Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label rencana. Show all posts
Showing posts with label rencana. Show all posts

Friday, August 16, 2019

PENGORBANAN DIHARGAI BUKAN DIPERLEKEH





PERKATAAN ‘berkorban’ atau ‘pengorbanan’ amat mudah untuk dituturkan, namun adakah terlalu mudah untuk kita lakukan? Aidil Adha mengajar kita erti pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.

Di sebalik kita menghayati kisah pengorbanan mereka berdua, insan ketiga Saidatina Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim a.s turut berkorban melaksanakan peranan sebagai isteri dan ibu kepada Nabi Ismail a.s. Mereka ditinggalkan di padang pasir, tiada sumber air atau makanan, yang ada hanyalah tanah tandus.

Setelah kehabisan bekalan air, dek rasa kasih seorang ibu, Saidatina Hajar berlari-lari dari bukit Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali pusingan yang jaraknya sekitar 450 meter untuk mencari air dan meminta bantuan. Syeikh Sya’rawi di dalam tafsirnya menyebut: dua bukit Safa mengingatkan nostalgia bagaimana Saidatina Hajar iaitu ibu Ismail a.s berulang alik antara kedua-duanya mencari air untuk anaknya selepas ditinggalkan Nabi Ibrahim a.s di sisi Baitullah al-Haram.

Inilah hikmah peristiwa turunnya perintah Allah Sa’ie berjalan dari Safa ke Marwah sebanyak tujuh kali. Firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Bukit al-Safa dan al-Marwa itu adalah dari syiar-syiar Allah. Oleh itu, sesiapa yang mengerjakan haji atau mengerjakan umrah, maka tiada apa-apa kesalahan baginya untuk berkeliling pada kedua-duanya dan sesiapa yang mengerjakan dengan sukarela amalan yang baik, maka sesungguhnya Allah berterima kasih dan Maha Mengetahui. (al-Baqarah: 158)

Ibadah Sa’ie menjadi sebagai salah satu rukun menunaikan haji dan umrah bagi menghayati pengorbanan yang dilakukan oleh Saidatina Hajar. Begitu besar penghargaan yang diberikan Allah SWT kepada hambaNya yang patuh dan berkorban dalam melaksanakan perintahNya.

Anggota pertahanan menjadi struktur terpenting dalam sistem pentadbiran negara. Pengorbanan angkatan pertahanan dalam memastikan keamanan dan kestabilan negara selayaknya mendapat penghargaan bukannya cemuhan dan diperlekehkan. Saya cukup kesal dengan kenyataan dangkal yang menghina oleh seorang ahli perniagaan dan antara penyumbang dana kepada Pakatan Harapan, Koon Yew Yin. Kebebasan bersuara tidak seharusnya disalah guna dan dikhianati melalui kenyataan bersifat bongkak serta biadab, apatah lagi terhadap tentera yang menjaga keselamatan negara.

Apakah ada asas yang konkrit menunjukkan anggota pasukan keselamatan negara hanya ‘makan dan tidur’ sahaja atau kenyataan tersebut tidak lebih sekadar membina persepsi negatif terhadap anggota keselamatan negara yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu dan Bumiputera?

Peristiwa hitam, pencerobohan pengganas Sulu dan serangan di Lahad Datu pada Februari 2013 telah memberikan kesan yang besar kepada keselamatan negara. Dua orang anggota Komando 69 telah terkorban di Kampung Tanduo dan enam anggota polis telah terkorban dalam serangan di Kampung Simunul, Semporna. Pencerobohan ini telah membuktikan bahawa ancaman keganasan wujud dalam pelbagai rupa. Ancaman keganasan bukan sahaja datang daripada rangkaian pengganas antarabangsa seperti Daesh dan Al-Qaeda, tetapi daripada kumpulan-kumpulan kecil.

Dalam mendepani globalisasi yang mendedahkan negara kepada ancaman keselamatan daripada pelbagai sudut, sepatutnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diperkukuhkan bukannya dikecilkan saiznya dan dikurangkan peruntukan atas alasan kemelesetan ekonomi. Pertahanan negara tidak boleh diperjudikan atas apa alasan sekalipun.

Menjadi keutamaan kepada Kementerian Pertahanan membela nasib anggota keselamatan negara, menyelesaikan isu dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera 2018 (LTAT) sehingga kini masih menjadi teki-teki. Kerajaan terdahulu biasanya akan mengumumkan dividen LTAT pada awal tahun. Bagi tahun 2017 di bawah BN, LTAT telah mengumumkan dividen 12.5%. Menteri Pertahanan pernah berjanji akan mengumumkan dividen 2018 LTAT pada bulan Februari lalu, tetapi sehingga kini janji tinggal janji, takkan masih menyalahkan pentadbiran terdahulu atas kelewatan tersebut.

Pelaburan terbesar LTAT adalah dalam kumpulan Boustead Holdings. Semasa BN mentadbir negara Boustead tidak pernah mengalami kerugian. Pada tahun 2017, Boustead beroleh keuntungan sebanyak RM 876 juta. Pada tahun 2018 pula, Boustead mengalami kerugian sebanyak RM 488 juta, jangan kerana hendak menampung kerugian berlaku pula penjualan aset secara besar-besaran. Hotel Royale Chulan di Bukit Bintang telah dijual kepada syarikat Singapura walaupun menteri berkenaan beberapa kali menafikannya.

Pengorbanan anggota keselamatan dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara tidak boleh diukur dengan wang ringgit semata-mata. Pengorbanan mereka perlu dihargai, sebagai tanda penghargaan kepada mereka semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan (2009-2013) saya telah meminta kementerian membuat pelarasan skim gaji baharu kepada warga ATM sekurang-kurangnya menyamai skim gaji anggota polis dan kakitangan perkhidmatan awam lain.

UMNO sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan anggota tentera yang berada di barisan hadapan menjaga keselamatan negara, tanpa keringat mereka Malaysia tidak akan mencapai keamanan dan kemakmuran seperti sekarang. UMNO akan menjadi mata dan telinga anggota keselamatan dan rakyat bagi memastikan usaha-usaha yang dilakukan pihak tertentu bagi mewujudkan persepsi negatif kepada ATM dapat dikekang dengan sebaik-baiknya.

AHMAD ZAHID HAMIDI
#demiummah
#akhiratdidepan


Read more »

Monday, May 20, 2019

PEMBUNUHAN WATAK (CHARACTER ASSASSINATION

Dalam kepesatan arus perdana tidak kira dari sudut ekonomi, sosial atau politik, banyak faktor yang menjadi pembolehubah kepada sesebuah negara yang membentuk berbagai fasa perubahan samada baik atau sebaliknya. Dalam masa yang sama, banyak juga method yang telah di selaras dengan tujuan tersebut.

Pembunuhan watak atau character assassination adalah satu method yang paling berkesan untuk pihak yang berkepentingan. Method ini amat kerap di guna kan di dalam arena politik negara khususnya untuk menyekat satu satu pihak untuk maju. Character assassination juga selalu di gunakan di dalam arena korporat, di pejabat pejabat dan pelbagai institusi berkepentingan.

Method ini menyerang keperibadian seseorang yang hendak di jatuhkan dengan membongkar isu isu berkaitan. Mencari kelemahan, cara ini amat berkesan untuk mematikan semangat individu tersebut sekaligus merencatkan perjalanan dan mengdoktrin orang orang di sekeliling yang perlu atau tidak perlu tahu akan perkara itu.

Politik negara jika di lihat, ketegangan di antara Perdana Menteri dan Timbalannya pada awal tahun 1998 menyaksikan perarakan beramai ramai rakyat Malaysia yang menyokong individu yang 'dibunuh' oleh bos nya sendiri demi kepentingan pihak pihak tertentu. Hasilnya sangat menakjubkan apabila Anwar Ibrahim individu yang menjadi mangsa contoh pembunuhan karakter meringkuk di dalam penjara berbelas belas tahun dan akhirnya merosakkan rekod beliau.

