Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Pelancongan & Sukan. Show all posts
Showing posts with label Pelancongan & Sukan. Show all posts

Wednesday, January 2, 2019

AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA) DI PAHANG SEHINGGA SABTU INI





Petaling Jaya, 2.1.2019:  Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Kelantan dan Terengganu sehingga Sabtu, 5 Januari 2019.


Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.



Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini  berbahaya juga kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Read more »

Sunday, November 1, 2015

HARIMAU SELATAN GEGAR ASIA


Harimau Selatan gegar Asia


Johor Darul Ta'zim (JDT) melakar sejarah apabila berjaya menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara memenangi Piala AFC 2015, selepas menewaskan FC Istiklol 1-0, malam tadi.

Leandro Velazquez muncul wira skuad Harimau Selatan apabila menjaringkan gol tunggal buat pasukan pada minit ke-22.

Meskipun permainan lebih banyak dikuasai oleh kelab dari Tajikistan, pasukan bimbingan Mario Gomez lebih tenang menyerap tekanan diberikan oleh pasukan lawan sepanjang 90 minit.

Beraksi di hadapan penyokong sendiri gagal memberi kelebihan buat FC Istiklol untuk merangkul kejuaraan sekali gus terpaksa berputih mata melihat JDT membawa pulang Piala AFC buat kali pertama Malaysia.

JDT berjaya melangkah ke perlawanan akhir dengan layak secara automatik susulan penggantungan kelab dari Kuwait FA yang bersaing dalam Piala AFC.

Sebelum ini, skuad Harimau Selatan sudah mengharumkan nama Malaysia selepas layak ke Separuh Akhir dan perlawanan akhir dalam saingan berkenaan.

Read more »

Wednesday, October 28, 2015

AWAS PENYOKONG BOLA SEPAK MUNGKIN DISENARAI HITAM!


Khairy Jamaluddin


Penyokong bola sepak yang mempunyai rekod gejala samseng berkemungkinan disenarai hitam dari memasuki stadium bagi menonton perlawanan bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu akan dicadangkan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kementerian turut mempertimbang supaya penonton menulis nama dan kad pengenalan pada tiket masing-masing bagi memudahkan kerja-kerja mengenal pasti samseng," katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Manivanan Gowindasamy (PKR-Kapar) yang ingin tahu usaha kementerian mengatasi masalah disiplin penyokong bola sepak Harimau Malaya.

Berkenaan punca dan faktor kekalahan skuad Harimau Malaya kepada pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 September lepas, Khairy berkata, kelemahan utama yang dikenal pasti adalah tahap kecergasan kebanyakan pemain ketika itu berada pada tahap rendah.

Ini disebabkan mereka terpaksa mengharungi perlawanan liga yang mempunyai jadual padat serta jadual perlawanan persahabatan antarabangsa, kata Khairy.

"Beberapa pemain utama juga tidak disenaraikan dalam perlawanan tersebut kerana mengalami masalah kecederaan seperti Junior Eldstal dan Joseph Kalang Tie," katanya.

Dalam perlawanan pada aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019 bulan lepas, pasukan Harimau Malaya tewas 0-10 kepada pasukan UAE.

Tambah Khairy, pihak kementerian juga tidak mempunyai kuasa untuk menentukan proses pemilihan pemain pasukan kebangsaan kerana ia terletak di bawah jurulatih kebangsaan yang dilantik FAM.

Read more »

PIALA MALAYSIA: PAHANG SAHKAN KEMARAAN KE SUKU AKHIR




Kuala Lumpur: Juara bertahan, Pahang muncul pasukan ketiga mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2015 selepas membenam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 3-0, malam tadi. 

Tampak bergelut dengan prestasi terumbang ambing sebelum ini, skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu mencipta kebangkitan pada aksi kelima Kumpulan D di laman lawan, Stadium Shah Alam. 

Tiga mata yang diperoleh menyaksikan Pahang mengungguli Kumpulan D selepas mengumpul sembilan mata dan tidak mampu dinafikan tiket ke suku akhir sekurang-kurangnya menerusi slot naib juara. 

Ia turut dibantu dengan keputusan satu lagi perlawanan Kumpulan D membabitkan PKNS dan Pulau Pinang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang berakhir seri 1-1. 

PKNS di kedudukan kedua mengumpul lapan mata diikuti Pulau Pinang dan PDRM yang masing-masing mengumpul lima mata. 

Penyerang import Pahang jelas menjalankan tugas dengan baik dengan gol pelawat dijaringkan Dickson Nwakame pada minit ke-27 diikuti dua gol daripada Matias Conti pada minit ke-29 dan 81. 

