sedang solat Isyak kira-kira jam 8.50 malam tadi.

Laungan itu diikuti dengan kata-kata "ha bagus, sembah lagi" ketika jemaah sedang rukuk dan sujud.

Meskipun terganggu dengan situasi mengejutkan itu ia bagaimanapun tidak menjejaskan solat yang masuk pada rakaat ketiga setelah imam menguatkan suara.

Salah seorang jemaah, Mohd Ali Oshman, 52, yang berada di saf ketiga ketika kejadian berkata, dia terkejut dan terganggu dengan insiden itu.

Katanya, lelaki berkenaan dipercayai tidak bersama dalam saf solat namun tiba-tiba masuk ke ruang solat utama mengadap jemaah sambil melaungkan kata-kata itu.

"Imam menguatkan bacaan takbir 'Allahhuakhbar' bagi meredakan situasi sebelum beberapa kakitangan dapur masjid datang membawa keluar lelaki itu,"katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Syabandi Saarani, 40, berkata, ketika insiden itu dia sedang mengambil wuduk.

"Saya dengar kekecohan itu dan bunyi bising ketika ada pihak yang membawa lelaki itu keluar dari dalam ruang solat,"katanya.

Sementara itu, Bilal masjid, Reza Iskandar, yang mengesahkan kejadian itu, bagaimanapun menasihati jemaah agar tidak bimbang dengan keadaan itu kerana dalam keadaan terkawal.

Ujarnya, insiden itu merupakan kejadian ketiga pada tahun ini melibatkan individu sama di mana lelaki berkenaan juga pernah mengaku diri sebagai dajjal.

"Lelaki berusia 30-an itu merupakan kariah tetap masjid dan mempunyai masalah kesihatan mental dan bergantung dengan ubat. Dia dalam keadaan berhalusinasi dan tidak sedar apa yang dia buat.

"Sebelum ini ada laporan polis telah dibuat. Namun untuk hari ini pihak masjid telah uruskannya. Tiada sebarang keganasan berlaku dan semuanya terkawal.

"Lelaki ini dikenali dengan perwatakan yang baik dan merupakan jemaah tetap pada setiap solat fardu di masjid ini," katanya.


Read more »

[KUANTAN] BAYI BAHARU LAHIR DITINGGALKAN DIHADAPAN RUMAH

PDRM



Seorang bayi lelaki dalam keadaan tidak berpakaian serta masih bertali pusat dan beruri ditemukan di hadapan sebuah rumah di Taman Temerloh Jaya, pagi tadi oleh orang awam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata polis menerima maklumat tentang perkara itu pada pukul 7.05 pagi daripada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH). 

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan luka sepanjang tiga sentimeter pada bahagian kepala sebelah atas telinga bayi yang dipercayai baru dilahirkan tiga hingga empat jam sebelum ditemui.

"Bayi malang berkenaan kemudian dibawa ke HOSHAH dan menerima dua jahitan. Siasatan dilakukan bagi mengetahui punca menyebabkan luka tersebut," katanya ketika dihubungi di sini.

Polis kini sedang menjalankan pemeriksaan di semua klinik kesihatan dan swasta bagi mengesan suspek. - Bernama




Read more »

share2