Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Ringkas. Show all posts
Showing posts with label Ringkas. Show all posts

Wednesday, January 17, 2018

[RINGKAS] KIT SIANG KOMA?




Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan berada dalam keadaan koma selepas selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil pada 19 Dis lalu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mengesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjelaskan status terkini kesihatan bapanya.

Katanya, ada sumber dalaman DAP memaklumkan , Kit Siang dalam keadaan kritikal namun tidak dihebahkan kepada umum.

“Adakah benar Lim Kit Siang berada dalam keadaan koma serta tidak sedarkan diri dan kini beliau berada di Singapura?

“Saya mendesak Guan Eng menjelaskan keadaan sebenar kerana rakyat khususnya di kawasannya ingin tahu ke mana hilangnya wakil rakyat mereka,” katanya yang dipetik.

Sebelum ini, Guan Eng dalam kenyataan pada 28 Dis lalu mengesahkan ayahnya menghidap kanser buah pinggang tahap pertama dan selamat menjalani pembedahan membuang tumor kecil.

Kehilangan pemimpin kanan DAP itu disedari ramai selepas beliau tidak hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam pada 7 Januari lalu.

Pada masa sama, Ramesh berkata sumber dalaman parti itu juga memberitahu, nama hospital di mana Kit Siang menjalani pembedahan yang turut dirahsiakan atas sebab tertentu.

“Sebagai anak, lebih elok Guan Eng beri penjelasan kepada orang ramai berkenaan status bapanya,” katanya lagi.


Read more »

Wednesday, November 8, 2017

STESEN SHELL DI LPT TEMERLOH DITUTUP SEMENTARA



Makluman penutupan stesen minyak Shell di R&R Temerloh (Timur) dari arah Temerloh ke Kuantan bagi tujuan kerja menaik taraf.

Penutupan dijangka selama 2 bulan. Kepada penggunaan yang berkenaan, sebagai alternatif adalah dinasihatkan  ke stesen berdekatan iaitu di KM58 atau KM193.7 (R&R Gambang Timur).

Sumber maklumat dari pihak LPT.



Read more »

Wednesday, July 12, 2017

JAMUAN RAYA MESRA AIDIL FITRI PAHANGKU MEDIA



Kuantan - PahangKu Media akan mengadakan majlis Hari Raya 'Mesra Aidil Fitri' pada 15.7.2017 (Sabtu) bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang bertempat di 'Mahkota Golf Country Club' Indera Mahkota, Kuantan, Pahang.

Justeru, YB. Dato' Hajjah Shahaniza Shamsuddin (Pengerusi), YB. Dato' Haji Wan Salman Wan Ismail (Timbalan Pengerusi) serta seluruh ahli PahangKu Media dengan tulus ikhlas dan berbesar hati menjemput YB/TH Dato' / Tuan / Puan serta pengamal media sosial BN hadir.

Sila sahkan kehadiran di facebook 'PahangKu' atau 'Group PahangKu' calender events bagi tujuan pengurusana dan persiapan.


~ Editor.



Read more »

Tuesday, May 16, 2017

[CAMERON HIGHLANDS] BANJIR KILAT DI RINGLET




Kira-kira jam 5.00 petang tadi dilaporkan berlaku banjir kilat di Ringlet, Cameron Highland. Banjir berkenaan disebabkan oleh hujan lebat yang turun sejak petang tadi, bagaimanapun hujan dilaporkan reda menjelang maghrib.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Perkembangan selanjutnya sila ke facebook kami; PahangKu




Read more »

Saturday, April 29, 2017

[KUANTAN] RM15 JUTA UNTUK 'STREET MUSEUM'

Image result for SHARKAR SHAMSUDDIN
Gambar hiasan: 
YB Dato' Sri Mohd Sharkar bersama 
YH Dato' Ishak Mokhtar, Pengurus Besar Pelancongan Pahang ketika melawat Kg. Cherating


28 April (Bernama) -- Peruntukan sebanyak RM15 juta diperlukan bagi mewujudkan 'Street Museum' di kawasan sekitar Jalan Masjid di Kuantan, yang memiliki deretan pelbagai bangunan bersejarah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata kerajaan negeri telah mengadakan perbincangan dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi merealisasikan hasrat itu, yang berpotensi menjadi lokasi pelancongan baharu.

"Bangunan bersejarah di kawasan itu antaranya bekas pejabat Tourism Pahang, bangunan mahkamah dan Dewan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)� Semua bangunan itu memerlukan kerja-kerja pembaikian.....




