Kuantan - Sebuah rumah yang dikatakan dipenuhi dengan bahan kimia untuk membuat bahan pencuci di Galing dekat sini hangus terbakar dalam kejadian kebakaran kira-kira jam petang kelmarin.
Bagaimanapun, ada bahan pencuci di dalam tong kecil yang dipercayai diletakkan selamat dari kebakaran.
Pemilik rumah teres setingkat itu, Tommy CH Khaw mendakwa, kebakaran berkenaan berpunca dari satu soket di ruang rumah berkenaan. ‘
Menurutnya, banyak dokumen penting yang tidak dapat diselamatkan selain keperluan dan perabot rumah.
Akibat keseluruhan rumah terbakar, Tommy mendakwa dia mengalami kerugian lebih RM50,000.
Sementara itu, Penguasa Bomba, Suhaimi Ahmad berkata, seramai 14 anggota bergegas ke tempat kejadian bersama empat jentera selepas menerima panggilan pada jam 4.17 petang.
Katanya, keseluruhan dalam ruang rumah hangus dijilat api dan bomba dapat mengawal kebakaran dalam tempoh sepuluh minit.
Suhaimi berkata, bomba belum dapat mengesahkan jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat.
0 comments:
Post a Comment