Mari kita pergi kepada isu luar negara pula di mana jika kita lihat, character assassination seakan menjadi senjata paling hebat untuk menghalalkan sesuatu yang salah. Nelson Mandela adalah salah seorang mangsa apabila beliau telah 'dibunuh' secara kejam oleh pemimpin Apertheid Afrika Selatan semasa revolusi dahulu. Muammar Ghadafi Presiden Libya di lempar pelbagai isu buruk sehingga beliau menemui ajal yang mana kita semua tahu bahawa Amerika telah membuat character assassination yang begitu tersusun sampai rakyat Libya sendiri yang memburu bekas presiden itu.

Character assassination juga boleh di wujudkan dalam berbagai sifat bergantung kepada isu dan situasi. Di dalam kekalutan yang berlaku di antara kerajaan dan Istana Johor, saya berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir sekali lagi menggunakan method yang sama kepada Tunku Mahkota Johor dan kerabat di Raja bagi memperlihatkan kepada target audience nya. Hal ini berlaku kerana, kerabat di Raja Johor adalah satu institusi yang jelas kelihatan di khalayak umum dari segi kehidupan peribadi, kelantangan bersuara dan kekayaan yang luar biasa. Ini boleh menanam sifat iri hari rakyat terhadap kerabat di Raja itu. Ini juga bertujuan untuk membunuh karakter ke semua institusi di Raja yang ada di Malaysia dengan menggunakan one target option.

Method ini bukan sahaja bersifat global, method ini di gunakan di sekecil kecil institusi bermula dengan sifat iri hati. Dalam sedar atau tidak, character assassination adalah salah satu cara untuk satu individu menutup periuk nasi satu individu yang lain. Budaya ini tidak ada titik nokhtah apabila budaya ini di lihat berkesan untuk membantu rantaian pusingan yang akhirnya menjadi sistem. Sistem ini sekarang telah tertanam di dalam seluruh institusi di dunia untuk di jadi kan cara atau mechanism yang paling berkesan.

CHARACTER ASSASSINATION WUJUD ADALAH KERANA KEPENTINGAN SATU INDIVIDU DI SEBABKAN KUASA DAN WANG. INI JELAS!

Sumber

Read more »

Monday, May 13, 2019

STATUS ANWAR BANDUAN ATAU TIDAK?






Apabila Takiyuddin bertanyakan “Layak ke bekas Banduan untuk pemimpin Rakyat!”

Ramai yang melompat, Pemuda Amanah, Pemuda PKR dan juga YB Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.

Pemuda Amanah dan PKR merujuk kepada Pengampunan Penuh Agong dan YB Menteri Luar pula merujuk kepada Anwar adalah mangsa Tahanan Politik.

Mereka semua sudah lupa bahawa Anwar dimasukan ke dalam Penjara sebanyak dua kali.

Pertama adalah diatas kesalahan Salah Guna Kuasa, dan kedua atas kesalahan lain.

Sehingga hari ini, Tun Mahathir tidak pernah menarik balik kenyataan bahawa Anwar tidak melalukan kesalahan semasa beliau dipenjarakan pada zaman Tun.

Anwar menghabiskan hukuman itu tanpa ada pengampunan dan status sebagai bekas bandauan masih lagi terpalit.

YB Saifuddin patut bertanya kepada Tun Mahathir, adalah Anwar merupakan Tahanan Politik, dan bukan seorang penjenayah yang sudah dipenjarakan.

“Telajak Perahu Boleh diundur, telajak kata, sampai mati di Internet”

Sejarah dan rakaman Video menjadi lipatan sejarah kepada ramai tokoh politik tidak boleh lari dari percakapan mereka.

Yang menuduh Anwar melakukan Jenayah bukan hanya Mahkamah, ianya turut dirakamkan dengan kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin sekutunya.

“Anwar Ibrahim mesti bertaubat” – Karal Singh

“Al-Juburi” – Mat Sabu

Ada banyak lagi perkataan yang dikeluarkan.

Malah Pemimpin PH juga pernah mengutarakan ungkapan kepada Tun Mahathir.

“Mahathir, Bapak Perompak Negara” – Mat Sabu

“Tapi tahun ini ada satu anak muda lebih kaya dari Vincent Tan, siapa orang itu, Mokzani Mahathir waa” – Lim Guan Eng.

Kita sebagai rakyat melihat dan mendengar lakonan mereka, setiap mereka ini ibarat tidak punyai dosa kepada kata-kata mereka.

Mereka menuduh sesama sendiri dan malah sanggup memenjarakan rakan-rakan mereka demi mendapat kuasa.

Dan yang paling tragis dalam Sejarah Politik Malaysia, Mahathir yang memenjarakan Anwar Ibrahim yang pada awalnya nak di sumbatkan kerana Liwat, hari ini akan memberikan Jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Itu sebab semua rakyat keliru, dan semakin tidak percaya bahawa adakah mereka mahu Bekas Banduan untuk memimpin mereka, dan lebih pelik lagi, yang nak beri itu, orang yang memenjarakan beliau.

Benarlah apabila Tok Mat Hassan berkata “Mahadhir tidak akan beri pada Anwar”

Razlan Rafii
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh


Read more »

Monday, April 29, 2019

STATUT ROM, RAJA DAN KERAJAAN




Kerajaan kelihatan tidak dapat menerima hakikat diminta oleh Majlis Raja-Raja Melayu agar menarik semula ratifikasi Statut Rom yang telah dibuat secara senyap dan tanpa perundingan awam yang mencukupi.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang akhbar mengumumkan keputusan penarikan diri daripada Statut Rom, menyindir dan menampakkan perasaan amarah beliau terhadap keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Pada sidang akhbar tersebut Dr Mahathir menyatakan, “So I’d like to say to these cowards who during the last regime saw (ex-Prime Minister Datuk Seri) Najib (Razak) stealing money and doing all kind of things and they said nothing. A lot of cowards who want to benefit from Najib’s misadministration so that they too can benefit.”

Siapakah golongan pengecut yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri mendiamkan diri ketika isu 1MDB? Dakwaan Dr Mahathir itu bertujuan mislead rakyat seolah-olah Raja-Raja Melayu menyokong pentadbiran lalu dan menentang pentadbiran hari ini.

Apakah ini adalah kemuncak rentetan smear campaign terhadap institusi beraja yang tampak telah bermula sejak pentadbiran baharu mengambil alih kerajaan?

Ramai masih ingat tulisan oleh penasihat media Perdana Menteri tahun lalu yang mendedahkan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong sehingga mewujudkan perbahasan tidak sihat dalam kalangan rakyat.

Sebenarnya adalah tidak betul Raja-Raja Melayu tidak berbuat apa-apa dalam isu 1MDB. Pada tahun 2015 Majlis Raja-Raja Melayu telah menitahkan Ketua Pesuruhjaya, timbalan dan pegawai kanan SPRM, menyembahkan taklimat berkaitan isu syarikat itu pada 2015.

Selepas taklimat tersebut, Majlis Raja-Raja Melayu dengan jelas mengeluarkan titah rasmi agar kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan 1MDB selain mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap pihak terbabit.

Ini telah dilaporkan secara meluas oleh media ketika itu. Maka seperti Statut Rom, Majlis Raja-Raja Melayu telah membuat titah dan arahan mengenai isu 1MDB setakat mana kuasa perlembagaan yang ada kepada mereka.

Dr Mahathir turut menyatakan bahawa Kabinet membuat keputusan menarik diri daripada Statut Rom kerana tindakan seorang individu yang telah mengelirukan rakyat dan mahu dirinya di atas undang-undang.