Read more »

Thursday, April 27, 2017

JKKK, JKKP GUNA SISTEM DALAM TALIAN MULAI OGOS


KUALA TERENGGANU, 27 April (Bernama) -- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang membangunkan sistem baharu dalam talian iaitu e-tadbir urus desa bagi memudahkan penyediaan serta penyampaian laporan dan minit mesyuarat di peringkat kampung.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sistem yang dijangka siap menjelang Ogos depan akan digunakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

"Ia bertujuan memastikan laporan dan minit mesyuarat dapat disiapkan dengan lebih tersusun dan pantas bagi memudahkan proses pemantauan.....




Read more »

Saturday, March 11, 2017

INOVASI PERTANIAN VERTIKULTUR



Inovasi Pertanian Vertikultur - Warga menyaksikan sayuran yang ditanam menggunakan teknik pot bertingkat (vertikultur) saat pameran Inovasi Vertikultur di Mejayan, Kab. Madiun, Jatim, Rabu (5/8). Teknik vertikultur merupakan cara bertanam dengan meletakkan media tanam ke wadah bertingkat yang menjadi alternatif cara bercocok tanam bagi masyarakat perkotaan dengan lahan yang sempit.




Read more »

Tuesday, September 6, 2016

[KUANTAN] DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG BERSIDANG HARI KHAMIS

Gambar Arkib PahangKu

Dewan Undangan Negeri Pahang akan bersidang pada 8hb. September 2016 bersamaan Khamis nanti selama satu hari. Seperti biasa wakil-wakil rakyat dijangka akan membahaskan dan membincangkan usul-usul yang dibawa.



Read more »

Monday, March 28, 2016

[MARAN] MB PAHANG RASMIKAN PROGRAM JELAJAH NEGERI HARI KESEDARAN PELESENAN DAN KUALITI GETAH



Menteri Besar Pahang DSDR Hj Adnan Yaakob hadir merasmikan Program Jelajah Negeri Hari Kesedaran Pelesenan Dan Kualiti Getah Lembaga Getah Malaysia di Dewan Arena YAM Tengku Muda, Maran, Pahang pagi ini.

Turut hadir YB Dato Sri Muhd Leo Toyad, Pengerusi Lembaga Getah Malaysia, YB Dato' Hj Ismail Abd Mutalib, Ahli Parlimen Maran, YB Puan Nurhidayah Sahimi, Adun Luit, Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, YBhg Dato' Syed Ahmad Fuad Syed Taha, Pegawai Daerah Maran dan Pegawai-pegawai Kerajaan serta Daif-daif jemputan.


Read more »

Wednesday, February 3, 2016

KUANTAN : DATO' ROSLAN HARUN PEGAWAI KEWANGAN NEGERI BAHARU



YH Dato' Hj Mohamad Roslan Harun telah dilantik sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang baharu bagi menggantikan Dato' Dzul-kifly Osman.

Perlantikan beliau diumumkan dalam satu majlis ringkas angkat sumpah dihadapan YAB Menteri Besar Pahang di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur hari ini.

Sebelum ini Dato' Mohamad Roslan Harun bertugas sebagai Pegawai Pembangunan Negeri.

PahangKu Media mengucapkan tahniah diatas perlantikan beliau.




Read more »

Thursday, December 24, 2015

[KUANTAN] TIADA RAMALAN HUJAN LEBAT SEHINGGA 29 DISEMBER



Kemaskini tinjauan cuaca di negeri Pahang dalam seminggu bermula dari 24 Dis adalah seperti berikutnya:-

1) Tiada ramalan hujan lebat sehingga 29 Disember 2015.

2) Pada masa ini monsun Timur laut tidak aktif di kawasan kita serta tiada di jangkakan kedatangan angin luar  biasa dari negeri China atau gangguan monsun yang boleh menyebabkan hujan lebat di negeri Pahang.

3) Cuaca sama akan berterusan sehingga 29 Disember 2015.

4) Air laut pasang dari 24 hingga 27 Disember 2015 setinggi (3.4  - 3.5) meter.

5) Jabatan Meterorologi Pahang akan memaklumkan  sekiranya terdapat perubahan cuaca  nanti.


Pejabat Meteorologi Pahang


Sumber


Read more »

Wednesday, November 18, 2015

[BENTONG] KURSUS PENGKHUSUSAN PERNIAGAAN INTENSIF (BAKERY) PERINGKAT NEGERI PAHANG



Kepada belia dan beliawanis serta sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus jangkapendek 'Kursus Pengkhususan Perniagaan Intensif (Kursus Bakery) Peringkat Negeri Pahang 2015' untuk menjadikannya sebagai satu kerjaya, kursus berkenaan akan diadakan sebagaimana keterangan dibawah ini:


Nama Kursus : Kursus Pengkhususan Perniagaan Intensif (Kursus Bakery) Peringkat Negeri Pahang Tahun 2015.

