Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Eksklusif. Show all posts
Showing posts with label Eksklusif. Show all posts

Saturday, November 7, 2020

[lLIPIS] 154 ORANG TERIMA KUNCI AWAL RUMAH PR1MA PAHANG

 




Pada pagi tadi, Seramai 154 orang telah menerima awal kunci rumah bagi Projek PR1MA Pahang Kuala Lanar, Lipis.

Untuk projek ini, PR1MA Pahang bermatlamat untuk membina rumah berkembar setingkat berharga RM150,000 sebuah dengan keluasan 2,800 kaki persegi dan keluasan binaan 1,000 kaki persegi. 

Selain daripada PR1MA Pahang, Kerajaan Negeri turut melaksanakan projek Rumah Makmur Pahang dan Rumah Rakyat Pahang bagi memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Turut sama hadir ialah YB Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Dato' Sri Abdul Rahman Bin Mohamad yang juga Ahli Parlimen Lipis.

Serta turut sama hadir ialah barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, YB. Dato' Abd Rahim bin Muda dan juga YB. Dato' Abd Aziz bin Haji Mat Kiram.

Read more »

[KUALA LIPIS] PENJENAMAAN SEMULA JALAN SILANG KEPADA JALAN TAN SRI ABDUL RAZAK






Pada pagi tadi, YAB Menteri Besar Pahang telah menghadiri Majlis Penjenamaan Semula Jalan Silang Kepada Jalan Tan Sri Abdul Razak di Laluan Kedai Tangga, Kuala Lipis.

YAB Menteri Besar Pahang berkata, penamaan semula nama Jalan Silang ini tidak lain hanyalah bagi memperingati jasa-jasa Allahyarham Tan Sri Abdul Razak sebagai pempimpin di daerah Lipis ini.

Selain itu, bagi kemudahan orang ramai, YAB Dato' Sri Wan Rosdy telah meluluskan peruntukkan untuk menaik taraf laluan kedai.

Turut sama hadir pada majlis berkenaan Exco Kerajaan Negeri, merangkap ADUN Benta YB. Dato' Sri Ir. Haji Mohd. Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri Pahang.

Semoga dengan penamaan semula nama jalan ini akan menjadi tarikan para pelancong untuk mengunjungi Bandar Lipis, In Syaa Allah

Read more »

Tuesday, November 3, 2020

'FLAG-OFF' MISI PENGHANTARAN BEKALAN MAKANAN BENCANA NEGERI PAHANG


Kuantan, 3.11.2020 - Pagi tadi berlangsung Majlis Pelancaran dan Flag-Off Misi Penghantaran Bekalan Makanan Bencana ke pangkalan-pangkalan hadapan Pahang. Ini adalah persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

Majlis yang berlangsung di PDM Edar Batu 6 Kuantan itu dilancarkan oleh YAB Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan, Menteri Besar Pahang. Turut sama pada majlis berkenaan YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang merangkap Pengerusi Komunikasi dan Media, Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang.

Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Pengarah JKM Pahang, En. Zulkhairi Zainol Abidin. dan juga Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan turut sama hadir mengiringi. 

Sebanyak 118 buah Pangkalan Hadapan yang melibatkan 10 Daerah di negeri Pahang akan menerima hampir 98 tan barangan kering yang berjumlah lebih kurang 1 juta ringgit.
Antara Daerah yang akan menerima bekalan ini ialah:-

    1.Kuantan - 16 Pangkalan -11 Tan
    2.Pekan    -  11 Pangkalan - 9 Tan
    3.Rompin - 12 Pangkalan - 26 Tan
    4.Maran - 10 Pangkalan - 5 Tan
    5.Bera - 12 Pangkalan - 8 Tan
    6.Temerloh - 26 Pangkalan - 9 Tan
    7.Jerantut - 13 Pangkalan - 26 Tan
    8.Lipis - 11 Pangkalan - 2 Tan
    9.Raub - 5 Pangkalan - 1 Tan
    10.Bentong - 2 Pangkalan - 1 Tan

Dalam Sidang Media yang diadakan, YH Setiausaha Kerajaan Negeri memaklumkan dalam keadaan Pandemic Covid-19 ini banyak SOP yang harus dilakukan dan perkara itu akan dibincangkam bersama-sama MKN dalam masa terdekat ini. 

Dalam masa sama beliau jugak menasihatkan agar semua mematuhi SOP yang ada dan terus kekal menjaga keselamatan masing-masing.

Read more »

Saturday, April 18, 2020

MENTERI BESAR PAHANG LANCAR PAHANGMART, PASARAYA ATAS TALIAN








Kuantan, 18 April 2020 - PahangMart bakal dilancarkan hari ini oleh YAB Menteri Besar Pahang. Majlis yang akan berlangsung pada jam 12.00 tenghari nanti akan disiarkan di Facebook YAB Menteri Besar Pahang. 

