Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Perspektif. Show all posts
Showing posts with label Perspektif. Show all posts

Monday, July 27, 2020

PAHANG BINCANG LANGKAH PERANGI DENGGI OKTOBER DEPAN





KUANTAN - Kerajaan Pahang akan mengadakan persidangan bagi membincangkan langkah-langkah untuk memerangi denggi di negeri ini pada Oktober ini.


Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Seri Norol Azali Sulaiman berkata, persidangan itu akan melibatkan wakil-wakil jabatan dan kerajaan Pahang serta media.


Menurutnya, dalam persidangan itu semua pihak terlibat akan berbincang bagaimana kaedah yang terbaik bagi menangani isu denggi di negeri ini.


"Persidangan ini kemungkinan akan diadakan pada bulan Oktober depan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.


Norol Azali berkata, sebanyak enam kematian dilaporkan akibat denggi di negeri ini dari 1 Januari hingga 18 Julai lalu berbanding empat kematian bagi tempoh sama tahun lalu.


Beliau berkata, kerajaan Pahang dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memandang serius jumlah kes kematian terutama peningkatan kes yang direkodkan ketika ini.


"Setakat 18 Julai lalu, sebanyak 1,762 kes demam denggi dilaporkan iaitu peningkatan 735 kes atau 72 peratus berbanding 1,027 kes bagi tempoh sama tahun lalu.


"Semua daerah di negeri ini menunjukkan peningkatan kes kecuali di Temerloh dan Jerantut. Daerah Kuantan merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 1,241 kes atau 70.4 peratus di negeri ini," katanya.


Norol Azali berkata, di Pahang sebanyak 92 lokaliti bermasalah dengan peningkatan 58.6 peratus berbanding 58 lokaliti bagi tempoh sama tahun lalu.


"Oleh itu, semua rakyat di negeri ini diminta meluangkan masa 10 minit setiap minggu untuk membersihkan sekitar rumah mereka bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes," katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN


Read more »

Tuesday, March 3, 2020

PERSPEKTIF: APABILA POHON TUMBANG, BURUNG-BURUNGPUN BERTERBANGAN


Oleh: Azam Abd Rahman

Regim Pakatan Harapan akhirnya tumbang kerana masalah dalaman. PKR berpecah. PPBM juga berpecah sokongan. Lalu kerajaan baru Perikatan Nasional terbentuk. Runtuhnya regim PH ini bukan salah Najib atau UMNO tetapi salah mereka sendiri.

Berikutan itu dibeberapa negeri juga sudah dan akan berubah kepimpinan. Ramai juga ahli-ahli parti melompat kesana dan kesini. Kerana hilang kepercayaan, hilang arah dan tujuan.

Yang nampak nyata adalah parti PKR. Ramai yang mengikuti Azmin Ali apabila beliau dipecat.

2,500 di Pulau Pinang umum keluar parti. 500 dari Cabang Kota Raja. 3,144 dari Cabang Libaran. 500 dari Cabang Sungai Besar. 300 dari Kg. Semarang umum keluar dan sertai PAS. 

Pohon yang tidak berdaun, tidak lagi rimbun tidak lagi jadi tempat berteduh serangga dan burung-burung. Pohon itu akan layu, mati dan akhirnya gugur ke bumi.

Pasti ada pihak yang seronok meihatnya. Tetapi selaku ahli UMNO jangan kita melihatnya begitu saja. Jangan melihatnya hanya dengan sebelah mata. Kerana setiap yang berlaku ada sebab dan akibatnya.

Pemimpin-pemimpin UMNO peringkat pusat, negeri, bahagian dan juga cawangan perlu bertanya; kemana mereka pergi? dan kenapa tidak kepada kita? Apa kurangnya kita? Apa kelemahan kita sehingga kita bukan jadi pilihan utama? Soalan ini perlu dikaji dan jawapannya perlu didapati didalam Konvesyen UMNO Negeri-negeri yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kenapa UMNO bukan jadi pilihan dan keutamaan? Apakah kerana dasar-dasarnya atau pandangan rakyat terhadap parti dan pemimpinnya masih seperti dahulu...sombong...bangga diri...pentingkan diri dan kroni ?

UMNO perlu berubah untuk menjadi parti pilihan utama rakyat untuk terus kekal relevan dimasa-masa akan datang. Jika tidak, UMNO juga akan dijauhi rakyat dan akan semakin mengecil dan akhirnya akan berkubur tanpa nesan.

Read more »

Wednesday, November 7, 2018

BELANJAWAN 2019 - ECRL, KRA CANAL DAN CHINA GEOPOLITIC


Image result for belanjawan 2019



Apabila PM Singapura Lee Hsien Loong tidak dijemput oleh China pada perasmian China Belt and Road Initiative (BRI), Singapura seperti disisihkan, walaupun banyak penafian diplomatik daripada kedua belah pihak. Pada saya, Singapore's loss is Malaysia's benefits.

Malaysia sepatutnya menggunakan sepenuh kesempatan manfaat dari BRI untuk kesejahteraan terutama negari negeri Pantai Timur yang terletak dlm BRI routes. Memang sudah sekian lama Pantai Barat telah diutamakan dengan Pantai Timur dipandang sepi. Ini mungkin disebabkan laluan Malacca Strait sudah sekelian lama menjadi laluan utama kapal2 yg mana keuntungan yg paling besar adalah Perlabuhan Singapura.

BRI seolah olah memberi nafas baru kepada Negeri Pantai Timur terutama Pahang dengan Projek Mega, seperti ECRL, Malaysia China Kuantan Industrial Park dan beberapa 'spill over investment' kesan dari projek2 mega ini. 