Tarikh: 22 - 24hb November, 2015

Tempat : Teratak Malaya, Kg. Janda Baik, Bentong, Pahang.

Tarikh tutup permohonan : 20hb November 2015

Pendaftaran dan keterangan lanjut sila hubungi : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di talian 09-2221631





Read more »

Tuesday, November 17, 2015

10 JAWAPAN DISIDANG DUN PAHANG HARI PERTAMA



Dewan Undangan Negeri Pahang bersidang hari ke-2 hari ini. 

Dalam sesi soal jawab semalam, sebanyak 10 soalan telah dijawab oleh pihak kerajaan, Sila klik dan lawati galeri PahangKuTV untuk mengikutinya.





Read more »

[KUANTAN] SIDANG DUN HARI KE-2



17.11.15 - Dewan Undangan Negeri Pahang bersidang pada hari ke-2 hari ini bagi mesyuarat ke-3 penggal ke-3 kali ke-13.


Aturan urusan mesyuarat pada hari ini adalah seperti berikut;
1-   Doa
2-   Pertanyaan dan Jawapan - lisan dan Bertulis (akan diedarkan)
3- Perbahasan: Rang Undang-undang Perbekalan (2016) dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Perbekalan Air Tahun 2016.

Dalam sesi Pertanyaan dan Jawapan, sebanyak 9 soalan dijangka akan dimajukan dan antara Wakil-wakil Rakyat.




Read more »

Monday, November 16, 2015

[KUANTAN] SIDANG DUN PAHANG - MB BENTANG BAJET



16.11.2015 - Di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang yang berlangsung hari ni, Menteri Besar Pahang membuat pembentangan bajet kira-kira jam 12.15 tengahari tadi.

Dalam pembentangan tersebut, beliau menganggarkan hasil pendapatan negeri adalah seperti berikut:

1. Hasil dari percukaian - RM 234,380,500
2. Hasil bukan cukai - RM 245,907, 900
3. Terimaan bukan hasil - RM 248, 611, 600

Jumlah Anggaran Hasil adalah - RM 728, 900. 000


Sementara anggaran belanja mengurus adalah seperti berikut:

1. Perbelenjaan tanggunggan - RM 132, 474, 820
2. Perbelanjaan bekalan - RM 595, 145, 900

Jumlah Belanja Mengurus adalah - RM 727, 620, 810

Lebihan adalah sejumlah  - RM 1, 279, 190


Read more »

[KUANTAN] SESI SOAL JAWAB DUN PAHANG



16.11.2015 - Dalam sessi soal jawab di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bagi mesyuarat ke-3, penggal ke-3 bagi kali yang ke-13 hari ini, YB Dato' Fong Koong Fuee, Adun Cheka menanyakan mengenai sekolah jenis kebangsaan serta kekosongan jawatan guru besar dan pengetua yang masih belum diisi.

Soalan ke-2 dari YB Dato' Wan Kadri Bin Wan Mahusain, Adun Bukit Ibam menanyakan mengenai produk pelancongan di felda serta bidang IKS bagi masyarakat Felda.

YB Choong Siew Onn Adun Tras menanya soalan ke-3  berkaitan kualiti air dan pembekalan air mentah ke Negeri Selangor.

Soalan ke-4, Adun Pancing, YB Mohd Zaili Bin Haji Besar menyoal berkenaan perumahan awam kos rendah Sungai Pandan.

YB Dato' Mustapa Bin Haji Long Adun Padang Tengku menanyakan soalan ke-5 mengenai keluasan, jenis tanaman dan inisiatif kepada peladang berkenaan dalam menjadikan Pahang sebagai penyumbang utama pengeluar buah-buahan negara menjelang 2020.

Soalan ke-6, YB Wan Kadri Bin Wan Mahusain Adun Bukit Ibam menyakan langkah kerajaan dalam usaha membantu membuka ruang punca pendapatan dan pekerjaan kepada generasi muda sama ada di felda mahupun di kampong tradisi.

Soalan ke-7, Adun Teruntum, YB Sim Chon Siang menanya  penyelesaian mengenai minat golongan muda dalam permotoran dan lumba haram serta saman yang dikeluarkan oleh PDRM atas kesalahan lumba haram mengikut daerah tahun 2013 hingga 2015.

Soalan ke-8, YB Dato' Dr. Ahmad Shukri Bin Haji Ismail Adun Pulau Tawar bertanya berkenaan peranan hospital dan klinik dalam menghadapi bencana banjir.

Soalan ke-9, YB Dato' Sri Sh. Mohamed Puzi Bin Sh Ali Adun Peramu Jaya menanyakan tindakan kerajaan dalam menaiktaraf pusat jalur lebar komuniti khususnya di luar bandar.

