Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 12, 2012

THUMB UP! DS SHAHRIZAT

DS Shahrizat bersama YB Dato' Shahaniza Shamsuddin , tokoh berpotensi Wanita Pahang
semasa bersama berkempen di PRN Sarawak dulu.


1. DS Shahrizat Jalil, Menteri Pembangunan Wanita umumkan perletakkan jawatan sebagai Menteri sempena berakhirnya tempoh perlantikannya sebagai senator. Walau apa sekalipun, itu adalah satu tindakan berani dari seorang pemimpin UMNO / BN yang sedang memeggang jawatan. Tindakan itu mungkin diambilnya atas keperhatinan beliau ketika syarikat milik suaminya NFC masih dalam siasatan. 

2. Tentu para pemimpin pembangkang tidak ada yang berani melakukan perkara saya apabila ianya mengenai mereka sendiri. Bagi pembangkang, apabila mengenai pemimpin kerajaan maka mereka akan melihatnya sebagai satu kesalahan biarpun masih belum ditentukan oleh mahkamah namun apabila mengenai mereka sendiri, maka mereka akan mendiamkan diri bahkan menutupnya serta mengampunkannya. (Baca Sini)

3. Apapun tindakan yang diambil oleh DS Shahrizat ini adalah satu tindakan yang wajar bijak dan berani, beliau rela mengorbankan jawatannya yang semua orang inginkan semata-mata untuk memperkuatkan Wanita UMNO dalam menghadapi PRU akan datang. Jika pembangkang menyangka bahawa DS Shahrizat tersingkir dari kabinet akan melemahkan UMNO / BN maka sangkaan merka itu pasti salah sama sekali kerana tentunya DS Shahrizat akan punya lebih banyak masa untuk memperbetulkan dan memperluatkan Wanita UMNO selaras dengan pelan tranformasi ilham Perdana Menteri.

4. UMNO sudah menampakkan kesan perubahan dalam proses tranformasi yang dilakukannya. Rakyat sudah semakin percaya kepada UMNO dan kerajaan seperti sebelum ini. Ini dapat dilihat dari terjemahan sokongan rakyat terhadap DS Najib sendiri selaku pemimpin utama Negara.

5. Yang akan kecewa dan merana selepas ini adalah puak-puak pembangkang yang masih tenggelam dalam  khayalan bahawa rakyat masih menyokong mereka. Kita mesti ingat bahawa apa yang berlaku dalam PRU12 lalu hanyalah protes rakyat terhadap kerajaan kerana adanya sebilangan pemimpin dan wakil rakyat yang gagal memberikan perkhidmatannya dengan berkesan, justeru pembangkang diberikan undi sebagai tanda protes mereka.

6. Rakyat bukanlah sebenar-benarnya percaya kepada pihak pembangkang terutamanya apabila membandingkan ketokohan dan ketelusan diantara pemimpin pembangkang dengan pemimpin Kerajaan, jauh bezanya bagai antara bumi dengan langit. Tohmahan ciptaan Anwar Ibrahim untuk membueukkan reputasi DS Najib sudah tidak dapat diterima lagi. DS Najib telah dengan beraninya bersumpah bahawa beliau tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya, namun sehingga kini Anwar Ibrahim masih tidak berani bersumpah bahawa beliau tidak meliwat Saiful atau mana-mana lelaki lainnya serta beliau bukanlah individu didalam video klip mengadakan hubungan seks dengan pelacur China seperti yang dituduh.

7. Percayalah, DS Shahrizat Jalil akan lebih disayangi dan dihormati selepas ini kerana keberanian dan ketelusannya. Apalah jawatan yang disandang ini kerana ianya adalah tanggungjawab dan bukannya hak mutlak, sesiapapun, sampai masanya akan terpaksa melepaskannya juga. Syabas DS Shahrizat. Kami sayang DS!

3 comments:

  • Neilkie69 says:
    March 12, 2012 at 10:52 PM

    Terima kasih di atas segala jasa dan pengorbanan DS, harap DS cadangkan TYuan Syed Ali dari UMNO Cheras untuk menganti kerusi Menteri di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bagi kami dia amat-amatlah sesuai sekali untuk jawatan itu...Mohon pertimbangan daripada Dato Seri Najid...

  • rotijon says:
    March 13, 2012 at 9:52 AM

    RM250 juta yang disonglap sila pulangkan. Duit tu harta rakyat.

  • Admin says:
    March 13, 2012 at 11:13 AM

    DS xterlibat dlm perniagaan suaminya. Suaminyapun sudah dicharge di court, kita serah kpd mahkamah putuskannya. Rotijon nmpknya penyokong sebelah sana, tp mcamana kita nk minta Anwar pulangkan (kembalikan spt asal) yang dh dimasukkan dari belakang tu? hehe! sendiri mau ingatlah

share2