Utk melihat kesan BRI, kita mesti melihat regional outlook yang lebih menyeluruh. Kra Canal (Terusan Segenting Kra) sebagai contoh telah sekian lama difikirkan keberkesanannya dari zaman Raja Siam lagi, dengan bantuan kewangan poket besar China abad ini, Kra Canal bukan lagi angan2 kosong. 

Diberitakan MOU telah ditandatangani dengan sekarang perbincangan peringkat tertinggi China/Thailand untuk menrealisasikan Kra Canal. Kra Canal, walaupun mahal kosnya, ianya dpt menjimatkan perjalanan 1200 km dan 3 hari perjalanan. Dgn 80% import China melalui Selat Melaka, dengan 'Bungker Price' semakin meningkat dan kesesakan Selat Melaka, bukanlah sesuatu mustahil China menrealisasikan juga Kra Canal. 'What's China Want, China Will Get!'.

ECRL, Malaysia China Kuantan Industrial Park termasuk dlm blueprint ini. RBI sebagai 'maritime initiative', Perlabuhan Kuantan antara perlabuhan yg terbaik mendapat limpahan dari BRI. Begitu juga perlabuhan Tok Bali. 

ECRL bukan semata2 jalan keretapi. Limpahan jaringan infrastructure dari Stesen Gombak ke Kota Baru akan memangkinkan pembangunan fiskal terutama bidang tanah dikawasan2 yg dilalui ECRL. Ianya adalah 'economic stimulus' berskala besar. Ianya tidak boleh dipandang sepi. Dan Pahang adalah negeri yg berada dlm keadaan yg terbaik mendapat manfaat dari China BRI ini.

Sebenarnya Kerajaan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa. Selagi Kerajaan Malaysia berfikiran professional dan objektif ECRL secara logiknya mesti diteruskan. Pengurangan kos atau any other deal structuring boleh difikirkan bersama. Sebanyak lebih RM17.8b telah dibayar oleh Exim Bank kepada CCC. China dalam nada diplomasi bersetuju untuk Malaysia mengkaji semula, tetapi bukan sesuatu yang rahsia CCC atau China akan bersikap lebih keras mengambil tindakan undang2 sekiranya ECRL dibatalkan.

Bukan hanya setakat kos perundangan, tetapi opportunity cost, kesan pembangunan di setiap perhentian ECRL dan kawasan sekitar, baik dari segi harta tanah, pembangunan fiscal, economy stimulus mestilah diambil kira sebelum keputusan pembatalan ECRL dibuat kerajaan.

Dalam Belanjawan 2019, ECRL tidak dibatalkan. Ianya hanya ditanguhkan untuk dibuat kajian. Ini memberi harapan kepada Rakyat Pahang khasnya dan Rakyat Pantai Timur, akan ada sinar di esok hari.

As for me, dont wait too long as people will not wait us. If we do not grap the opportunites, rest assured others eagerly will....


Saiful Zaini Mohd Bokhari

Kuala Lipis

4 Nov 2018

Read more »

Saturday, November 3, 2018

PENDAPAT:BELANJAWAN 2019


Image result for belanjawan 2019


Terlalu Bergantung Pada Petronas or Petro Monies, Penguncupan Kutipan Fiskal dan Defisit yg Melebar.

Mungkin ada baiknya pada tahun ini saya tidak dipanggil menjadi panel mengalisa Belanjawan di kaca TV seperti tahun - tahun yg lepas. Pening juga kepala kalau diminta berbuat sedemikian apabila belanjawan 2019 menzahirkan pendekatan fiskal yg menguncup.

Saya tidak mahu menumpukan pada aspek aspek lain Belanjawan 2019 kerana setiap Kerajaan mempunyai cara utk memakmurkan Rakyat dan negara. Saya percaya ramai yg boleh dan akan memberi pendapat dan pandangan tentang perkara2 yg sedemikian.


Saya lebih mahu menumpukan kepada perkara yg lebih asas iaitu pengurusan pendapatan dan perbelanjaan Kerajaan, impak jangka panjang dan pendek. Walaupun saya nampak usaha2 kerajaan utk berbelanja berhemah, penguncupan pendapatan kesan daripada gerakan populis mengantikan GST akan memberikan impak negatif berterusan pada negara.

Kita semua sedia maklum SST yg dilaksanakan kerajaan tidak mampu.setakat ini menurunkan harga barang, yg pada masa yg sama kesannya telah dpt kite lihat dimana kantung pendapatan kerajaan berkurangan. Unjuran 3.7% defisit pada 2018 jauh tersasar daripada unjuran 2.8% unjuran tahun lepas. Meletakkan kesalahan pada org lain tidak akan dpt menyelesaikan masalah!

Lebih membimbangkan lagi, Kerajaan seperti memaksa 'special dividend' RM30 billion daripada Petronas yg kita semua tahu perniagaan oil dan gas makin lama makin mencabar, reserve minyak dan gas makin berada jauh 'deep water' dan gas pula lebih banyak kandungan 'carbon' yg memerlukan modal perbelanjaan atau CAPEX utk terus berdaya saing diperingkat antarabangsa. Berterusan kebergantungan pada dividen Petronas atau Petro Monies pada saya adalah 'a backward step'.

Satu lagi 'Backward Step' seperti saya sebutkan tadi penghapusan GST. Mungkin kita adalah satu satu negara yg 'step backward' menghidupkan semua SST bukan sahaja kurang hasil pendapatan tetapi juga gagal menurunkan harga barang. Hasil yg paling terus adalah defisit terus melebar kepada 3.7%. Penarikan subsidi atau menjuruskan kepada subsidi tertumpu walaupun saya anggap baik, tetapi impak akan terus dirasai.