Raja-Raja Melayu yang membuat keputusan termasuklah Duli Yang Maha Mulia Sultan Dr Nazrin Muizzuddin Shah yang mempunyai pendidikan tinggi dalam pentadbiran awam dan falsafah politik dunia. Mustahil mereka boleh dipengaruhi oleh seorang individu.

Isu sebenar apabila kita menentang tindakan meratifikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bukanlah kerana kita mahu melakukan jenayah atau melindungi penjenayah.

Sebaliknya tindakan kerajaan meratifikasi statut ini tanpa mendapat pandangan Majlis Raja-Raja Melayu dan rakyat adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

Kerajaan melakukan satu keputusan penting tanpa mengambil kira pandangan pihak berkepentingan dan pemegang amanah negara seperti Majlis Raja-Raja Melayu dan Parlimen.

Ini kerana meratifikasi Statut Rom bermakna anda membenarkan para penyiasat asing bertindak melepasi batas perundangan negara.

Statut Rom merupakan satu deklarasi yang membenarkan ICC menyiasat sebarang aduan mengenai empat jenayah utama dalam statut iaitu jenayah perang, jenayah pencerobohan, jenayah kemanusiaan dan jenayah pembunuhan beramai-ramai.



Katakanlah esok ada rakyat Malaysia yang jahil membuat aduan mengenai jenayah kemanusiaan terhadap Sultan Kelantan yang membenarkan pelaksanaan hudud. Apakah anda boleh jamin ICC akan bertindak secara adil?

Kerajaan tidak wajar mengelirukan rakyat seolah-olah tindakan tidak menyertai Statut Rom bermakna kita mahu menjadi penjenayah atau melindungi jenayah.

Banyak negara di dunia ini tidak menyertai Statut Rom termasuklah Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, Amerika Syarikat dan terbaru, Rusia turut menarik diri. Apakah negara-negara itu berhasrat melakukan jenayah atau melindungi penjenayah?

Menyertai Statut Rom bermakna kita meletakkan sebahagian kawalan perundangan kepada pihak asing. Ia adalah baik jika semua negara di dunia menyertainya. Jika ada negara lain tidak menyertainya, mengapa kita perlu menyerahkan sebahagian kedaulatan kita kepada sistem perundangan pihak luar?

Sejak Mei 2018 wujud tulisan-tulisan daripada anggota pentadbiran kerajaan baharu yang menyindir dan mengkritik institusi beraja negara. Ini menimbulkan kebimbangan jika Statut Rom sebenarnya adalah agenda setting bagi mewujudkan kebencian rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu di negara ini. Tidak bolehkah negara ini ditadbir secara tertib, terhormat dan penuh diplomasi seperti budaya Melayu dan ajaran Islam?

Persoalan lebih penting, Malaysia hanya ada sehingga Jun 2019 untuk menarik diri daripada Statut Rom yang ditandatangani pada Mac 2019. Adakah surat penarikan sudah dihantar?


Read more »

Friday, November 9, 2018

KESAN PENGESAHAN ICERD



Image result for icerd


Apakah ICERD? ICERD adalah ringkasan kepada International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau dalam Bahasa Melayunya, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum. Konvensyen itu telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969. Hingga ke hari ini, Malaysia tidak mengesahkannya. Malaysia adalah satu daripada 15 buah negara yang tidak mengesahkannya, termasuk Brunei dan Israel.

Tetapi, dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU 14, kerajaan PH hendak mengesahkannya sebagai memenuhi janji pilihanrayanya, khususnya kepada orang bukan Melayu.

Konvensyen itu, antara lain, memperuntukkan:

Perkara 1 Fasal 1 adalah takrifan “diskriminasi kaum” yang bermaksud “sebarang perbezaan, pengecualian, sekatan atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, keturunan,….” Untuk mengetahui peruntukan asal dalam Bahasa Inggeris dan terjemahan saya, sila layari laman-laman web saya.)

Ringkasnya memberi keistimewaan kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi.

Fasal 2. Ringkasnya, diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan.

Fasal 4. Ringkasnya, diskriminasi seperti yang terkandung dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dibenarkan jika ia memenuhi syarat-syarat yang disebut dalam fasal ini. Tanpa menghujahkan alasan-alasan lain, Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan bagi suatu tempoh yang terhad. Ia tidak menyebut bahawa ia tidak akan “diteruskan setelah tujuan yang ia (langkah itu) diambil telah dicapai”. Selain dari itu, jika konvensyen itu disahkan, pihak yang tidak mahu adanya Perkara 153 akan menghujahkan bahawa tujuannya telah tercapai dan masa selama lebih daripada 60 tahun sudah cukup panjang dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berterusan.

Perkara 2 Fasal 1. Ringkasnya, kerajaan hendaklah, antara lain, berusaha untuk menghapuskan diskriminasi kaum dengan segera termasuk meminda, membatal dan memansuhkan undang-undang yang mengekalkan diskriminasi kaum. Dalam kata-kata lain, Perkara 153 perlu dimansuhkan dan segala dasar yang yang mengutamakan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, mestilah dihentikan.

Saya tiada masalah dengan Perkara 3 kerana kita tidak pernah mengamalkan apartheid.

Perkara 5 panjang. Sebagai misalan, ia menghendaki Negara Pihak (negara-negara yang mengesahkan Konvensyen ini) menghapuskan diskriminasi dan menjamin hak kepada semua orang untuk mengambil bahagian dalam politik seperti bertanding dalam pilihanraya; hak untuk kebebasan bergerak dan tinggal dalam sempadan negara; hak untuk kebebasan keluar negara dan kembali semula; hak untuk kebebasan memiliki harta secara bersendirian atau bersama-sama orang lain; hak untuk mewarisi harta; hak untuk kebebasan berhimpun dan berpersatuan dan lain-lain. Semuanya sudah pun diperuntukkan dalam Perlembagaan kita. Kita tidak ada masalah dengannya.


Dimanakah ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan? Pertama, takrifan “diskriminasi kaum”. Ia jelas bercanggah dengan:

1. Perkara 8(4)(f) yang menghadkan Regimen Askar Melayu kepada orang Melayu.

2. Perkara 89 mengenai Tanah Simpanan (Rizab) Melayu.

3. Perkara 153 mengenai perizaban kuota berkenaan dengan jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan permit atau lesen dan sebagainya, bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.


Apakah akibatnya jika Malaysia mengesahkan konvensyen ini? Dengan pengesahan kita, dengan rasminya, menerima kandungan konvensyen itu. Maka semua undang-undang kita, termasuk Perlembagaan, akan terpaksa dipinda atau dimansuhkan. Segala peruntukan yang memberi keistmewaan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak hendaklah dimansuhkan atau dipinda.

Pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan, dan pemberian permit atau lessen dan sebagainya, tidak boleh mengikut quotaorang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak lagi.

PNB yang mengeluarkan Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Nasonal dan lain khusus untuk Bumiputra akan ditutup atau semua produknya dibuka kepada orang bukan Melayu dan bukan anak negeri Sabah dan Sarawak.

UiTM, Maktab Rendak Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA dan yang serupa dengannya akan ditutup atau dibuka kepada semua.

Tanah rizab Melayu akan dihapuskan.

Rejimen Askar Melayu akan dibubar.


Biasanya, saya tidak mahu melibatkan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu dalam hal politik. Tetapi, mempertahankan tanggungjawab dan kuasa Raja-Raja Melayu bukanlah isu politik. Ia isu keperlembagaan.

Perkara 153(1) memperuntukkan:

“Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.”

Perhatikan kata-kata “Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu…”

Fasal (2), antara lain, menghendaki Yang di-Pertuan Agong menjalankan fungsinya mengikut apa-apa cara yang perlu bagi meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan dibuat perizaban bagi mereka mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan dan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan juga mengenai permit dan lesen.