Pada aksi di Stadium Selayang pula, Pulau Pinang terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi Lee Gil Hoon pada minit ke-16 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi Alif Haikal Mohd Sabri pada minit ke-43.

Pada aksi tunggal Kumpulan A malam ini, Johor Darul Ta'zim II (JDT II) mempersia-siakan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 2-1 kepada Terengganu sekali gus menyukarkan peluang skuad itu untuk mara ke suku akhir. 

Kemenangan buat Terengganu di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang itu pula menyaksikan peluang buat keempat-empat masih terbuka secara matematik dan terpaksa ditentukan pada perlawanan terakhir, bulan depan. 

Lions XII yang masih mengungguli kumpulan itu dengan 10 mata manakala Kedah dan Terengganu masing-masing mengumpul tujuh mata dan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan manakala JDT II mengumpul empat mata. 

Pelawat membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan perlawanan menerusi Issey Nakajima-Farran namun tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi kapten, Shahril Ishak yang menanduk bola menewaskan Mohd Sharbinee Allawee pada minit ke-34. 

Ismail Faruqi muncul wira Terengganu apabila menanduk gol kemenangan yang terhasil daripada sepakan percuma Gustavo Lopez pada minit ke-86.

Read more »

Monday, October 26, 2015

CHONG WEI RAIH GELARAN SIRI SUPER MUSIM INI


Lee Chong Wei


Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meraih gelaran Siri Super pertamanya musim ini selepas muncul juara di Terbuka Perancis di Stade Pierre de Coubertin, Paris, malam tadi.

Chong Wei yang genap berusia 33 tahun empat hari lepas menang selepas menundukkan pemain nombor lima dunia, Chou Tien Chen dari Taiwan 21-13, 21-18 dalam pertarungan 47 minit.

Ini adalah gelaran pertama Siri Super buat Chong Wei dalam tempoh 16 bulan selepas kali terakhir memenanginya di Terbuka Jepun pada Jun 2014.

Kemenangan ini pasti suntikan terbaik buat bekas pemain nombor satu dunia itu selepas kemampuannya mula dipertikai dalam tiga penampilannya di Siri Super - Terbuka Jepun, Terbuka Korea dan Terbuka Denmark - termasuk gagal melepasi pusingan kelayakan di Terbuka Korea, bulan lepas.

Namun Chong Wei berdepan kebangkitan Chou, 25, di set kedua apabila membenarkan lawan itu merapatkan kedudukan 19-18 selepas mendahului selesa 17-7 di set kedua.

Sejak bebas daripada penggantungan akibat kesalahan doping Mei lepas, Chong Wei hanya sekadar meraih dua gelaran kejohanan bertaraf Grand Prix Emas iaitu Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Kanada, kedua-duanya pada Jun, sebelum muncul naib juara dunia Ogos lepas.

Ini juga adalah gelaran ketiga Chong Wei di Terbuka Perancis selepas menjuarainya pada 2007 dan 2011.

Terdahulu, pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na muncul juara beregu campuran selepas menundukkan pasangan Indonesia, Praveen Jordan/Debby Susanto 21-10, 15-21, 21-19.

Read more »

Thursday, December 4, 2014

PIALA AXIATA: MALAYSIA KE SEPARUH AKHIR


Piala Axiata


Kuala Lumpur - Malaysia menempah slot ke separuh akhir selepas seri 2-2 dengan Singapura pada perlawanan terakhir pusingan pertama Kejohanan Badminton Piala Axiata 2014 di Britama Arena, Jakarta semalam.

Juara bertahan itu layak apabila menduduki tangga keempat dengan mengumpul 17 mata setelah menamatkan tujuh perlawanan dengan empat kali menang, dua kali kalah dan satu seri.

Pada Isnin lepas, Indonesia muncul pasukan pertama mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas mengumpul 18 mata dengan memenangi empat perlawanan dan satu seri.

Pada perlawanan pelengkap hari ini pula Indonesia menewaskan Thailand 3-1, manakala pasukan pilihan Asia mencatat kemenangan 3-1 ke atas Filipina.

Pasukan pilihan Asia dan Thailand turut layak ke separuh akhir selepas masing-masing mengumpul 19 mata. 

Keempat pasukan ini, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Pilihan Asia bakal berentap di Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras di sini pada Sabtu dan Ahad, manakala undian akan dilakukan Jumaat ini.