Saya menjangkakan Penarafan Kredit Antarabangsa akan menurunkan kredit rating kita berdasarkan perkara2 yg saya sebutkan tadi; pendapatan kantung negara akan terus tertekan pada masa hadapan. Berterusan menyalahkan orang lain, unfortunately will not able to do the tricks to improve our credit rating as the international community will only see Malaysia as one entity!

Berapa lama lagi kita masih boleh bertahan bergantung pada Petronas dan Petro Monies; berapa banyak lagi percukaian baru yg perlu dilaksanakan semata mata mahu mempertahan ego menunjukkan kononnya SST lebih baik, berapa banyak lagi subsidi yg akan ditarik, akan terus menghantui ekonomi Malaysia pada masa masa mendatang.

Saiful Zaini Mohd Bokhari
Kuala Lipis
3 Nov 2018

Read more »

Tuesday, April 24, 2018

PRU 14 : GUNA MATA LEBAH BUKAN MATA LALAT






Kuala Lumpur – Rakyat seharusnya menjadikan lebah sebagai contoh terbaik dalam membuat pilihan terhadap parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini untuk menerajui negeri Johor dan juga negara secara keseluruhannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat berkata dalam membuat penilaian dan pemerhatian terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini, mereka perlu menggunakan mata lebah dan bukannya mata lalat agar pilihan yang dilakukan benar-benar tepat.

“Saya selalu sebut untuk menilai perkara-perkara ini sepatutnya kita menggunakan mata lebah dan bukannya mata lalat. Kalau kita gunakan mata lalat maka lalat hanya mencari keburukan, lalat hanya mencari kekotoran…lalat hanya mencari bangkai dan sebagainya. Maka lalat tidak akan fikir tentang kebaikan, tidak akan fikir tentang sesuatu yang bermanfaat .

“Dengan menggunakan mata lebah, lebah sukakan kemanisan, lebah suka kepada bunga-bungaan… lebah suka kepada kesejahteraan. Kalau kita gunakan mata lebah sebenarnya itu tanda kita bersyukur dengan apa yang ada. Kita redha apa yang ada dan kita tidak akan memburukkan orang. Jadi yang penting gunakanlah mata lebah untuk membuat pilihan yang terbaik.

“Kita akui BN ada kelemahan…BN ada kesilapan tetapi dalam 60 tahun ini BN telah membuktikan telah meletakkan Malaysia negara yang terbaik berbanding negara-negara membangun yang lain. Malah kerajaan menerusi BN yang diberi tanggunggjawab telah melahirkan ramai profesional, golongan usahawan tidak kira bangsa dan sebagainya. Begitu juga telah bnayak membangunkan kawasan sekaligus telah banyak memberikan peluang dalam bentuk pekerjaan dan sebagainya,“ katanya kepada UMNO-Online.

Ayub seterusnya menegaskan BN telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang pemerintahannya dan hari ini terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun berdasarkan rekod pencapaian selama ini amat jauh jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang.

“Kita telah berikan khidmat dan telah mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya kepada masyarakat dan hari ini terpulang kepada mereka untuk menilai samada nak pilih pemimpin atau wakil rakyat yang sedia berkorban atau nak memilih wakil rakyat yang sekadar transit yang meraih populariti ekoran isu-isu yang ada.

“Terpulanglah kepada pengundi. Nak pilih mereka yang berkhidmat atau sekadar melepaskan dendam kerana banyak bukti bahawa wakil rakyat pembangkang tidak tetap di satu tempat. Kluang contohnya…Gelang Patah contohnya…dan banyak lagi. Kalau kita hanya mengikut kemahuan dan kebencian diri maka kita tidak akan ke mana. Akhirnya nanti ia akan berpaling juga kepada wakil rakyat atau pemimpin BN, “ ujarnya.

Katanya lagi mana-mana parti yang bertanding tentunya mengharapkan kemenangan dan harapan BN sudah pasti berdasarkan pencapaian selama ini.

“Setiap parti yang bertanding dalam PRU mengharapkan kemenangan dan BN memang mengharapkan kemenangan dan ianya dikukuhkan dengan fakta…dikukuhkan track record. Jadi BN mempunyai kelebihan berdasarkan track record …berdasarkan pengalaman.

“Berbanding dengan mereka yang hanya bercakap…mereka pakatan parti haru biru yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas malah mereka tidak mempunyai pelapis…masih lagi mengharapkan pemimpin sama,“ katanya.


Read more »

Friday, November 10, 2017

TEORI 'RAHMAN', NAJIB PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR ?



Jika kita masih ingat pada teori 'RAHMAN' dimana kepimpinan negara adalah dari tokoh-tokoh yang nama mereka bermula dari huruf-huruf berkenaan. Saya tidak ingat dan tidak pasti siapakah pencetus teori berkenan, bagaimanapun ianya telah menepati ramalan.

Bermula dengan Tunku Abdul Rahman, kepada Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah dan kini Dato' Seri Mohd Najib. Semuanya menepati. Walaupun terdapat sedikit keadaan yang mungkin mengubah tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri suatu masa tak lama dulu, namun ianya tidak banyak memberi perbezaan.

Yang saya maksudkan adalah diantara Tun Abdullah dan Datuk Seri Anwar. Apapun seperti yang saya kata walau siaapapun diantara mereka masih tetap bermula dengan huruf 'A' - Abdullah dan Anwar. Mujurlah sejarah telah mencatatkan bahawa 'A' berkenaan adalah Abdullah, andai kata 'A' itu adalah Anwar, kita tidak pasti bahawa Najib akan ditabal sebagai Perdana Menteri. Maka telah lengkaplah teori 'RAHMAN'.