Fasal (3) mengatakan bagi memastikan perizaban yang disebut dalam fasal (2) itu dibuat, Yang di-Pertuan Agong boleh memberi apa-apa arahan am yang perlu kepada mana-mana Suruhanjaya atau pihak berkuasa yang dipertanggungkan mengenai pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu. Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Fasal (6) memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi arahan kepada pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak mengikut kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai permit atau lesen yang diperlukan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang diperuntukkan dalam undang-undang Persekutuan yang sedia ada. Pihak berkuasa itu dikehendaki mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Mengikut Fasal (8A), Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk memberi apa-apa arahan yang perlu kepada pihakberkuasa berkenaan untuk memastikan perizaban kadar yang difikirkan munasabah oleh baginda mengenai tempat-tempat di Universiti, Kolej atau institusi pendidikan untuk orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak. Pihak berkuasa berkenaan hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

Perlu diambil perhatian bahawa peruntukan yang sama dengan Perkara 153 itu terdapat juga dalam perlembagaan-perlembagaan negeri-negeri, termasuk Sabah dan Sarawak yang menggantikan perkataan “Melayu” dengan “anak negeri” (“natives”).

(Tetapi, apa yang sangat mengejutkan saya ialah peruntukan yang sama tidak terdapat dalam Perlembagaan negeri Pulau Pinang. (Jika ada tolong bagi tahu). Hanya satu alasan yang saya boleh berikan. Semua Ketua Menteri Pulau Pinang semenjak Merdeka adalah daripada parti MCA, Gerakan dan DAP. Walau pun, diluar mereka musuh politik, tetapi mereka sependapat mengenai hak keistimewaan orang Melayu. Maka, walaupun Perlembagaan Persekutuan membolehkan peruntukan seperti Parkara 153 dimasukkan ke dalam Perlembagaan negeri-negeri, mereka tidak melakukannya. Itu satu pengajaran kepada orang Melayu tetapi orang Melayu tidak akan mempelajarinya. Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menghapuskan hak keistimewaan mereka sendiri.)

Biar apa pun, bagi negeri-negeri lain, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri dipertanggungjawabkan untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan memastikan dibuat perizaban mengenai perkara-perkara yang disebut itu untuk mereka.

Maka, jika ICERD disahkaan, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan hapus, hak Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Dipertua Negeri mempertahankannya dan memastika ia diilaksanakan, juga akan dihapuskan. Itulah kesannya.

Maka, dalam isu ini, Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri juga perlu dinasihatkan dengan betul untuk membolehkan mereka mengambil pendirian yang betul dan tindakan yang sewajarnya, demi mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri, hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, melindunginya.

Apa yang orang bukan Melayu beri sebagai ganti? Apa yang tercatat dalam perlembagaan sebagai hak mereka kekal sebagai hak mereka. Apa yang tercatat sebagai hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, dikongsi. Dalam kata-kata lain, hak aku hak aku, hak kamu hak kita.

Adakah syarikat-syarikat mereka akan dibuka kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak? Saya katakan tidak. Jika dibuka pun, mereka akan meletakkan syarat mestilah boleh menguasai Bahasa Mandarin dan tidak boleh memakai hijab! Itu dengan sendirinya akan menghalang orang Melayu dan anak-ank negeri Sabah dan Sarawak daripada diterima berkhidmat dalam syarikat-syarikat mereka. Selain itu, mereka akan menggunakan Bahasa Cina sesama mereka. Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak akan terpinggir juga. Gaji lebih rendah. Peluang kenaikan pangkat tidak ada. Cubalah membuka satu perniagaan yang difikirkan akan bersaing dengan perniagaan mereka dan alamilah tindakbalas seluruh masyarakat perniagaan mereka. Itu bukan diskriminasikah?

Memandangkan kesannya yang terlalu besar itulah maka selama 50 tahun kerajaan BN tidak mengesahkan konvensyen itu. Dalam hal ini, kita patut puji kerajaan BN dan peguam-peguam negara yang menasihatkan kerajaan BN dalam tempoh 50 tahun itu.

Perlu diambil ingatan, tempoh itu termasuk 22 tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kita juga patut puji beliau bagi tempoh itu. Bagaimana sekarang?

Sekarang, dengan Waytha Moorthy, Pengerusi HINDRAF sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab bagi perpaduan nasional dan kesejahteraan sosial; Tommy Thomas sebagai Peguam Negara; DAP sebagai parti dominan dalam PH walau pun PH menafikannya; pemimpin-pemimpin Amanah seperti masih khayal dengan kemenangan dan jawatan menteri; pemimpin-pemimpin PKR sibuk berebut jawatan dalan parti; Tun Dr. Mahathir cuba menyesuaikan diri dengan fahaman liberal dan sosialis DAP; kebencian terhadap Dato’ Seri Najib sampai ke tahap apa yang dibuat oleh kerajaan BN termasuk 22 tahun yang dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir sendiri, semuanya salah; beberapa orang menteri kerajaan PH yang tidak pernah merasakan kuasa dan kedudukan cuba menjadi juara masyarakat mereka sendiri; iri hati dan dendam terhadap orang Melayu dan janji pilihan raya PH, dengan itu semua, maka kerajaan PH bersedia untuk mengesahkan konvensyen itu. Para pemimpin Melayu dalam PH, sama ada dari Amanah, PKR atau pun Bersatu, terus membisu.

Saya tiada masalah jika kita boleh mengesahkan konvensyen itu dengan pengecualian bahawa kita menerima konvensyen itu setakat yang ia tidak bercanggah dengan Perlembagaan kita. Bolehkah Peguam Negara Tommy Thomas dan Waytha Moorthy memberi jaminan ia boleh dilakukan?

Saya katakan bahawa pengecualian (reservation) seperti itu akan dibantah oleh negara-negara lain yang mengesahkannya atas alasan ia bercanggah dengan tujuan asas konvensyen itu, iaitu menghapuskan diskriminasi kaum.

Lagi pula, bersetujukah Waytha Moorthy dan semua pihak yang memperjuangkan pengesahan konvensyen itu, dengan pengecualian seperti itu? Jika Perkara 153 dan semua diskriminasi yang disebut itu akan dikekalkan (jika boleh, saya kata tidak boleh), untuk apa konvesyen itu hendak disahkan sedangkan itulah tujuan ia hendak disahkan? Jika sekadar untuk mengadakan kesalahan-kesalahan bagi mengelak ketegangan antara kaum, sekarang pun kesalahan-kesalahan itu telah ada dalam Akta Hasutan 1948. Jika tidak cukup tambahkan sahaja. Peliknya Akta Hasutan hendak dimansuhkan. Konvensyen itu hendak disahkan.

Saya katakan, tujuan utama konvensyen itu hendak disahkah adalah kerana mereka mahukan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak itu, dihapuskan. Mereka tidak berkata dengan terus terang bahawa itulah tujuan mereka, untuk mengelak bantahan. Mereka mengatakan bahawa pengesahan itu tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu adalah satu pembohongan.

Alasan yang mereka beri untuk memansuhkan Perkara 153 (walaupun mereka tidak berkata dengan terus terang) ialah Perkara 153 itulah yang menghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, mansuhkan Perkara 153, perpaduan akan tercapai. Hapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud! Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Ini orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak, perlu sedar.