Pada perlawanan hari ini menentang Singapura, skuad badminton negara memperoleh dua mata menerusi perseorangan lelaki dan pasangan beregu lelaki.

Liew Daren diheret bermain 'rubber set' sebelum berjaya menewaskan lawannya Loh Kean Yew 18-21, 21-15 dan 21-19.

Liew yang tunduk pada set pertama, bangkit pada set kedua dan mengekalkan rentak permainan agresif sebelum menamatkan set penentuan yang mendebarkan untuk memastikan mata pertama diperolehi skuad negara.

Perseorangan wanita negara Tee Jing Yi bagaimanapun kecundang mudah kepada Liang Xiaou Yu 8-21 dan 11-21, sekali gus membolehkan Singapura menyamakan kedudukan. 

Beregu lelaki negara, Tan Wee Keong-Tan Boon Heong menghadapi saingan sengit apabila saling berkejaran mata sebelum kembali meletakkan Malaysia di hadapan selepas mengalahkan Loh Kean Hean-Terry Hee Yong Kai dengan 21-16 dan 21-17.

Misi mencari mata tambahan tersekat apabila gandingan beregu campuran negara Chan Peng Soon-Lai Pei Jing tewas kepada pasangan Danny Bawa Chrisnanta-Tan Wei Han dengan keputusan 12-21 dan 18-21.

Kejohanan tahunan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$1 juta (RM3.42 juta).

Kejohanan edisi kali ini masih mengekalkan format sama merangkumi lapan pasukan terdiri daripada enam negara dan dua pasukan jemputan mewakili Asia dan Eropah.

Selain Malaysia, kejohanan itu turut disertai pasukan dari Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Singapura serta dua pasukan jemputan, Bintang Asia dan Bintang Eropah.

Read more »

Saturday, November 22, 2014

SKUAD KUDA TUA?


Skuad kuda tua?


Desas desus mengatakan skuad Hoben Jang Hoben bakal diperkuat pemain veteran musim depan, nyata tidak menggembirakan penyokong setia mereka.

Menurut sumber, berkemungkinan daripada sembilan pemain tempatan baharu yang akan dibawa masuk, enam daripadanya dipercayai berusia antara lingkungan 31 hingga 36 tahun.

Difahamkan, kuda tua yang disebut-sebut bakal menyarung jersi Negeri Sembilan adalah Mohd Helmi Eliza Elias, Ahmad Fauzi Saari, Rudie Ramli, Irwan Fadzli Idrus, Azizi Matt Rose dan Rezal Zambery Yahya.

Itu tidak termasuk lagi beberapa pemain sedia ada seperti Mohd Fauzi Nan, Kim Jin Ryong, Badrulzaman Abdul Halim dan K Nanthakumar, seandainya mereka kekal dalam skuad Jang bagi saingan 2015.

Dalam pada itu, pemain muda digembar-gemburkan berpotensi untuk disunting skuad Rusa pula Mohd Akmal Mohd Noor, Shahrizal Saad dan Jasazrin Jamaluddin, di mana masing-masing berusia 25, 27 dan 28 tahun.

Bagaimanapun, kesahihan perkhabaran ini masih boleh dipersoalkan, selagi mana kehadiran mereka belum diumumkan secara rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

Tambahan pula, sesi pendaftaran pemain masih dibuka sehingga 5 Disember depan. Justeru, macam-macam boleh berlaku dalam tempoh berkenaan.

TIDAK TERLALU MENGHARAP

Mengulas perkhabaran terbaharu ini, Presiden Kelab e-Penyokong Bola Sepak Negeri Sembilan (n9futbol.com), Ahmad Zaini Baharun mempunyai pandangan tersendiri.

“Kita harap, perkhabaran tersebut tidak benar. Jelas sekali, ini bukanlah pasukan diimpikan peminat untuk memulihkan reputasi skuad Jang.

“Bukannya hendak menidakkan keupayaan mereka, cuma kita risau faktor usia akan jadi penghalang untuk pemain beraksi dengan baik, apatah lagi bermain selama 90 minit,” katanya.

Menurutnya, status bekas pemain kebangsaan dimiliki tidak boleh dijadikan ukuran memandangkan perkara tersebut sudah menjadi sejarah silam.

“Memang mereka berpengalaman. Tetapi, itu cerita dahulu ketika masing-masing masih muda dan berada di puncak karier.

“Nampaknya, terpaksalah skuad Hoben Jang Hoben berusaha lebih keras untuk bersaing dengan pasukan lain musim depan. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat,” katanya.