Soalan ke-10 oleh YB Adun Tanjung Lumpur YB Haji Rosli Bin Abdul Jabar menanyakan status terkini kajian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang dalam menubuhkan institusi khas bertanggungjawab dan mengendalikan agihan zakat.

Dewan masih bersidang.

Dewan ditangguhkan jam 12.55 dan akan disambung semula esok.



Read more »

[KUANTAN] MESYUARAT KE-3 PENGGAL KE-3 DUN PAHANG KE-13


16.11.2015 - Mesyuarat ke-3 penggal ke-3 Dewan undangan Negeri Pahang ke-13 hari ini bermula dengan bacaan doa dan diikuti dengan mengesahkan peringatan mesyuarat.

Aturan ke-3, pertanyaan dan jawapan lisan dan bertulis ( yang akan diedarkan kepada ahli mesyuarat).

Aturan ke-4, Kertas-kertas yang dibentangkan... bilangan 14 tahun 2015, rang undang-undang perbekalan (2016) 2015, bilangan 15 tahun 2015.. anggaran hasil dan perbelanjaan tanun 2016... anggaran perbelanjaan pembangunan dan perbekalan air tahun 2016.

Aturan ke-5, rang undang-undang perbekalan (2016) 2015 - pencadang membawa cadangan

Aturan ke-6, usul anggaran perbelanjaan pembangunan dan perbekalan air tahun 2016 - pencadang membawa cadangan.



Read more »

[KUANTAN] SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI PAHANG BERMULA



16.11.2015 - Hari ini akan bermula Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang bagi mesyuarat ke-3, penggal ke-3 bagi kali yang ke-13.

Mesyuarat dijangka akan bermula jam 10,00 pagi selama 4 hari bermula hari ini hingga hari Khamis nanti manakala sessi penggulungan dijangka pada 23 dan 24 nanti.

2 crew 'PahangKu' Media akan berada di dewan untuk membuat laporan segala perbahasan di dewan sepanjang persidangan kali ini bagi membawa secara terus dan telus kepada umum.

Perkembangan dari masa ke semasa boleh diikuti di portal 'PahangKu' dan di facebook 'Grup PahangKu' dan di page 'PahangKu Media'. Segalanya sebagai usaha menjadikan 'PahangKu Media - yang pertama dan utama dalam penyebaran berita di negeri Pahang.


Read more »

Tuesday, September 29, 2015

[KUANTAN] NOTIS PENUTUPAN JALAN DI KUANTAN


Dimaklumkan bahawa  Polis Trafik Cawangan Kuantan akan melaksanakan penutupan jalan yang melibatkan jalan masuk ke HTAA. 

Jalan yang terlibat adalah sepanjang Jalan Penjara bermula dari lampu trafik ( trafic light ) Kompleks Teruntum sehingga  sempadan jalan Dato' Wong Ah Jang. 

Penutupan jalan akan berkuatkuasa hari ini 28hb Sept. 2015  jam 9.00 malam sehingga tengah malam ( midnight ) 1hb Okt 2015. 

Penutupan jalan ini adalah untuk memberi laluan kepada upacara perasmian Galeri Tenun Jabatan Penjara yang akan dirasmikan oleh DYMM Sultan Pahang. Segala kesulitan amat dikesali. 

Harap maklum.

Read more »

Thursday, June 4, 2015

KUANTAN : MB PAHANG RASMI PECAH TANAH LOJI 2-ETHYLHEXANOIC ASID BASF PETRONAS





4.6.2015 - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob merasmikan tapak Loji 2-Ethylhexanoic Asid BASF Petronas di kawasan perindustrian Gebeng pagi tadi.

Antara lain dalam ucapannya beliau menyatakan kerajaan negeri gembira dengan tahap pelaburan yang datang dan melabur di negeri Pahang.

Perindustrian di Gebeng telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 48 ribu orang dengan nilaian pelaburan sebanyak 2 billion ringgit setahun. Dalam jangka masa 2003 - 2009 dianggarkan sebanyak 20 billion ringgit nilai pelaburan.

Tambahnya, kerancakan pembangunan ekonomi di Kuantan boleh juga diukur dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkembang pesat umpamanya perniagaan hotel yang makin bertambah dan menguntungkan. Selain itu perniagaan-perniagaan lain juga turut berjalan rancak.

Menyentuh tentang pencemaran akibat dari perlombongan bijih besi dan bauksit, beliau menyatakan bahawa kerajaan memandang serius perkara berkenaan. Beliau juga berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat dengan kerjasama bersepadu agensi-agensi berkenaan termasyuk JPJ, SPAD, MPK, PTG dan Polis yang mengadakan sekatan-sekatan jalan-raya.










Read more »

share2