Sebenarnya, pelantikan Waytha Moorthy sebagai Menteri (Perpaduan Nasional dan Kesejahteraan Sosial) adalah satu kesilapan. Beliau adalah generasi pertama kelahiran Malaysia, lahir kira-kira tiga tahun selepas penubuhan Malaysia. Beliau, malah, besar kemungkinan, ibu bapanya juga, tidak melalui sejarah perjuangan kemerdekaan negara ini dan menghayati mengapa peruntukan mengenai Tanah Rizab Malayu, Regimen Askar Melayu, agama Islam, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan Raja-Raja Melayu, termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau marah kerana tidak diterima untuk belajar undang-undang di universiti awam Malaysia. Maka, setelah menjadi seorang peguam, beliau menubuh HINDRAF. Imejnya sebagai Pengerusi HINDRAF bukanlah sesuai untuk membawa perpaduan. HINDRAF melambangkan pemberontakan satu kaum yang ditindas oleh kaum majoriti. Kehadirannya untuk mengangkat sumpah sebagai seorang Ahli Dewan Negara dengan ditemani oleh seorang “sahabat karibnya” dengan rupa yang menyebabkannya, patut atau tidak, dipanggil “hantu” sudah cukup untuk merenggang masyarakat majoriti Melayu/Islam daripadanya. Tanpa masyarakat majoriri, perpaduan tidak mungkin tercapai.

Maka, tidak hairanlah jika, sebagai seorang Menteri, beliau terus melaksanakan agenda HINDRAF. Saya katakan, beliau akan menyebabkan perpecahan, malah permusuhan antara kaum, bukan menyatupadukan mereka.

Kepada anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, bahawa untung rugi mereka adalah bersama orang Melayu dalam hal ini. Jangan kerana benci kepada orang Melayu atas isu agama hingga terlupa isu yang lebih besar.

Kepada pemimpin-pemimpin Melayu dalam PKR, Bersatu dan Amanah saya minta, nyatakan pendirian masing-masing. Orang Melayu ingin tahu apa pendirian mereka.

Kepada kerajaan PH saya ingin bertanya, adakah ia benar-benar hendak menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak? Jika, ya, cakap terus terang supaya semua orang tahu. Jangan berselindung di sebalik konvensyen itu.

Kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak saya ingatkan, kebanyakan kamu (termasuk saya) hanya baru keluar dari kampung atau pedalaman satu atau dua generasi. Jangan lupa daratan. Tanya diri sendiri, tanpa Perkara 153, Dasar Ekonomi Baru, MARA, FELDA, PNB, UiTM, Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Kemahiran MARA, Asrama Desa dan lain-lain, di mana kamu sekarang? Jangan bodoh sombong nanti jadi Red Indians di negera sendiri.

Kepada kumpulan yang memperjuangkan pengesahan ICERD, saya katakan janganlah menggambarkan Malaysia sebagai sebuah “negara pariah” yang enggan mengesahkan konvensyen-konvensyen antarabangsa. Sebagai misalan, Amerika Syarikat belum mengesahkan Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (1979) dan Konensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (1989). Malaysia telah pun mengesahkannya.

Saya telah katakan apa yang saya hendak katakan. Terserahlah kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak memikirkannya dan mengambil pendirian masing-masing dan secara berkumpulan.

Ingat, orang Melayu seperti Dato’ Bahaman, Mat Kilau, Dato’ Majharaja Lela, To’ Janggut, Dol Said, Rosli Dobi, Antanum, Mat Salleh dan lain-lain, dalam serba kekurangan, bangun menentang penjajahan British; ingat, apabila Jepun menyerang Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura dan askar-askar British lari bertempiaran menyelamatkan diri, askar-askar Melayulah yang diketuai oleh, antara lain, Leftenan Adnan terus berjuang hingga terkorban; ingat, dalam tahun 1946, walau pun dalam keadaan kemiskinan, tanpa pelajaran dan jawatan tinggi, tanpa kenderaan walaupun basikal, orang Melayu bangun menentang Malayan Union sehingga ia ditarik balik; ingat, selepas itu, anak muda kita mengangkat senjata menentang pemberontakan kominis; ingat, itu diikuti dengan perjuangan menuntut kemerdekaan; ingat, demi untuk mencapai kemerdekaan, orang Melayu sanggup bertolak ansur hingga tinggallah sedikit hak mereka yang dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Adakah, hari ini, setelah menikmati hasil kemerdekaan selama 60 tahun, kita, dengan rela, akan menyerahkan segala-galanya?

Sepanjang sejarah, manusia berperang untuk mempertahankan hak mereka, malah untuk merampas hak orang lain. Adakah kita, dengan rela, akan menyerahkan hak kita?

Kita bukan hendak mengambil hak orang lain. Kita hanya mempertahankan hak kita seperti yang telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan. Kita mempertahankan peruntukan Perlembagaan yang sedia ada. Pelampaukah kita? Rasiskah kita?




09 11 2018

tunabdulhamid@gmail.com

http://www.tunabdulhamid.my

https://tunabdulhamid.me

Read more »

Monday, September 4, 2017

LIMA NEGARA SELAMAT UNTUK BACKPACKER WANITA


Lima negara selamat untuk backpacker wanita


Solo 'backpacking' bukanlah sesuatu yang baru kebelakangan ini memandangkan gaya hidup orang kini yang semakin terbuka dan berminat untuk menjelajah ke dunia luar.

Lagipun, mengembara seorang diri dilihat lebih mudah dan bebas bagi seseorang untuk membuat keputusan sendiri serta berdikari di atas bumi asing.

Namun begitu, bagaimana pula jika seorang wanita Muslim ingin 'backpacking' seorang diri? rata-rata orang akan mempunyai pandangan skeptikal mengenai perkara ini.

Yalah, apabila membawa status wanita, orang akan mudah cop kaum ini sebagai lemah apatah lagi jika ingin mengembara seorang diri di bumi asing.

Sila buang tanggapan tersebut kerana seiring dengan peredaran zaman, wanita kini juga sudah berkembang dan lebih berdaya saing dalam mengecapi impian mereka.

Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba untuk solo 'backpacking', apa kata anda cuba pergi ke lima negara ini supaya dapat meredakan kerisauan orang tersayang kerana dipercayai negara-negara tersebut paling selamat buat mereka yang mengembara seorang diri.


1. Iran

Negara ini mempunyai majoriti Islam yang ramai (negara Islam kan?) , justeru para Muslimah tidak akan mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan halal serta menunaikan kewajipan mereka di sini.

Selain itu, anda dapat menghayai keindahan seni bina Islam yang wajib dikunjungi iaitu Masjid al-Mulk, Masjid Vakil, Masjid Jameh di Isfahan dan banyak lagi. Lagi best sebab, di sini juga terdapat pengangkutan awam khas buat wanita tau! Oleh itu, sangat bagi Muslimah yang berseorangan.


2. England

Tidak dinafikan bahawa komuniti Islam di sini sudah semakin berkembang khususnya di London, Manchester dan Birmingham membuatkan makanan halal dan tempat solat sangat mudah untuk diakses.

Di samping itu, terdapat juga hostel hanya untuk para wanita sahaja membuatkan mereka yang mengembara solo di negara ini berasa selamat.



3. Indonesia

Ya, Indonesia adalah destinasi selamat buat wanita yang 'backpacking' secara solo lebih-lebih lagi ia adalah sebuah negara Islam.

Bagi mereka yang sukakan makanan dan berjalan-jalan, bolehlah melawat ke Jakarta dan Jogjakarta yang memberikan anda kepuasan tersebut, dan yang paling best ialah harganya juga sangatlah berpatutan.



4. Jepun

Walaupun bukan negara Islam namun Jepun merupakan salah satu destinasi wajib datang buat semua Muslim lebih-lebih lagi yang mengembara seorang diri.

Banyak penambahbaikan sudah dilakukan dari segi makanan halal dan juga pemahaman mengenai Islam sendiri, jangan terkejut tau kalau banyak juga tempat di Jepun mempunyai surau lengkap dengan telekung dan sejadah.




5. Korea Selatan

Tidak lengkap senarai ini jika Korea Selatan tidak tersenarai di dalamnya. Semestinya, negara ini mempunyai kadar jenayah yang rendah membuatkan para 'backpacker' solo bebas untuk menjelajah kawasan tersebut.

Selain itu, makanan halal juga semakin mudah untuk didapati khususnya di Myeongdong dan Itaewon serta banyak tarikan menarik di sini yang mempunyai kadar harga yang berpatutan.