Soalnya sekarang, siapakah selepas Dato' Seri Mohd Najib? Saya tidak mendengar tentang adanya sebarang teori lain. Namun yang pasti kita semua sebenarnya dalam kebimbangan. Bimbang apakah kita masih dapat mengekalkan kuasa ditangan kita atau kita akan kehilangannya buat selama-lamanya dan kita jadi seperti 'Temasik'.

Dato' Seri Mohd Najib sedang menghadapi kemelut yang sangat sukar untuk dihadapi. Tidak ada Perdana Menteri menghadapi keadaan sepertinya sebelum ini. Beliau bukan hanya menghadapi musuh dari kaum lain yang punya agenda menguasai bumi kita, tetapi beliau juga sedang ditentang oleh bangsanya sendiri.

Pilihan Raya ke 14 adalah pilihan raya yang akan menentukan martabat bangsa kita di bumi sendiri. Dalam keadaan suara bangsa Melayu berpecah belah kepada beberapa kumpulan berserta dengan kurangnya minat anak-anak muda menjadi pemilih, kita tidak pasti sejauh mana Dato' Seri Mohd Najib selaku Presiden UMNO dapat mencapai hasrat itu.

Jika kita memandang kehadapan, menolak perbezaan fahaman dalam parti sudah tentu kita akan bersama-sama berada didalam saf perjuangan ini bagi membantu beliau untuk masa depan anak cucu kita. Kerana pada teori 'RAHMAN', Dato' Seri Mohd Najib adalah Perdana Menteri yang terakhir.


~ bRAVEhEART




Read more »

Thursday, November 9, 2017

[JERANTUT] JUARA BOLASEPAK PIALA SULTAN PAHANG

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and indoor


Jerantut, 8 November 2017 (Rabu) - YB ADUN Tahan Dato' Sri Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak meluangkan masa bersantai dan beramah mesra pada Majlis Makan Malam Meraikan Pemain dan Penyokong Jerantut FA, di Dewan Banquet, Majlis Daerah Jerantut.

Pasukan Jerantut tampil unggul memenangi Piala KDYMM Sultan Pahang pada bulan Oktober yang lalu setelah menewaskan Temerloh FA dalam perlawanan akhir.

Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bolasepak Jerantut berbesar hati menyumbangkan sumbangan peribadi berupa wang tunai kepada semua pemain, pengurusan dan kelab penyokong.


Beliau turut mengumumkan pakej percutian ke Krabi Thailand untuk semua pemain, pengurusan dan kelab penyokong Jerantut FA.





Read more »

Friday, November 3, 2017

POLITIK PINTAR DAN POLITIK BONGOK




Ramai dikalangan kita bosan dengan cerita politik kerana ianya berat untuk difikir. Rakyat Malaysia memang begitu kerana kecenderungan mengambil jalan mudah, ringkas dan praktikal. Jika perut menyanyi kelaparan seboleh bolehnya beli makanan bungkus atau makan di kedai atau warung.

Memasak sendiri di rumah sekali sekala. Tetapi pelik juga KFC, McDonald dan kedai makanan segera yang lain tumbuh bagai cendawan selepas guntur di langit takkala Malaysia dikatakan menuju bangkrup. 

Sudah agak lama saya tidak menulis secara konsisten tentang pandangan dan apa yang bermain di benak fikiran isu isu politik. Namun perkembangan mutakhir ini membuatkan jejari saya semakin gatal untuk menari nari di atas keyboard dengan irama yang lebih brutal.

Semalam saya terbaca komen netizen (budak wechatt agaknya) di dalam sebuah portal pembangkang TipuKini. Ehh..kalau saya tidak suka portal TipuKini kenapa baca juga. Bila pula membaca suatu kesalahan ? Mempercayai bulat bulat tanpa di perhalusi kebenaran antara kisah sahih dan propaganda itu sebenarnya meletakkan di mana taraf pemikiran kita.

Sekalipun ramai yang terpelajar tetapi jika berita palsu yang diulang ulang berkali kali ianya akan di percayai benar.Berita separuh masak dianggap seperti telor separuh masak menjadi sarapan minda dan jiwa.



Berbalik kisah budak we chatt yang membuat komentar di portal pembangkang TipuKini berkali kali mengeluarkan parti UMNO dengan 'Umnongok'. Betapa amannya Malaysia tanpa 'Umnongok' dan DS Najib digelar dengan Najis. Saya tidak sampai hati mahu print screen apa yang beliau tulis biarlah saya hanya mengulas di sini.

Saya geleng geleng kepala membaca setelah saya periksa profail facebook beliau adalah seorang pelatih di Pahang Skill Development Centre (PHDC). Kedangkalan beliau memahami apa itu politik yang diputarbelitkan dengan propaganda pembangkang melalui Tipukini.

Betapa bongoknya sebuah parti yang digelar 'Umnongok' , hanya Pahang sebuah negeri di Pantai Timur yang gagal di tawan pembangkang semenjak 1959. Kelantan dan Terengganu mempunyai sejarah kejatuhan parti UMNO tetapi tidak bagi negeri Pahang. Tetapi Terengganu cepat bangkit dari kekeliruan dan kembali kepada pemerintahan UMNO.

Sayang seribu sekali sayang budak wee chatt yang menuntut di Pahang Skill Development Centre tidak menyedari bahawa kewujudan isntitusi pendidikan kemahiran itu adalah idea 'kebongokan' 3 pihak iaitu Kerajaan Persekutuan ,Kerajaan Negeri Pahang dan Swasta. Beliau mungkin tidak menyedari bahawa kecerdikan beliau tidak melayakkan beliau untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA sebaliknya hanya layak mengambil kursus kemahiran .

