Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 8, 2015

EDITOR : DEMO ANTI BERSIH, PEMIMPIN MELAYU PERLU BERANI TURUN KE GELANGGANG



Beberapa minggu lalu, demonstrasi Bersih 0.4 dilangsungkan walaupun cuba dihalang oleh kerajaan. Bersih kali ini jelas memperlihatkan kaum Cina mendominasikannya dengan kehadirannya melebihi kaum Melayu sebagaimana sebelum ini.

Itu petanda sebahagian besar orang Melayu sudah sedar akan adanya agenda menjatuhkan kepimpinan negara yang dilakukan secara terancang. Sebelum ini kaum Melayu rela diperalatkan untuk tujuan tersebut. Kerana itu juga kaum Cina tidak menunjukkan diri dan masih bersembunyi.

Namun apabila kebanyakan orang Melayu tidak lagi ingin bersama agenda jahat berkenaan, mereka tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa menunjukkan diri dan menghadiri perhimpunan berkenaan bagi mendesak kerajaan dalam usaha cuba menjatuhkan kepimpinan yang ada.

Sebagai bantahan kepada demo Bersih 'Baju Kuning', ada pihak yang akan menganjurkan demo anti Bersih dengan berbaju Merah. Ura-ura ini mendapat berbagai reaksi dari berbagai pihak. Pendapat dari pihak penyokong kerajaan sendiri juga kelihatan berbelah bahagi.

DAP sebagai pendokong kepada Bersih 0.4 sedang berusaha mengagalkan rancangan berkenaan. Bahkan mereka yang dengan berani menampakkan diri dalam penglibataannya dengan demo Bersih kini berani juga memberi amaran kepada pihak yang terlibat dengan demo anti Bersih agar menunjukkan diri.

Justeru, mungkin sudah tiba masanya orang Melayu untuk bersatu dan turun bersama didalam demo anti Bersih yang akan diadakan nanti. Pemimpin UMNO sendiri patut memberikan komitmen mereka. Mungkin tidak perlu Presiden Parti atau Timbalan Presiden parti untuk turun, memadailah dengan kehadiran Naib Presiden atau setidak-tidaknya Ketua Pergerakan pemuda UMNO untuk bersama dan memimpin bantahan berkenaan.

Kita tunggu dan lihat, sejauh mana bangsa Melayu akan berani untuk bersatu terutama apabila kedaulatan negara dan bangsa diancam....


Editor.




0 comments:

share2