Kredit: https://www.havehalalwilltravel.com


Read more »

Saturday, September 2, 2017

'SYURGA DUNIA DI ATAS AWAN'


'Syurga dunia di atas awan'


'Syurga dunia di atas awan', begitulah ungkapan yang terpacul tatkala penulis mula menjejak kaki di puncak Gunung kebanggan Gerik iaitu Kenderong.

Pendakian yang mengambil masa lebih dari 3 jam itu, bagai 'tiada penat lelah' tatkala kaki mula tiba di puncak Kenderong iaitu di ketinggian setinggi 1,223 meter (4,011 kaki) selepas disajikan dengan pemandangan hamparan awan karpet yang serba memutih.





"Subhanallah, Allahuakbar," teriak penulis selepas penat mendaki dan berjaya menikmati pemandangan serba memutih di hadapan mata selepas tiba di puncak.

Pendakian penulis bersama beberapa lagi rakan media tempatan yang bergerak seawal jam 3 pagi dari basecamp ternyata berbaloi selepas dapat menikmati panorama Kenderong yang serba nan indah.

Di sepanjang perjalanan kami, kami melalui laluan yang agak berbatu dan agak mencabar kerana laluannya yang agak berbatu, namun segala kelengkapan yang disediakan seperti tali membantu kami sepanjang melalui episod pendakian.

Gunung Kenderong yang terletak di Kampung Pahat Dalam, hanya mengambil masa kira-kira 15 minit dari Pekan Gerik dan mengambil masa kira-kira enam jam sekiranya dari bandar Kuala Lumpur.

Gunung Kenderong yang dikategorikan sebagai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane, sememangnya agak cabar mendaki, namun dengan semangat yang kental dan gigih sesiapa sahaja yang mendakinya akan berjaya tiba dipuncak.



Udara dingin dan menyegarkan

Setibanya di puncak anda mula merasai cuaca dan angin yang agak kuat dan sejuk, serta dari jauh kelihatan awan tebal memutih menyeliputi ruang udara Gunung Kenderong.

Suhu dipuncak sekitar 20-25 darjah Celsius menjadikan suasana di sekeliling begitu dingin dan menyegarkan.

Jadi bagi mereka yang mahu memotretkan keindahan Kenderong disarankan untuk membawa kamera untuk menyimpan kenangan terindah anda di sana!.


Read more »

5 PERKARA INI JANGAN DIBUAT SELEPAS MAKAN

\




Orang kata sudah kenyang makan, jangan terus tidur. Lagi-lagi musim raya ni kan.. Nanti boleh gemuk.

Betul ke? Ini merupakan antara perkara yang tidak seharusnya anda lakukan selepas makan.

1. Jangan makan buah lepas makan.


Sering kali buah-buahan disajikan sebagai dessert dan pencuci mulut selepas makan. Tapi tahukah anda, sebenarnya buah-buahan harus dimakan sebelum mengambil makan berat. Ini adalah kerana buah-buahan tersebut akan membantu proses pencernaan melalui karbohidrat dan vitamin yang yang terkandung di dalamnya. Vitamin-vitamin itu akan membantu usus-usus kecil mencerna makanan yang dimakan.

Jika buah-buahan diambil selepas makan, proses pencernaan tersebut menjadi lambat kerana pergerakannya terhalang dengan makanan-makanan yang baru dimakan. Haaa…itu yang boleh jadi kembung perut dan diarrhea tu. Hakikatnya, Islam juga menganjurkan makan buah dahulu sebelum makan makan berat.


2. Jangan minum air sejuk.


Ya. Air sejuk memang sedap diminum lagi-lagi untuk hilangkan pedas lepas makan tu kan.. Tapi, sebenarnya kalau minum air sejuk lepas makan pun boleh mengganggu proses pencernaan. Air sejuk bukan sahaja boleh mengecutkan usus, tapi ia juga membekukan partikel makanan yang mengandungi minyak. Jika proses pencernaan terganggu, ia sekaligus menggangu metabolisme dalam tubuh.


3. Jangan tidur.


Biasalah..bila dah kenyang mesti mengantuk. Tapi, jangan terus tidur ya! Sebabnya proses penyerapan makanan akan menjadi lambat apabila manusia tidur. Jadi, macam mana usus nak buat kerja kan? Mesti terganggu. Ini juga merupakan salah satu faktor penyumbang obesiti kerana lemak dan kalori tidak dicerna dengan baik.


4. Jangan mandi.


Kenapa mandi pun tak boleh? Ini kerana suhu air yang sedikit rendah berbanding suhu bilik boleh menaikkan aliran darah ke kaki, tangan dan badan. Keadaa ini menyebabkan kekurangan darah di bahagian perut dan memberi gangguan kepada penyerapan nutrisi makanan.


5. Jangan bersenam.


Jika nak diikutkan, kita dianjurkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Tapi, janganlah pula terus bersenam lepas makan. Sekurang-kurangnya mestilah selepas 2 jam makan baru boleh bersenam. Mana taknya, jika perut penuh kemudian mahu membuat aktiviti berat sudah pasti anda akan berasa loya dan jangan tak tahu bersenam selepas makan mampu meningkatkan risiko trauma dan sawan. Kan bahaya tu..

Jadi, selain mengamalkan pemakanan sihat, perkara-perkara seperti ini seharusnya diberi perhatian sekaligus dapat membebaskan tubuh badan dari sebarang penyakit. Selamat mencuba!


Read more »

Friday, September 1, 2017

KISAH TAPAK KAKI NABI IBRAHIM PUDAR RATUSAN TAHUN

\



MAKKAH – Masyarakat Islam sudah banyak baca, dengar atau lihat sendiri simbol kiblatnya, iaitu Kaabah. Namun berapa ramai yang benar-benar tahu sejarahnya, mungkin boleh jadi persoalan.

Pengkaji hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Mohi Eddine Hashemi, menjelaskan bahawa ia bemula apabila Allah SWT menurunkan Hajar Aswad dan batu-batu lain kepada Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.

Mereka kemudian diperintah untuk mendirikan Kaabah dan salah satu batu itu ditandakan oleh dua tapak kaki baginda. Selepas selesai membina rumah lama, Nabi Ibrahim berdiri di atasnya; dan tapak kaki baginda tenggelam.

Ia menandakan pembinaan rumah suci itu, menurut laman berita tempatan Al Arabiyya. Kedudukan itu atau kini disebut makam Ibrahim berada bersebelahan sahaja dengan Kaabah sepanjang sejarah ribuan tahun lamanya.

Mohi Eddine juga menyatakan bahawa tanda jari kaki dan tapak tersebut bagaimanapun pernah pudar akibat ia sering terdedah kepada kesan pegangan orang ramai, yang disentuh buat berkurun-kurun lamanya.





Apabila Nabi Muhammad SAW membuka Makkah, baginda membuat keputusan untuk memindahkan batu tersebut dari lokasi asalnya berdekatan Kaabah, ke kawasan yang lebih jauh lagi, iaitu 10 meter dari Kaabah.

Ini sebenarnya ujar Mohi Eddine bagi memudahkan para jemaah untuk selesa bertawaf mengelilingi Kaabah dan bersolat di bahagian belakangnya seperti yang diarahkan dalam al-Quran, lapor laman Al Arabiyya.

Menurut sejarawan, raja pertama yang memerintah menutupnya ialah Khalifah al-Mahdi ketika zaman empayar Abbasiyah. Khalifah al-Mutawakkil pula memerintahkan ditutup dengan perak dan emas bagi menguatkannya.

Pada era kerajaan Arab Saudi pula, khususnya di bawah pemerintahan Raja Faisal, kerja perluasan dikerahkan dan binaan itu diruntuhkan untuk meluaskan lagi ibadah tawaf. Ia diganti dengan kaca kristal dan perak juga dipasang.