Kerajaan Pahang yang yang diterajui UMNOlah(yang beliau kata Umnongok) yang memberikan peluang pendidikan kepada beliau supaya dapat membezakan apa erti bongok tetapi jika beliau terus memilih untuk terus bongok, apakan daya kerana pembangkang memang sukakan mereka yang berfikiran seperti beliau.

Melalui Yayasan Pahang yang telah pun membelanjakan lebih  RM1,000.00 juta dalam bidang bidang pendidikan melalui bantuan kecemerlangan akademik,biasiswa dan pinjaman bagi memastikan tiada anak Pahang tercicir dalam meneruskan pembelajaran. Sebanyak lebih RM 80 juta setahun dibelanjakan dalam bidang pendidikan .Malangya jika masih ada pelajar yang tidak tahu mengenang di untung dengan melabel pemimpin UMNO dengan pelbagai tuduhan jelaslah mereka mudah termakan dengan dakyah pembangkang. 

Pembangkang selama ini tidak berbuat apa apa selain merosakkan pemikiran anak muda.Politik pintar UMNO melahirkan generasi berpendidikan bagi memastikan anak bangsa dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa yang lebih maju.Manakala politik bongok pembangkang meracuni pemikiran anak muda menjadi bongok seperti mereka.

Read more »

Tuesday, July 4, 2017

ARIF SABRI DAN FUZIAH SALEH ANTARA 'TIKUS MAKMAL' DAP


Image result for fuziah salleh



DAP adalah parti rasis dan chauvinist. Parti berteraskan kaum cina ini mula bertapak sejak Malaysia merdeka. Bahkan umum mengetahui bahawa mereka adalah saki baki dari parti komunis yang pernah merampas kuasa dan memerintah Malaysia selama 14 hari dengan zalimnya selepas peninggalan Jepun dahulu.

Matlamat DAP tidak pernah berubah kerana pemimpinnya Lim Kit Siang masih berkuasa dan menguasai parti tersebut. Parti yang 'kunun'nya sangat demokratik ini telah menyaksikan sesiapa saja musuh dalam parti serta singan kepada Lim Kit SIang akan dihapuskan. Jika Lim Kit Siang dan DAP ini binatang, ianya bukan lagi seekor harimau yang ganas bahkan adalah dubuk pemakan bangkai.

DAP sedar untuk menguasai negara mereka tidak mampu menang secara bersendirian dengan hanya menguasai undi kaum cina sahaja, justeru kebelakangan ini kita lihat mereka banyak mempengaruhi bangsa Melayu untuk menjayakan cita-cita mereka.

DAP banyak bereksperimentasi dalam politik. Arif Sabri adalah antara 'tikus makmal' DAP. Meletakkan 'tikus makmal'nya dikawasan yang majoriti pengundi Melayu telah menampakkan kejayaan mereka. DAP sedar bahawa susah bagi mereka untuk menjatuhkan Melayu dan mereka juga sedar adalah lebih mudah Melayu sendiri yang membunuh Melayu.

Arif Sabri berjaya diperalatkan bagi mentohmahkan dan menyerang Mutfi, senjata menentang Melayu dan agama Islam. Namun akibatnya Arif Sabri terlantar diserang stroke, mungkin itu petunjuk dan peringatan dari Allah.

Selain menggunakan kekuatan dalaman DAP sendiri, DAP juga menggunkana mana-mana pemimpin Melayu yang dilihat menentang UMNO dan kerajaan Barisan Nasional. Fuziah Saleh dari PKR juga berjaya dijadikan 'tikus makmal' DAP dalam isu Lynas. 

Fuziah diangkat jadi 'Ratu Lynas' untuk menyerang kerajaan namun dakwaan mereka terhadap Lynas yang 'kunun'nya merbahaya ternyata salah. Sehingga kini tidak ada satu pun laporan mengenai radiasi dan bahan nuklear dari kilang Lynas di Kuantan sepertimana dakwaan Fuziah yang disokong DAP selama ini. Akhirnya Fuziah sendiri yang kesipuan dengan kemaluan dan isu Lynas telah dilenyap begitu saja.

Penduduk Kuantan tidakpun terkena radiasi dan sisa nuklear, namun yang sengasara akibat kenser adalah Fuziah sendiri. Allah menunjukkan kebenaran.

'Tikus-tikus makmal' ini adalah Si-Kitol dan Raja Mendaliar dalam hikayat Melayu lama dan banyak lagi 'tikus-tikus makmal' yang akan kita lihat nanti kerana DAP mempunyai dana asing yang besar untuk 'membeli' dan memperhambakan bangsa Melayu untuk digunakan sebagai senjata membunuh bangsa Melayu sendiri.

Kekalkan perpaduan kita dalam Islam, bersatulah kita sesama Melayu dan terus berikan sokongan padu kepada UMNO.


~ bRAVEhEART

Read more »

Saturday, June 10, 2017

ANTARA KECEMERLANGAN FELDA DAN KEMELUT FGV


Image result for felda


Kemelut FGV mesti diselesaikan segera. Felda adalah warisan yang amat bernilai tinggalan Tun Abdul Razak dan terbukti formula beliau amat berjaya. Ianya mesti terus kukuh menuju ke masa hadapan demi generasi akan datang. Tanpa kecemerlangan warisan FELDA, FGV tidak mungkin wujud.