Read more »

Friday, November 21, 2014

DOLLAH AKUI KEHEBATAN MYANMAR


Dollah Salleh


Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, tidak memandang rendah keupayaan Myanmar yang menjadi lawan pertama skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini.

Pengendali kelahiran Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar yang diketuai Kyaw Ko Ko mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan untuk bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.

"Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar sebuah pasukan yang agak hebat. 

"Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak beliau (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini," kata Dollah selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di Kuala Lumpur, semalam.

Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 November ini, di Stadium Jalan Besar.

"Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain. Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar," kata Dollah. 

Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 November ini. 

Sementara itu, pemain veteran negara Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan untuk mengutip tiga mata penuh dalam dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand bagi mencerahkan peluang skuad negara ke separuh akhir.

"Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya. Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya," kata kapten kelab Felda United FC itu.

Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat bahawa pemain begitu bersemangat bagi menghadapi edisi ke-10 kejohanan bola sepak melibatkan negara Asia Tenggara itu.

Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara terutama di bahagian tengah dan beliau bertekad untuk menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih jika disenaraikan. 

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura esok sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.

Read more »

Monday, November 10, 2014

SAYA TIDAK PERNAH GUNA BAHAN TERLARANG - CHONG WEI




Kuala Lumpur: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menegaskan beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang sepanjang kerjayanya sebagai ahli sukan.

"Saya tak pernah menipu dan saya juga tidak akan sekali-kali bergantung pada bahan terlarang," kata pemain itu dalam laman Facebooknya hari ini.

Chong Wei berkata terdapat banyak soalan yang belum terjawab berhubung ke situ dan berharap akan dapat membersihkan namanya dengan secepat mungkin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mempercayai saya pada saat-saat yang memeritkan ini," katanya.

Chong Wei disahkan positif menggunakan bahan terlarang dikenali sebagai 'dexamethasone' dalam ujian yang dilakukan terhadap 'Sampel B' di Hospital Universiti Oslo di Norway, Rabu lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria memberitahu sidang media semalam bahawa beliau menerima keputusan rasmi itudaripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis.

Chong Wei dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.

Read more »

Saturday, November 8, 2014

CHELSEA TIDAK AKAN 'LETAK BAS' LAGI - MOURINHO




London: Jose Mourinho menegaskan Chelsea tidak akan mengulangi taktik bertahan melampau apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kembali ke Liverpool malam ini.

Pasukan bimbingan Mourinho menggagalkan usaha Liverpool untuk meraih kejuaraan liga pertama selepas 24 tahun dengan kemenangan 2-0 di Anfield pada penghujung musim lalu.

The Blues menggunakan taktik mengecewakan pasukan lawan dan perancangan itu membuahkan hasil apabila kapten Liverpool Steven Gerrard tergelincir dan memberikan Demba Ba gol pembukaan.


Liverpool amat kecewa dengan taktik Mourinho itu sehinggakan pengurusnya, Brendan Rodgers menuduh beliau "meletakkan dua bas" di depan gol Chelsea.

Jika musim lalu Chelsea bertandang ke Anfield sebagai pasukan bukan pilihan kerana prestasi Liverpool yang hebat ketika itu, Mourinho dan pasukannya kembali ke Merseyside untuk meneruskan permulaan tanpa kalah musim ini dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan Liverpool sekarang.

"Matlamat kami ialah untuk menang. Apabila kami memiliki bola, kami mahu menjaringkan gol dan apabila Liverpool memiliki bola, kami akan cuba menghalang mereka daripada menjaringkan gol.

"Kadang-kadang ada orang berlagak lebih pandai tetapi ini adalah asas bola sepak. Saya melakukannya sejak menjadi jurulatih dan saya akan terus melakukannya sehingga hari terakhir saya," kata Mourinho.

Ikrar Mourinho untuk pasukannya menyerang diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Diego Costa yang dibelenggu kecederaan sebelum ini untuk saingan di Anfield.

Read more »

SAMPEL B UJIAN DOPING CHONG WEI POSITIF







Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka mengumumkan ujian doping Sampel B pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, positif 'deksametason' pada sidang media yang dijadualkan pada jam 2 petang ini.

Sidang media di ibu pejabat BAM di Bukit Kiara itu akan diberikan Timbalan Presiden BAM, Datuk Norza Zakaria.

Berikutan keputusan doping itu, Chong Wei berhadapan dengan penggantungan selama dua tahun. Bagaimanapun, beliau akan diberi peluang mengemukakan rayuan pada sesi pendengaran dengan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Chong Wei minggu ini diiringi Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz dan Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh ke Oslo, Norway untuk menyaksikan analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo pada 5 November lalu.

Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi Sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lalu.

Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.

Read more »

Friday, November 7, 2014

FELDA UNITED GUGUR TUJUH PEMAIN


Felda United


Felda United FC (FUFC) telah menggugurkan tujuh pemain musim ini termasuk pemain import Uzbekistan, Yaroslav Krushelnitsky, bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Tujuh pemain berkenaan adalah Mohd Rahman Zabul, K. Thanaraj, K. Solihin, Mohd Haris Safwan Mohd Kamal, Muhammad Asyraf Mohd Al Japri, Krushelnitsky serta Mohd Raimi Md Nor yang kembali ke pangkuan Selangor selepas tempoh pinjamannya bersama FUFC tamat.

Pegawai Media FUFC, Suhaimi Ikhsan berkata tujuh pemain berkenaan digugurkan selepas perbincangan lanjut antara pengendali skuad 'The Fighters', Irfan Bakri dan pihak pengurusan FUFC.

"Keputusan ini dibuat bagi memperkuatkan lagi pasukan untuk bersaing di Liga Super 2015. Ini juga seiring dengan misi kelab bagi tahun 2015 iaitu mendapat tempat dalam pertandingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan," kata Suhaimi dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Berikutan perkembangan terbaru dalam pasukan, katanya, bekas pemain sayap Pahang, Mohd Fauzi Roslan merupakan antara empat muka baharu yang bakal menyertai kelab itu.

Selain Mohd Fauzi, tiga lain ialah Mohamad Rashid Mohamad Aya dari pasukan Sarawak, Mohd Fauzan Dzulkifli (Selangor PKNS FC) dan Mohd Firdaus Mohd Fauzi dari kelab Sime Darby FC.

Sebagai rekod, FUFC layak beraksi dalam Liga Super 2015 selepas muncul naib juara di belakang Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Mereka turut muncul naib juara Piala FA selepas kalah 2-1 kepada Pahang pada aksi final pada 7 Jun lepas di Stadium Shah Alam.

Skuad 'The Fighters' bagaimanapun kalah dengan agregat 6-5 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) pada peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2014.

Read more »

Wednesday, November 5, 2014

MAT YO: 'MAAFKAN SAYA'


Kekecewaan menyempurnakan sepakan penalti nyata dirasai Norshahrul dan berharap peminat Harimau Selatan memaafkannya.


Penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idhlan Talaha memohon maaf kepada rakyat Johor di atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014, Sabtu lalu.

Pemain yang lebih mesra disapa Mat Yo juga menerima kritikan ramai pihak berhubung kegagalannya membantu Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Kritikan pada saya memberi semangat dan lihat dari sudut positif untuk membantu saya kerja lebih keras lagi, saya hanya jalankan tugas.

“Saya minta maaf kepada rakyat Johor kerana kita gagal capai kejayaan pada final Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui di Padang Seri Gelam, di sini semalam.

Dia ditemui selepas menjalani latihan bersama kem skuad kebangsaan di bawah kendalian Dollah Salleh.

Read more »

Tuesday, November 4, 2014

JURULATIH, KAPTEN SKUAD TOK GAJAH KEKAL MUSIM DEPAN


Kejayaan pasukan Pahang menjuarai perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2014 terus dirai dengan berarak menaiki bas mengelilingi bandar Kuantan sejurus tiba, di Kuantan hari ini. - Foto Bernama


Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) mengesahkan jurulatih Zainal Abidin Hassan dan kapten Mohd Razman Roslan akan kekal bersama pasukan Tok Gajah, pada musim depan.

Presidennya Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkata setakat ini beliau belum menerima berita yang mengatakan mereka mendapat tawaran atau berpindah ke pasukan lain.

"Saya juga akan mengadakan berbincang dengan pegawai-pegawai PBNP mengenai status pemain, termasuk meneliti semula kontrak mereka yang mungkin akan tamat tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan kejayaan pasukan itu mempertahankan Piala Malaysia 2014 di Stadium Darul Makmur di sini semalam.

Tengku Abdul Rahman juga percaya sebahagian besar pemain skuad Piala Malaysia Pahang yang menjadi tonggak utama akan kekal bersama Tok Gajah.

Bagaimanapun beliau memberi kebebasan kepada pemain untuk membuat keputusan sama ada untuk kekal atau berpindah kepada pasukan lain jika mereka mendapat peluang yang lebih baik.