Tambah laporan Al Arabiyya, ia sudah diubah suai sekali lagi ketika pemerintahan Raja Fahd, dengan kaca tidak mudah pecah diletakkan di atas makam itu yang diselaputi perak dan emas.


Read more »

Friday, July 14, 2017

JANGAN MUSNAHKAN MASA DEPAN ANAK


anak


Jika minggu lepas saya menulis mengenai persediaan melayari bahtera perkahwinan pada minggu ini pula saya akan menukilkan sekiranya bahtera perkahwinan yang dikemudikan karam di tengah lautan, apakah persediaan yang perlu dilakukan khususnya apabila ia melibatkan anak-anak kecil.

Banyak rakaman yang tular mengisahkan perebutan anak-anak disiarkan di media sosial dan arus perdana yang menunjukkan sikap ego dan baran kedua belah pihak dalam menangani isu penjagaan dan lawatan anak ini.

Malah acap kali kita membaca di dada akhbar berita disensasikan pertikaian di mahkamah syariah ataupun di luar mahkamah syariah apabila pasangan bercerai. Sering kali perebutan anak menjadi isu utama yang hangat diperkatakan. Anak-anak ini seolah-olah menjadi komoditi bagi ibu bapa yang bercerai atau diambang perceraian.

Tidak kurang juga anak-anak dijadikan alat untuk membalas dendam antara satu sama lain.

Sebenarnya secara umumnya mengikut hukum syarak walaupun sesiapa yang mendapat hak jagaan anak, pihak yang tidak mendapat hak jagaan berhak melawat anak-anak mengikut kesesuaian anak-anak tersebut.

Ini adalah kerana kebajikan anak tersebut mendapat kasih sayang kedua ibu dan bapa amat dipentingkan. Itulah sebabnya jika bapa tidak mendapat hak jagaan anaknya, bapa tersebut masih perlu membayar nafkah anaknya.

Sebagai seorang peguam syarie saya telah melihat ramai bapa yang dipenjarakan oleh mahkamah syariah kerana gagal membayar nafkah anak mereka. Malah tidak kurang juga ibu yang dipenjarakan kerana enggan memberikan hak kepada bapa menziarahi anak tanpa sebab yang munasabah. 

Sekiranya suami dan isteri bercerai hanya mereka sahaja yang bercerai. Hubungan anak dengan bapa atau ibu mereka masih tidak putus walaupun sampai ke akhirat nanti.

Oleh itu jangan sekali-kali mencipta alasan dengan tujuan tidak membenarkan bapa atau ibu menziarahi dan merapatkan hubungan dengan anak-anak. Bawalah berbincang bersama agar kebajikan anak tersebut akan dapat dibela walaupun ibu bapa mereka bercerai.

Pasangan yang bercerai perlu menyediakan minda positif dalam menghadapi perceraian. Walaupun rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi janganlah ada dendam di antara mereka.

Jika mereka benar-benar sayangkan anak-anak mereka maka berusahalah berbincang dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Walaupun mereka sudah bercerai mereka masih boleh menjadi kawan dengan menyantuni batas-batas yang telah ditetapkan oleh hukum syarak.

Hukum syarak telah mengaturkan dengan baik hubungan ibu bapa dengan anak-anak selepas kedua ibu bapa bercerai. Ibu pada lazimnya diberikan keutamaan mendapat hak jagaan anak manakala bapa masih menanggung nafkah anak. Dengan cara ini hubungan keduanya berkekalan.

Namun begitu, jika si ibu umpamanya menghalang bapa menziarahi anak tanpa sebab yang munasabah ataupun mempengaruhi anak agar enggan berjumpa dengan bapa mereka sudah pasti bapa tersebut bertindak balas tidak mahu memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Akhirnya kebajikan anak tersebut akan dinafikan kerana kedegilan ibu bapa mereka.

Sebagai seorang peguam syarie juga saya amat memahami penderitaan seorang wanita yang diceraikan khususnya bagi mereka yang diceraikan tanpa sebab munasabah.

Namun wanita tersebut mempunyai remedi yang dibenarkan mengikut undang-undang untuk menuntut di mahkamah syariah. Walau bagaimanapun, anak kecil yang kadang-kadang masih belum mumaiyiz lagi tiada tahu hak mereka di sisi undang-undang. Anak-anak kecil ini hanya bergantung harap ihsan kedua ibu bapa mereka. 

Sebagai ibu yang biasanya diberikan hak jagaan anak dan bertanggungjawab membentuk peribadi mulia anak-anak, seharuslah ibu tersebut mengambil langkah bijak memberi perspektif positif kepada anak-anak mereka terhadap perceraian yang dilalui ibu bapa mereka.

Saya perhatikan amat jarang perkara sebegini berlaku. Sering kali anak-anak menjadi mangsa persengketaan ibu bapa.

Oleh itu kedua ibu bapa mesti berperanan memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka bukan menjadikan anak mereka sebagai alat membalas dendam. Bayangkanlah gambar atau video yang ditularkan itu disebarkan sehingga anak-anak ini membesar.

Sudah pasti anak-anak ini akan berasa malu dengan masalah yang dihadapi itu dan boleh juga mendatangkan trauma kepada mereka.

Ingatlah anak-anak adalah pemimpin masa hadapan. Sekiranya sedari kecil mereka menghadapi pelbagai masalah sudah pasti apabila besar kelak mereka tidak berupaya menjadi pemimpin yang baik apatah lagi untuk mengharungi liku-liku hidup yang lebih mencabar pada masa hadapan.


Read more »

Wednesday, July 5, 2017

CABARAN UMAT ISLAM ERA 4IR




REVOLUSI Perindustrian ialah istilah yang menggambarkan fenomena dunia pada zaman moden. Fenomena ini berlaku disebabkan peralihan sejarah hidup manusia yang berasaskan pertanian kepada kehidupan yang berasaskan industri dan pengeluaran barangan untuk pasaran komersial secara besar-besaran.

Tidak keterlaluan untuk dikatakan bahawa, Revolusi Perindustrian ialah satu era yang diwujudkan bagi melegitimasikan kekuatan peradaban Barat sebagai satu kuasa yang menguasai kehidupan manusia dari sudut ekonomi, politik dan cara hidup manusia secara global.

Mahu tidak mahu, Industri 4.0 sedang berlangsung di dunia global pada hari ini.

Mengikut sejarah, Industri 1.0 telah berlaku sekitar 1760-1860 ekoran penggunaan enjin berkuasa wap untuk menggerakkan mesin dan meningkatkan pengeluaran. Beberapa dekad kemudiannya muncul pula Industri 2.0 sekitar 1870-1914 yang berasaskan tenaga elektrik.

Hasilnya satu lonjakan kehidupan manusia menggunakan tenaga elektrik sebagai satu sumber asasi berlaku dengan pesatnya. Bahkan aktiviti pengilangan melonjak dengan pantas dan mewujudkan penghasilan barangan komoditi secara besar-besaran.

Selepas era tersebut, muncul pula Industri 3.0 sekitar 1960-an. Revolusi kali ini dilonjakkan oleh penggunaan tenaga elektrik secara meluas yang hasilnya membawa kepada kewujudan teknologi komputer.

Bermula sebagai peralatan untuk kegunaan pertahanan dan ketenteraan, komputer mula digunakan secara meluas sekitar 1980-an dan pada akhir abad ke-20, teknologi digital yang dikenali sebagai internet mula menjadi fenomena dalam kalangan masyarakat dunia secara menyeluruh.

Kini muncul pula Industri 4.0. Teknologi kali ini dikatakan lebih canggih dan menyeluruh dengan tema ‘internet pelbagai benda’ yang berasaskan sembilan tonggak iaitu robot automasi, simulasi, integrasi sistem, internet pelbagai benda, keselamatan siber, pengkomputeran awam, pembuatan bahan tambahan, realiti diperkukuhkan, analisis data besar, dan integrasi sistem. 