Apabila saya diminta menganggotai barisan delegasi wakil Parlimen Malaysia ke persidangan UN Millennium Development Goals di Surabaya, sebagai ketua penyelidik delegasi, melalui data-data saya mula menyedari betapa besarnya FELDA dan betapa berjayanya FELDA membantu masyarakat miskin Melayu satu masa dulu. 'Indeed it was an eye opener for me!'

Masih saya ingat selepas Ketua Delegasi Malaysia membentangkan laporan bagaimana Malaysia berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar kepada angka sifar yang mana kewujudan FELDA adalah antara pemacu gerakan utama; ramai dari delegasi negara lain amat berminat dan bertanyakan formula kejayaan FELDA. 'Indeed it was a great day for Malaysian Delegates that day'. (Bangga menceritakan kejayaan FELDA, walaupun sebenarnya saya baru mengetahui fakta-fakta FELDA 2 minggu sebelumnya!)

Setiap kali melintas menara Felda, walaupun saya bukan warga FELDA tidak dapat tidak terbit rasa bangga melihat bangunan tersegam indah di tengah-tengah 'Golden Triangle' berhampiran KLCC.

Pencapaian ini mesti diteruskan demi kesejahteraan masa depan anak bangsa.

Pengurusan FGV sebagai unit pengerak perniagaan dalam memastikan kejayaan berterusan FELDA, mestilah bersikap professional. FGV mesti memastikan pulangan yang maksimum kepada pemegang saham. 

Corporate Governance FGV perlu jelas. Ini untuk memastikan bahawa tanggungjawab tidak bertindih. Ini amat penting lebih-lebih lagi FGV adalah syarikat terbitan awan. Keyakinan pemegang saham adalah penting dan perlu diutamakan.

Sekiranya Pengerusi FGV adalah non executive director (vis a vis non independent director), peranan Pengerusi dan bidang kuasa beliau perlu jelas.

Mesti jelas siapa yang ada kuasa eksekutif menjalankan urusan atau 'business deals' secara langsung. Siapa pula yang bertanggungjawab menjaga kepentingan pemegang saham dan awam. Kerana ini adalah syarikat terbitan awam bukan syarikat RM2.

Garis panduan SEC vis a vis FGV Governance structure adalah amat perlu diteliti untuk memastikan kepentingan pemegang saham terjamin. (Garis panduan NASDAQ lagi ketat - mungkin perbincangan lain).

Mungkin Corporate Governance ini adalah bidang tugas DS Idris Jala utk mencari hala tuju yang lebih professional kehadapan.

Hanya dengan adanya Corporate Governance yang teratur barulah sesuatu pengurusan syarikat boleh maju dan berdaya saing. 

Yang penting kepada pemegang saham adalah pulangan. Ini termasuk FELDA sebagai pemegang saham terbanyak; 112,000 peneroka - mereka sebenarnya bos kepada FGV.

Untuk mendapat pulangan optimum, pengurusan kos perlu cemerlang. 'Cost Driver' perlu dihalusi. Segala kontrak pemberian perlu diteliti supaya 'tidak dibayar lebih pada yg sepatutnya'!

'Non performing assets' atau aset yang tidak mendatang pulangan yang baik perlu diminimakan.

Tanya saja pada mana CEO atau CFO, adalah penting utk menumpukan kepada 'core business'. Boleh jika ingin 'diversify the business', nak jadi kreatif atau nak buat investment tapi mestilah 'on strategic direction'

Artikel di atas adalah hasil tulisan Sdr.Saiful Zaini Mohd Bokhari dengan sedikit pindaan dan pengubahsuaian oleh PahangKu Media - Editor.


Read more »

Saturday, May 13, 2017

HIMPUNAN ULANGTAHUN 71 UMNO LAMBANG KEKUATAN MELAYU



UMNO menyambut ulangtahun ke-71 baru-baru ini di Stadium Bukit Jalil. Ianya telah mencatat sejarah dengan penyertaan seramai lebih 140 ribu ahlinya berhimpun dari seluruh negara.

Sebelum itu, ianya dimuai dengan larian bendera dari empat penjuru tanahair, Perlis, Kelantan, Johor dan Sabah bermula 1 Mei hingga 11 Mei.

Terbukti kekuatan UMNO dari akar umbi masih teguh  dengan penglibatan ahli-ahli UMNO dari semua peringkat dan menafikan apa yang diwar-warkan oleh pembangkang bahawa UMNO sudah tidak lagi releven sebagai sebuah parti yang bukan sahaja memperjuangkan orang-orang Melayu dan Bumuputera bahkan seluruh rakyat Malaysia.

Di media sosial gambaran seolah UMNO dan Barisan Nasional sudah tidak diterima oleh rarkyat adalah tidak benar sama sekali kerana selama ini penyokong dan pendukung UMNO hanya mengambil sikap berdiam diri namun apabila tiba masanya mereka akan keluar dan tunjukkan sokongan dan kekuatan sebenar yang tidak dapat dinafikan sesiapapun.

Perhimpunan UMNO di Bukit Jalil ini bukan sahaja menggentarkan parti chauvanis DAP bahkan membuatkan mereka berfikir banyak kali agar tidak mengulangi lagi tragedi rusuhan kaum 13 Mei dulu.

Perhimpunan ini juga membuktikan kekuatan UMNO dan pendokong umat Melayu dan Bumiputera seluruh negara. Bayangkan jika Pas juga turut serta dalam perhimpunan seperti ini, tentulah kekuatan umat Melayu dan Islam akan lebih menyerlah lagi.



~ Editor.




Read more »

Monday, December 26, 2016

KEJADIAN TANAH RUNTUH DAN PENCEMARAN ALAM AKAN TERUS BERULANG

Gambar hiasan.