Mengulas mengenai masa depan penyerang import, Dickson Nwakaeme, beliau berkata, pemain itu melahirkan hasrat untuk bermain di Eropah dan memaklumkan akan menjalani ujian bersama sebuah kelab di Perancis.

"Andai gagal di sana, dia boleh kembali kepada Pahang pada tahun hadapan kerana kita sentiasa terbuka menerimanya untuk bermain di dalam skuad Tok Gajah," katanya.

Mengenai pemain baharu yang akan dibawa ke dalam skuad Tok Gajah, Tengku Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan bahawa Pahang perlu membeli beberapa pemain yang berkualiti sebagai persiapan tahun hadapan, terutama untuk beraksi dalam Piala AFC.

"Jika saya diberi peluang, saya akan pilih pemain Kedah, Badrol Bakhtiar untuk bermain dengan Pahang tetapi mestilah dibuat melalui saluran yang betul kerana saya tak mahu ambil pemain yang masih terikat dengan kontrak," katanya.

Sumber

Read more »

Monday, November 3, 2014

KJ KECEWA KUALITI RUMPUT DI STADIUM BUKIT JALIL


Khairy Jamaluddin


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kecewa dengan kualiti padang rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru siap dinaik taraf bulan lepas.

Proses baik pulih keseluruhan stadium berkenaan bermula Oktober tahun lepas dengan anggaran kos RM1.5 juta.

Perlawanan final Piala Malaysia antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan perlawanan penting yang pertama kali diadakan di stadium berkenaan selepas padang rumput baharu itu disiapkan.

Mengulas kritikan beberapa pihak mengenai keadaan padang rumput yang teruk pada final itu, Khairy berkata walaupun keadaan itu tidak menganggu kelancaran perlawanan, namun secara jelas rumput tercabut di banyak kawasan.

Beliau berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) telah menjemput beliau untuk melawat padang yang dinaik taraf di Stadium Larkin bagi mencari penyelesaian kepada masalah keadaan padang rumput di Stadium Nasional.

"Tengku Mahkota Johor (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) mempelawa saya pergi ke Larkin untuk melihat padang itu. Saya akan pergi ke sana dalam masa yang terdekat kerana TMJ kata rumput yang digunakan di situ boleh digunakan di Bukit Jalil.

"Jika saya mendapati rumput dekat Larkin lebih sesuai, kita akan menggunakan rumput itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini, semalam.

Pada tahun lepas, Khairy telah mengarahkan Stadium Nasional ditutup selepas aduan bahawa keadaan padang di stadium berkenaan tidak sesuai sehingga memasksa perlawanan persahabatan antara Barcelona FC dan Malaysia ditukar ke Stadium Shah Alam pada saat-saat akhir.

Beliau berkata, kementeriannya juga sebelum ini telah mencuba dua jenis rumput di Stadium Nasional, iaitu rumput jenis Cow grass and Bermuda Green Mountain.

Read more »

Tuesday, October 28, 2014

FAM PERUNTUK 40,000 TIKET FINAL PIALA MALAYSIA KEPADA JDT DAN PAHANG


Petaling Jaya -- Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 40,000 keping tiket masing-masing kepada penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang untuk aksi final Piala Malaysia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, 1 Nov ini.

Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah berkata pihaknya akan menyerahkan tiket berkenaan kepada Persatuan Bola Sepak kedua-dua pasukan, Selasa petang sebelum mula dijual kepada penyokong masing-masing pada Rabu dan Khamis ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pengelola Perlawanan Akhir berkata, baki 10,000 keping tiket akan dijual secara dalam talian menerusi laman sesawangwww.tickethotline.com.my bermula Rabu dan boleh ditebus keesokan hari dari 10 pagi hingga 6 petang di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Tiket bagi dewasa ditetapkan pada kadar RM40 manakala kanak-kanak bawah 12 tahun hanya RM5.

"Setiap penonton hanya dibenarkan membeli maksimum empat keping tiket sahaja...Memandangkan kita tidak membuka kaunter tiket pada hari perlawanan sebagaimana yang dilakukan sebelum ini, saya mengharapkan Persatuan Bola Sepak kedua-dua pasukan melaksanakan penjualan tiket seadilnya kepada penyokong masing-masing," kata Afandi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang berlangsung hampir empat jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, di sini, pada Isnin.

Dalam pada itu, Afandi menasihatkan bas yang membawa penyokong supaya meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan iaitu di Universiti Putra Malaysia bagi penyokong JDT dan Technology Park Malaysia di Bukit Jalil bagi penyokong Pahang.

