Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 8, 2014

CHELSEA TIDAK AKAN 'LETAK BAS' LAGI - MOURINHO




London: Jose Mourinho menegaskan Chelsea tidak akan mengulangi taktik bertahan melampau apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kembali ke Liverpool malam ini.

Pasukan bimbingan Mourinho menggagalkan usaha Liverpool untuk meraih kejuaraan liga pertama selepas 24 tahun dengan kemenangan 2-0 di Anfield pada penghujung musim lalu.

The Blues menggunakan taktik mengecewakan pasukan lawan dan perancangan itu membuahkan hasil apabila kapten Liverpool Steven Gerrard tergelincir dan memberikan Demba Ba gol pembukaan.


Liverpool amat kecewa dengan taktik Mourinho itu sehinggakan pengurusnya, Brendan Rodgers menuduh beliau "meletakkan dua bas" di depan gol Chelsea.

Jika musim lalu Chelsea bertandang ke Anfield sebagai pasukan bukan pilihan kerana prestasi Liverpool yang hebat ketika itu, Mourinho dan pasukannya kembali ke Merseyside untuk meneruskan permulaan tanpa kalah musim ini dengan mengambil kesempatan daripada kelemahan Liverpool sekarang.

"Matlamat kami ialah untuk menang. Apabila kami memiliki bola, kami mahu menjaringkan gol dan apabila Liverpool memiliki bola, kami akan cuba menghalang mereka daripada menjaringkan gol.

"Kadang-kadang ada orang berlagak lebih pandai tetapi ini adalah asas bola sepak. Saya melakukannya sejak menjadi jurulatih dan saya akan terus melakukannya sehingga hari terakhir saya," kata Mourinho.

Ikrar Mourinho untuk pasukannya menyerang diperkukuhkan lagi dengan kehadiran Diego Costa yang dibelenggu kecederaan sebelum ini untuk saingan di Anfield.

0 comments:

share2