JABATAN Kastam dalam satu kenyataan semalam mendedahkan kegagalan 10% dari 380,000 syarikat untuk membayar cukai kepada kerajaan. Dahlah cukai tak bayar, rekod percukaian pun takda, tak tahu dia jual beli macam mana, terutama barang-barang import.
Kejayaan mengesan syarikat-syarikat ini berjaya dicapai hasil penghapusan cukai SST dan pengenalan sistem GST April lepas oleh pentabiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau tak tukar ke GST hari tu, agaknya selama-lamanya lah syarikat-syarikat ini melarikan diri dari bayar cukai.
Penulis percaya, inilah punca kenapa Najib diserang dalam soal perlaksanaan GST oleh pihak pro pembangkang dan pro orang pencen. Pembangkang melindungi peniaga-peniaga yang lari cukai ini, sebab mungkin cukai yang sepatutnya dibayar kepada kerajaan, disumbangkan kepada pembangkang untuk aktiviti politik mereka.
Bila GST diperkenalkan, tidak ada lagi peluang itu dan maka itulah bersungguh-sungguh benar pembangkang menyerang kerajaan dalam soal perlaksanaan GST, dan sudah tentu nama rakyat digunakan.
Sedangkan rakyat tidak begitu terkesan dengan perlaksanaan GST. Rasa terkesan kalau ada, sebab dulu dalam resit jumlah cukai yang dibayar tidak dinyatakan, tapi dengan sistem GST, jumlah cukai dibayar ditunjuk dalam resit.
Itu yang rasa macam terbeban, walhal tidak ada apa yang berubah pun sebab nilai wang dengan barang masih sama.
Cuma dalam soal kad topup saja yang memberi kesan tapi sudah ada jalan penyelesaian dalam tempoh beberapa bulan lagi, itupun tidak mengurangkan jumlah orang yang memaki hamun kerajaan dalam media sosial, bertambah lagi banyak adalah.
Maki hamun ni tidak ada masalah kalau dah memang itu cara yang di ajar ibu bapa masing-masing yang terlibat dari kecil, tapi ia menunjukkan pengenalan GST pada kad top up tidak langsung mengurangkan permintaan kepada data Internet.
Rakyat makan tanah sebab GST, yang papa kedana sebab GST belum ada lagi, kalau ada, sila tunjuk contoh dimana.
Bagaimanapun, dengan tertangkapnya peniaga yang melarikan diri dari membayar cukai ini, maka hasil kerajaan penulis percaya akan bertambah. Ditambah dengan sistem subsidi terarah, yang hanya menumpukan golongan sasar yang layak saja untuk diberikan subsidi kerajaan, turut menambahkan pendapatan kerajaan.
Semua ini akan menyumbang balik kepada kemakmuran rakyat dan negara, sehingga ke satu tahap, menenggelamkan populariti pemimpin terdahulu, termasuk yang memerintah selama 22 tahun tapi yang mengkayakan segelintir orang saja.
0 comments:
Post a Comment