"Kita minta pemandu bas yang membawa penyokong kedua-dua pasukan hanya menurunkan penumpang masing-masing dan meletakkan bas berkenaan di tempat yang ditetapkan...Kalau boleh, kita mahu segala urusan menurunkan kesemua penyokong selesai sebelum pukul 2 petang bagi mengelakkan kesesakan yang teruk.

"Orang ramai yang mempunyai kenderaan sendiri digalakkan supaya menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan memandangkan pihak RapidKL bersetuju untuk melanjutkan tempoh perkhidmatan mereka pada hari perlawanan," katanya.

Afandi berkata keputusan berkenaan diambil memandangkan terdapat dua acara lain yang turut diadakan di sekitar stadium iaitu Perhimpunan Anak-Anak Negeri Sarawak Seluruh Malaysia yang dijangka dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selain perayaan keagamaan Buddha.

Beliau turut meminta penyokong JDT supaya masuk ke venue perlawanan menerusi pintu merah, kuning dan hijau manakala penyokong Pahang akan melalui pintu berwarna ungu, biru dan hijau.

Afandi berkata sejumlah 2,500 anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rela dan beberapa agensi lain terlibat bagi mengawal kehadiran penyokong serta keadaan trafik pada aksi final nanti.

JDT mara ke final selepas menang agregat 6-5 ke atas Felda United FC manakala Pahang yang merupakan juara bertahan, mara selepas menundukkan Kedah dengan keputusan agregat 6-3 pada peringkat separuh akhir.

Read more »

Monday, October 27, 2014

KUTUK TINDAKAN PIJAK BENDERA JOHOR


Foto beberapa lelaki memijak bendera Johor yang kini sedang tersebar luas di laman sosial


Tindakan memijak bendera Johor dikutuk sekeras-kerasnya selepas sekeping gambar memaparkan sekumpulan remaja memijak bendera negeri itu tersebar luas di laman sosial semalam.

Dalam gambar itu, remaja terbabit memegang mafla dan jersi Pahang sambil menutup wajah mereka dan memijak bendera Johor.

Bagi Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah, persatuan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kurang bertamadun itu.

Menurutnya beliau bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat kesal dengan tindakan seumpama itu yang boleh menjejaskan semangat kesukanan.

“Kita kini sedang menyiasat sama ada perbuatan ini dilakukan penyokong Pahang atau tidak dan amat kesal dengan insiden ini yang tidak membawa faedah kepada mana-mana pihak.

“Perbuatan sebegini pastinya boleh menjejaskan imej pasukan dan penyokong malah negeri ini sendiri,” katanya semalam.

Read more »

Sunday, October 26, 2014

THE RED WARRIORS BERWAJAH BARU


Mohd Badhri (kanan) dan Khairul Fahmi antara pemain yang terus menunjukkan kesetiaan untuk kekal
bersama negeri kelahirannya.


Kurang dua minggu selepas tersingkir daripada kempen Piala Malaysia musim ini, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kembali membina semula pasukan The Red Warriors untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Biarpun perasaan kecewa tersingkir di tangan Kedah masih berbekas, namun setidak-tidaknya langkah Kafa memulakan persiapan awal dengan mengekalkan sebahagian besar tonggak utama musim ini menutup kesedihan penyokong Merah Putih itu.

Pengumuman Penasihat Kafa, Tan Sri Annuar Musa mengenai 15 pemain yang dikekalkan itu memberi signifikan betapa mereka kini bersedia mencabar kejuaraan meskipun terpaksa tunduk dengan kuasa wang untuk memastikan tonggak itu setia bersama Kelantan.

KETUAI SENARAI

Bakal mencecah usia 33 tahun pada musim depan, kelibat kapten yang juga pemain paling berpengaruh dalam pasukan Kelantan iaitu Mohd Badhri Radzi atau dikenali panggilan Piya masih lagi relevan untuk pasukan itu memburu kejuaraan.

Turut tersenarai ialah dua pemain yang mengikat kontrak jangka panjang, Khairul Fahmi Che Mat dan Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim, Ahmad Fakri Saarani, Mohd Farisham Ismail dan Mohd Khairul Izuan Rosli.

Sesuatu yang melegakan bagi penyokong fanatik mereka ialah Brendan Gan tidak akan ke mana-mana, sebaliknya terus setia menabur bakti bersama bekas juara tiga piala musim 2012 itu.

