Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 24, 2018

PRU 14 : GUNA MATA LEBAH BUKAN MATA LALAT






Kuala Lumpur – Rakyat seharusnya menjadikan lebah sebagai contoh terbaik dalam membuat pilihan terhadap parti-parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ini untuk menerajui negeri Johor dan juga negara secara keseluruhannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah, Ayub Rahmat berkata dalam membuat penilaian dan pemerhatian terhadap apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini, mereka perlu menggunakan mata lebah dan bukannya mata lalat agar pilihan yang dilakukan benar-benar tepat.

“Saya selalu sebut untuk menilai perkara-perkara ini sepatutnya kita menggunakan mata lebah dan bukannya mata lalat. Kalau kita gunakan mata lalat maka lalat hanya mencari keburukan, lalat hanya mencari kekotoran…lalat hanya mencari bangkai dan sebagainya. Maka lalat tidak akan fikir tentang kebaikan, tidak akan fikir tentang sesuatu yang bermanfaat .

“Dengan menggunakan mata lebah, lebah sukakan kemanisan, lebah suka kepada bunga-bungaan… lebah suka kepada kesejahteraan. Kalau kita gunakan mata lebah sebenarnya itu tanda kita bersyukur dengan apa yang ada. Kita redha apa yang ada dan kita tidak akan memburukkan orang. Jadi yang penting gunakanlah mata lebah untuk membuat pilihan yang terbaik.

“Kita akui BN ada kelemahan…BN ada kesilapan tetapi dalam 60 tahun ini BN telah membuktikan telah meletakkan Malaysia negara yang terbaik berbanding negara-negara membangun yang lain. Malah kerajaan menerusi BN yang diberi tanggunggjawab telah melahirkan ramai profesional, golongan usahawan tidak kira bangsa dan sebagainya. Begitu juga telah bnayak membangunkan kawasan sekaligus telah banyak memberikan peluang dalam bentuk pekerjaan dan sebagainya,“ katanya kepada UMNO-Online.

Ayub seterusnya menegaskan BN telah memberikan khidmat yang terbaik sepanjang pemerintahannya dan hari ini terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan, namun berdasarkan rekod pencapaian selama ini amat jauh jika dibandingkan dengan pakatan pembangkang.

“Kita telah berikan khidmat dan telah mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya kepada masyarakat dan hari ini terpulang kepada mereka untuk menilai samada nak pilih pemimpin atau wakil rakyat yang sedia berkorban atau nak memilih wakil rakyat yang sekadar transit yang meraih populariti ekoran isu-isu yang ada.

“Terpulanglah kepada pengundi. Nak pilih mereka yang berkhidmat atau sekadar melepaskan dendam kerana banyak bukti bahawa wakil rakyat pembangkang tidak tetap di satu tempat. Kluang contohnya…Gelang Patah contohnya…dan banyak lagi. Kalau kita hanya mengikut kemahuan dan kebencian diri maka kita tidak akan ke mana. Akhirnya nanti ia akan berpaling juga kepada wakil rakyat atau pemimpin BN, “ ujarnya.

Katanya lagi mana-mana parti yang bertanding tentunya mengharapkan kemenangan dan harapan BN sudah pasti berdasarkan pencapaian selama ini.

“Setiap parti yang bertanding dalam PRU mengharapkan kemenangan dan BN memang mengharapkan kemenangan dan ianya dikukuhkan dengan fakta…dikukuhkan track record. Jadi BN mempunyai kelebihan berdasarkan track record …berdasarkan pengalaman.

“Berbanding dengan mereka yang hanya bercakap…mereka pakatan parti haru biru yang tidak mempunyai hala tuju yang jelas malah mereka tidak mempunyai pelapis…masih lagi mengharapkan pemimpin sama,“ katanya.


0 comments:

share2