Di sebalik semua ini, penulis tertanya-tanya bersediakah kita untuk menghadapi semua ini secara mental dan fizikalnya? Atau kita hanya akan menghadapinya secara tidak bersedia.

Teorinya mudah, dalam persaingan dunia pada hari ini, sesiapa sahaja yang tidak bersedia pastinya akan ketinggalan.

Dalam konteks ini, penulis terus mengamati nasib umat dan dunia Islam dari sudut peradabannya. Bersediakah kita di dunia Islam untuk menghadapi semua realiti kehidupan yang akan dilalui ini.

Jika umat Islam masih berada pada keadaan perpecahan dan tiadanya kesatuan yang utuh sama ada di peringkat nasional atau pun global, bagaimana umat Islam ingin bersedia menghadapi gelombang kehidupan yang serba terkini ini.

Dalam Surah al-Talaq ayat 12, ALLAH SWT berfirman: "ALLAH lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi, Perintah ALLAH berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahawasanya ALLAH maha kuasa atas segala sesuatu, dan sesungguhnya ALLAH ilmunya benar-benar meliputi segala sesuatu."

Pastinya segala perancangan kehidupan di dunia yang fana ini, semuanya berada dalam pengetahuan ALLAH dan tidak akan ada seinci pun yang terlepas dari pandangannya. Dialah yang maha berkuasa atas segalanya.

Namun, umat Islam tidak boleh berserah begitu saja kepada ALLAH, tetapi umat Islam perlu bersedia dan berusaha untuk menjadi umat yang terbaik dan berjaya.

Mengambil iktibar kejayaan umat Islam pada peradaban terdahulu, mereka berjaya menguasai tamadun kerana kesungguhan, ketakwaan, kesatuan dan kekitaan yang kuat untuk membangunkan kehidupan yang bercirikan wahyu dan keinsanan.

Cabaran industri 4.0 kepada umat dan dunia Islam sangat besar. Umat Islam perlu meletakkan segala yang diinginkan untuk dicapai sebagai satu matlamat ibadah kepada ALLAH SWT.

Tidak semudah itu untuk diucapkan kerana ledakan dan kesan dari industri 4.0 akan menjadikan kita lebih mudah alpa kepada kekuasaan ALLAH kerana kita pasti akan menyaksikan kecanggihan teknologi yang hebat. Tetapi ingatlah bahawa ALLAH maha mengetahui atas segala yang kita lakukan.

Moga kita beroleh rahmat untuk menghadapi hari-hari yang lebih mencabar.


Read more »

Wednesday, June 28, 2017

DI MANA LETAKNYA JURANG PALING DALAM DI DUNIA?


Di mana letaknya jurang paling dalam di dunia?


Lautan dan hidupannya adalah sesuatu yang sangat misteri untuk kita.

Kebanyakan daripada kita sering tertanya-tanya apa yang ada di bawah permukaan lautan yang luas, dalam dan gelap itu?


 


Malah tidak kurang ada juga di antara kita yang sedang terfikir bagaimanakah rupa atau bentuk muka bumi sebenar di bawah lautan?

Sinar Online ingin berkongsi dengan anda maklumat tentang Jurang Mariana yang merupakan jurang terdalam di dunia.

Jurang Mariana yang terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina ini merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi.

Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina dan ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.

Jurang tersebut membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina.




Bahagian The Challenger Deep adalah lokasi paling terkenal di lautan bumi di mana ia jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).

Ini bermakna, Gunung Everest pun akan tenggelam sekiranya ditempatkan di The Challenger Deep!

Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut.

Ukuran kedalaman pertama Jurang Mariana dibuat oleh kajian kapal British HMS Challenger, yang telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja pada tahun 1875 untuk menjalankan penyelidikan ke aras jurang yang sama.

Kedalaman paling besar dicatatkan pada masa itu adalah 8,184 meter (26.850 kaki).




Pada tahun 1951, sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja, juga dinamakan "HMS Challenger," kembali ke jurang itu untuk melakukan pengukuran tambahan.

Mereka mendapati lokasi yang lebih dalam dengan kedalaman 10,900 meter (35,760 kaki) ditentukan oleh echo bunyi.

The Challenger Deep dinamakan selepas kapal Royal Navy membuat pengukuran ini.

Pada tahun 2009, pemetaan sonar dilakukan oleh penyelidik di atas kapal RV Kilo Moana, yang dikendalikan oleh Universiti Hawaii.

Pengukuran terbaharu dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal & Ocean Amerika Syarikat pada tahun 2010, di mana hasilnya mencatatkan kedalaman sehingga 10.994 meter!


Read more »

Tuesday, June 27, 2017

LIMA LEBUH RAYA DAN KISAH SERAM


lebuh raya


Seringkali kita terdengar kisah-kisah seram melibatkan lebuh raya di Malaysia ini sehingga mengakibatkan berlaku kemalangan.

Musim perayaan ini, jalan raya di seluruh negara pastinya sesak dengan pertambahan trafik kerana rata-ratanya ingin pulang ke kampung halaman masing-masing untuk bertemu keluarga tersayang.

Apa pun berhati-hatilah di jalan raya untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini dan kita selamat sampai ke destinasi yang dituju.

Sambil itu, mari kita lihat lima kisah seram lebuh raya untuk bacaan ringan pembaca.


1. Genting Sempah

Banyak kisah yang sering didengari mengenai terowong Genting Sempah ini apatah lagi ia merupakan lebuh raya Karak yang sememangnya terkenal dengan pelbagai 'kisah'.

Sebelum ini, sudah banyak kemalangan melibatkan kenderaan yang melalui jalan tersebut membuatkan orang ramai begitu berhati-hati ketika memandu di kawasan tersebut.


2. Gua tempurung

Kawasan ini sememangnya terkenal sebagai kawasan kemalangan dan sering dipenuhi dengan kenderaan yang bertali arus.

Terdapat juga kisah seram yang apabila pemandu diganggu dengan penampakan sewaktu memandu lewat malam hingga menyebabkan kemalangan.


3. Lebuhraya Sultanah Bahiyah

Lebuh raya ini cukup sinonim dengan penduduk di Alor Setar dan telah menjadi saksi kepada beratus-ratus kemalangan maut.

Seorang penulis berkongsi kisahnya apabila terlibat dengan kemalangan di kawasan tersebut hingga menyebabkan kakinya terpaksa dimasukkan besi.

Punca kemalangan masih lagi tidak dapat dikenal pasti kerana menurutnya, dia seakan-akan dipukau hingga hilang kawalan ke atas kenderaannya.


4. Jalan Puncak Alam

Pada mereka yang sering melalui kawasan itu mesti tahu bagaimana keadaan jalan rayanya yang sunyi sepi terutamanya pada waktu malam, malah ada juga filem yang dihasilkan berkisarkan kisah-kisah mistik di jalan tersebut.

Antara kisah yang didengari ialah mengenai orang ingin menumpang kenderaan ke lokasi lain dan kemudiannya hilang apabila tiba di tempat tersebut.


5. Lebuh raya Karak

Tidak lengkap senarai ini jika nama lebuh raya ini tidak disertakan sekali, pelbagai kisah kita dengari mengenai Karak yang mampu membuatkan bulu roma kita tegak.

Antara kisah-kisah yang sering didengari ialah kereta volkswagen kuning, penampakan dan ada yang menumpang kenderaan sewaktu melalui jalan tersebut.

Walaupun banyak kisah-kisah yang didengari mengenai lebuh raya di atas, namun janganlah pula anda semua terbawa-bawa hingga menggangu fokus ketika memandu.

Yang penting sebelum mulakan perjalanan, periksa kenderaan dan mulakan perjalanan dengan bacaan doa. Hati-hati memandu!


Read more »

share2