Kejadian tanah runtuh berulang lagi dan berkali-kali. Tidak mendatangkan korban namun membimbangkan masyarakat. Terus ianya dikaitkan dengan penerokaan tanah.

Dalam dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari berserta dengan penglibatan semua orang dalam 'kewartawanan rakyat' maka banyak pihak bebas memberi komennya ... positif dan negatif.

Berbalik kepada soal asas dan soalan lazim: Ini Salah Siapa? 

Masyarakat terus menyalahkan kerajaan kerana kegagalan penguatkuasaan serta dituduh juga berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Namun dalam masa sama kita juga harus melihat siapakah pelakunya? Sudah tentulah pelakunya adalah peneroka atau pemaju dan ianya adalah dikalangan rakyat... dikalangan kita ... saudara mara atau sahabat-sahabat kita. Bahkan secara tidak langsung kita juga ada berkepentingan.

Kita menuduh kerajaan serta pemimpin telah menyalahgunakan kuasa serta korup. Pemimpin tidak secara langsung menjalankan kerja-kerja dan memantau setiap yang berlaku. Apapun, ianya adalah dibawah pemerhatian agensi-agensi tertentu dan pegawai-pegawainya. Jika berlaku penyelewengan atau korup mereka itu juga tidak harus terlepas dari tuduhan itu. Mereka itu juga adalah dari kalangan kita... saudara mara atau sahabat-sahabat kita.

Kesedaran dan keprihatinan perlu dipertingkatkan dikalangan kita ... masyarakat ... yang ada dikalangan kita dalam masa sama adalah kontraktor... penjawat awam ... pejuang alam sekitar .. pemimpin... penguatkuasa dan sebagainya.

'Kita' perlu lebih menyayangi dunia dan alam sekitar ini lebih dari berperasaan tamak dan haloba kepada harta dan kehidupan duniawi. Kita juga perlu menginsafi bahawa alam ini dan apa yang nikmati ketika ini bukanlah hak kita tetapi adalah yang dipinjamkan kepada kita oleh generasi akan datang.



Artikel ini adalah tulisan blogger bRAVEhEART,
dan beliau merupakan Penulis Tamu Portal 'PahangKu Media'.


Read more »

Wednesday, December 21, 2016

[KUANTAN] 'STOCKPILE' TIDAK SUSUT, MORATORIUM AKAN DILANJUTKAN

YB Andansura buat apa di sini ?


Moratorium perlombongan bauksit sudah ditangguhkan untuk kali ke-3nya, dan kali ini masih berbaki dua minggu lagi. Bagaimanapun masih terdapat banyak lagi longgokannya di kawasan penyimpanan (stockpile).

Moratorium bertujuan menghentikan sebarang kerja-kerja perlombongan dan dalam masa sama 'mengosongkan' 'stockpile' yang dengan cara mengekspotnya supaya aktiviti perlombongan baharu dan kaedah-kaedah pengangkutan dapat dijalankan semula dengan lebih terurus.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar merakamkan kekesalannya apabila dalam tempoh yang ditentukan bauksit yang ada di 'stockpile' sudahpun di eksport namun bakinya masih seakan tidak pernah berkurangan. Maksudnya perlombongan secara haram masih diteruskan. Sudah pastilah sekali lagi tempoh moratorium akan dilanjutkan lagi. Persoalannya; siapakah yang mendapat keuntungan dari keadaan ini?

“Melihat situasi seperti ini, saya percaya kerajaan persekutuan akan melanjutkan tempoh itu sehingga tiga bulan lagi,” kata YB Andansura, Adun Beserah. Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui berkhatan beramai-ramai di Balok Makmur baru-baru ini.


Artikel ini adalah tulisan blogger BraveHeart,
beliau adalah Penulis Tamu Portal 'PahangKu Media'.





Read more »

Tuesday, December 20, 2016

12 TERBUNUH DAN 48 CEDERA REMPUHAN TRAK DI BERLIN

Trak yang dilaporkan terlibat dalam kejadian.

Kawasan kejadian.


Satu kejadian rempuhan trak terhadap orang awam dilaporkan berlaku di 'Christmas Market, Berlin' pagi tadi pada seperti dilaporkan oleh Portal Berita CNN pada 0203 GMT. Kejadian itu mengakibatkan 12 orang terbunuh dan 48 lagi cedera parah. Pasar Krismas tradisional adalah destinasi popular di seluruh Jerman menjelang perayaan itu hujung bulan ini.

Menurut portal berkenaan, trak itu dirampas dan digunakan sebagai senjata keganasan oleh individu atau kumpulan tertentu. Media tempatan melaporkan pemandu trak berkenaan telah ditahan bagaimanapun pihak berkuasa tidak dapat memastikan bahawa ianya adalah pemandu trak berkenaan.

Kejadian itu mengingatkan kita kembali kepada kejadian sama yang berlaku di Nice, Perancis pada 15 Julai lalu yang meragut 84 nyawa termasuk kanak-kanak dan mencederakan kira-kira 100 orang dengan 18 orang dilaporkan parah. Demikian menurut portal Daily Mail.

Ada pihak yang mendakwa kejadian ini ada kaitan dengan puak-puak Jihad di Perancis, bagaimanapun tiada dapat dipastikan bahawa pemandu trak berkenaan ada kaitan dengan kumpulan ISIS atau kumpulan perjuangan militan Islam yang lain.




Read more »

Friday, December 16, 2016

[KUANTAN] SYARIKAT GLC PAHANG PERLU MENYUMBANG DAN BANTU KERAJAAN




Dalam satu perjumpaan .. 'Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Pahang Bersama Anak Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Pahang' baru-baru ini, MB Pahang menyuarakan keresahannya mengenai sumber pendapatan negeri.