IMPORT BAHARU

Kehadiran penyerang Persebaya Surabaya dalam Liga Super Indonesia, Emmanuel Kenmogne secara senyap-senyap ke Kota Bharu minggu lalu memberi isyarat pemain berusia 34 tahun itu hampir pasti diikat untuk bersama TRW musim depan.

Ini diperkukuhkan lagi apabila pemain kelahiran Cameroon itu telah menjalani ujian kecergasan, satu amalan baharu yang diguna pakai oleh Kafa ekoran tersalah membeli penyerang import tempang, musim lalu.

Yang pasti, Hussein Alaa Hussein Salman dan Francis Forkey Doe bakal mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Kelantan. Forkey Doe biarpun menyerlah dalam kempen Piala Malaysia musim ini namun itu tidak cukup buat Kafa untuk terus mengekalkan pemain kelahiran Monrovia, Liberia itu.

Sementara itu, peluang Mohamed Shawky Aly Abu El Yazid untuk terus kekal tampak cerah jika mencapai persetujuan dalam rundingan bersama Kelantan ketika pasukan itu juga dikatakan mahu memancing Jonathan McKlain (Australia) dan Farhod Tadjiyev (Uzbekistan) pada musim depan.

Read more »

PIALA MALAYSIA: PAHANG BERTEMU JDT DI FINAL




Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) memanfaat sepenuhnya aksi timbal balik di laman sendiri, Stadium Larkin, Johor Bahru untuk menewaskan FELDA United 3-1 sekali gus melangkah ke final Piala Malaysia, malam tadi.

Seperti Pahang, JDT juga terpaksa bangkit untuk mencari kemenangan di tempat sendiri selepas tewas 3-4 pada perlawanan pertama di laman lawan sebelum mara dengan agregat 6-5.

Keghairahan JDT untuk menjaringkan gol jelas dengan beberapa cubaan agresif seawal minit pertama perlawanan namun benteng pertahanan FELDA yang dikawal pemain berpengalaman mampu mengekang serangan yang dilancarkan.


Gawang FELDA yang dikawal Mohd Farizal Harun akhirnya bocor juga pada minit ke-32 menerusi penyerang import, Luciano Figueroa namun kelebihan itu pantas dipadam pelawat menerusi Raimi Mohd Nor mudah meledak gol hasil satu gerakan cantik yang menewaskan Muhammad Al-Hafiz Hamzah.

Kedudukan berakhir 1-1 sehingga tamat babak pertama. 

Memasuki babak kedua, JDT yang tertekan bertindak pantas dengan melakukan beberapa pertukaran di bahagian tengah sambil perlawanan bertambah panas yang memaksa beberapa kad kuning dan merah terpaksa dilayangkan pengadil.

Sekalipun tertekan, JDT begitupun tidak cepat melatah dan menyumbat gol kedua juga menerusi Figueroa hasil gandingan menariknya bersama Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-64.

Hasil gerakan pantas yang bermula dari kanan padang, Diaz melepaskan hantaran cantik disambut kemas Figueroa menerusi tandukan ke gawang yang gagal dijangkau Farizal.

Diaz kemudian meneruskan kecemerlangannya apabila menjadi perancang gol ketiga JDT selepas bijak memperdayakan pertahanan FELDA sebelum melepaskan hantaran kepada Amri Yahyah yang dengan tenang melepaskan sepakan kuisan tinggi yang mematikan gerakan Farizal.

Kemenangan pasti menjadi hadiah paling perkahwinan paling bermakna buat Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

Perlawanan final Piala Malaysia yang menemukan JDT dan Pahang dijadual berlangsung pada 1 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Read more »

EPL: CITY TUMBANG MENGEJUT KEPADA WEST HAM



London: Harapan Manchester City untuk meneruskan tekanan terhadap pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea berkecai selepas berdepan kekalahan mengejut 2-1 ke atas West Ham United, malam tadi.
Ia menjadi kekalahan pertama skuad bimbingan Manuel Pellegrini itu di tempat lawan dengan Chelsea bakal berdepan Manchester United, hari ini.
Kemenangan menyaksikan West Ham meneruskan rentetan tiga kemenangan daripada empat perlawanan malah pernah menundukkan Liverpool pada September lalu.
Morgan Amalfitano membuka tirai jaringan Hammers pada minit ke-21 sebelum Diafra Sakho meledak gol kedua pada minit ke-75.
Dan sekalipun perancang Sepanyol, David Silva berjaya merapatkan kedudukan buat penyandang juara itu menerusi jaringan dua minit selepas itu, ketumpulan jentera serangan City menyaksikan tiada gol dapat ditambah. 

Read more »

share2