3 sumber hasil konvensional negeri adalah Perhutanan, Cukai Tanah dan Ta'arif Air. Kutipan dari ketiga-tiga sumber hasil berkenaan menguncup. Hasil dari perhutanan semakin berkurangan dan bukan lagi jadi satu pengantungan kerajaan kerana tiada atau sangat sedikit kawasan baharu yang dibuka bagi aktiviti pembalakan.

Kutipan cukai tanah juga tidak mengalakan kerana sikap individu yang selalu leka dan mengelak atau lambat membayar cukai sedangkan kutipan dari ta'arif air tidak menguntungkan sama sekali kerana ianya tidak pernah dinaikkan semenjak tahun 1982 lagi.

Bagi setiap RM1.00 yang dibayar oleh rakyat, PAIP (Pengurusan Air Pahang Berhad) GLC Pahang memberi subsidi sehingga 70 sen. Menurut MB Pahang, untuk membolehkan PAIP perolehi keuntungan ta'arif air perlu dinaikkan sehingga 300%. Bagaimanapun pihak kerajaan tidak pernah bercadang untuk menaikkannya bagi membantu rakyat menangani beban kos sara hidup yang semakin meningkat.

MB dalam pertemuan itu juga menyarankan agar syarikat-syarikat GLC kerajaan Pahang dapat diurus-tadbir dengan lebih baik supaya memperolehi keuntungan agar dapat mengembalikannya semula kepada kerajaan selaras dengan tujuan penubuhan syarikat-syarikat berkenaan.

'PDO News Media' dulunya 'Pahang Daily', blog cenderung pembangkang yang sudah bertukar milik, melaporkan ada gesaan supaya syarikat-syarikat GLC yang tidak menguntungkan ditutup sahaja atau ditukar ahli lembaga pengarahnya supaya dapat memberi impak baru dalam perniagaan yang diceburi.

Tidak menghairankan bila 'Pahang Daily' menyuarakan pandangan menentang kerajaan bahkan menyelar kepimpinan MB kerana sememangnyalah ianya dibina untuk menentang kerajaan dan meneruskan tradisinya walaupun sudah bertukar 'tuan'. Selain itu tindakan itu juga hanya bertujuan untuk mencari populariti dari kreadibilitinya yang sudah hilang 'ditelah' 'Portal PahangKu' sejak beberapa tahun lalu.

Dalam ucapan selama hampir setengah jam itu MB juga menyatakan keinginan kerajaan terlibat dalam perniagaan secara langsung bermula Januari tahun hadapan bagi menambah kutipan hasil agar dapat mengimbangi perbelanjaan kerajaan dalam membantu rakyat terutamanya kepada 3 perkara utama iaitu Perumahan, Pendidikan dan Kebajikan sesuai dengan pembentangan bajet 2016 yang dibentangkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini.

Apa yang penting, syarikat-syarikat GLC Kerajaan Negeri Pahang perlu diurus-tadbir dengan lebih telus dan produktif agar dapat menyumbang semula dan membantu kerajaan Negeri meningkatkan hasil kutipan bagi membelanjakannya semula untuk kepentingan rakyat.


Artikel ini adalah tulisan blogger BraveHeart,
beliau adalah Penulis Tamu Portal 'PahangKu Media'.

~ Editor.




Read more »

Monday, May 9, 2016

[JERANTUT] YB DATO' SHAFIK FAUZAN LAWAT PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR PERLOK




9hb Mei 2016 - Sebanyak 350 ekor ikan telah dibeli oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan dari berbagai species untuk dijadikan induk bagi menghasilkan benih-benih ikan sungai. 

Demikian dinyatakan oleh Yb. Dato' Mohd Shafik Fauzan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri dalam satu sidang akhbar di Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Jerantut.

Antara species ikan berkenaan adalah 203 ekor ikan baung, 20 ekor ikan tapah dan 127 ekor ikan ketutu atau ikan ubi.

Menurutnya lagi, sebanyak 987 ribu anak ikan telah dilepaskan ke sungai sepanjang tahun 2015 manakala 423 ribu pula yang dilepaskan pada tahun 2016 bagi tujuan pembiakan dan pemuliharaan. 'Ini adalah antara usaha kecil kerajaan bagi menyumbang penjagaan khazanah alam' - ujar beliau lagi.

Dato' Shafik juga meminta Jabatan Perikanan mengkaji pembikan beberapa species ikan lain seperti Ikan 'Lais' dan belida bagi mengelak kepupusan species berkenaan. 

Jabatan Perikanan juga disarankan agar menyediakan satu iventori ikan air tawar yang masih ada serta yang sudah pupus atau semakin pupus untuk tujuan rujukan.

Selain itu Jabatan Perikanan juga diminta menyediakan cadangan untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bagi membeli ikan-ikan yang masih hidup yang sesuai dijadikan induk dari nelayan sungai dan pemancing-pemancing dengan harga lebih mahal dari harga pasaran.

Sepanjang tahun 2010 terdapat sebanyak 18 kes kesalahan berkaitan dengan akta perikanan yang di kompaun dengan nilaian sebanyak RM8,000.00 manakala sebanyak 12 pada tahun 2015 dengan nilai kompaun RM12,500.00 dan tahun 2016 hanya sebanyak 1 kes dilaporkan.

Menjawab soalan lain, beliau menyatakan sebanyak 300 orang pengusaha ikan sangkar direkodkan terjejas akibat 'El-Nino' yang mengakibat kerugian hampir RM6 Juta. Bagaimanapun, Kerajaan telah mengambil inisiatif dengan memberikan bantuan kepada mereka-mereka yang terlibat.








Read more »

share2