PahangMart merupakan produk terbaru dari Pahang Go Sdn Bhd merupakan sebuah Pasaraya Atas Talian yang akan memberikan kemudahan kepada ramai orang bagi membuat belian secara Online.

Antara Pasaraya yang akan membuka kedai maya mereka di PahangMart adalah TMG, LYC, Eng Hong dan juga Cowboy.

Cara Penggunaan PahangMart ini juga seperti Platform shooping Online yang lain iaitu pembeli perlu memasukkan alamat penghantaran sementara portal PahangMart pula akan senaraikan pasaraya yang terdekat dengan alamat pembeli berkenaan.

Seterusnya pembeli hanya perlu memilih senarai barangan yang diperlukan serta membuat pembayaran secara atas talian dan pasaraya akan sediakan barangan permintaan dari pembeli dan akan mengaturkan penghantaran terus kepada pembeli.

Caj penghantaran yang akan dikenakan adalah sebanyak RM8.00 Untuk pembelian bawah RM100.00 dan untuk pembelian atas dari RM100.00 pula akan dikenakan sebanyak RM13.00.

Buat masa ini tiada sebarang caj dikenakan kepada mana-mana pasaraya yang menyertai platform PahangMart ini. Bagi fasa pertama ini, hanya daerah Kuantan sahaja yang terlibat dan akan dikembangkan ke daerah-daerah lain secara berperingkat-peringkat.

Sebanyak 60 pasaraya, kedai runcit, farmasi, pembekal, pemborong dari seluruh negeri telah memohon secara dalam talian untuk menyertai PahangMart dan mereka akan ditapis sebelum dimasukan ke dalam senarai pasaraya PahangMart.

Read more »

Thursday, April 2, 2020

KEBAKARAN DI KAMPUNG TENGAH, 4 SEKELUARGA SELAMAT






Kuantan, 1.4.2020 - Berikutan kemalangan yang berlaku malam tadi, sebuah rumah sewa telah hangus terbakar 80% dan mengakibatkan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM10 ribu.

Kebakaran yang bermula kira-kira jam 12.52 malam itu dapat dipadamkan oleh 19 anggota bomba yang tiba beberapa minit sejurus menerima panggilan dalam masa hampir 1 setengah jam.

Tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jika dilaporkan.

YB Abd Rahim Bin Muda melawat mangsa sejurus selesai mesyuarat Exco melawat mangsa 4 sekeluarga itu dan menyampaikan sumbangan Kerajaan Negeri.

Turut sama ditempat kejadian Timbalan Pengarah Bomba, Penghulu Mukim Kuala Kuantan 1 serta Ketua Kampung Kg. Tengah.

YB Rahim juga turut menyampaikan sumbangan kepada pihak Bomba bagi membeli peralatan menyelamat.

Read more »

Wednesday, March 11, 2020

KEJATUHAN HARGA MINYAK : TINDAKAN PROAKTIF KERAJAAN DIPERLUKAN UNTUK KEPENTINGAN NEGARA DAN RAKYAT




KUALA LUMPUR, 11 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan penurunan kos hidup rakyat dapat dikurangkan selaras dengan penurunan harga petrol.


Menurut beliau kesan kejatuhan harga minyak petrol bukan hanya menjejas pendapatan negara secara langsung, namun juga dua harga komoditi utama iaitu harga getah dan juga kelapa sawit.


“Harga getah dijangka turun kerana permintaan terhadap getah asli akan berkurang. Getah tiruan yang diperbuat daripada bahan petroleum akan jadi lebih murah. Harga sawit juga dijangka akan turun. Biodiesel daripada sawit sudah tidak diperlukan lagi yang menjadi satu punca permintaan kepada sawit,” katanya menerusi catatan di facebook di sini, hari ini.


Tambah beliau ketiga-tiga penurunan tersebut adalah tidak baik kepada rakyat termasuklah kepada negara dan tindakan proaktif kerajaan adalah sangat diperlukan.


Tambah beliau lagi jika ramalan ini tidak berlaku, maka eloklah dan diharapkan ianya tidak akan berlaku.



“Dan kita berdoa ianya tidak akan berlaku. Harga barang mesti diturunkan bila harga petrol turun sebab kos pengangkutan dan pengeluaran semakin rendah. Adakah ini berlaku? Sekali lagi adalah menjadi tugas kerajaan untuk memastikan penurunan kos hidup rakyat dapat dikurangkan selaras dengan penurunan harga petrol,” tambahnya.


SUMBER - UMNO Online

Read more »

Tuesday, February 4, 2020

[KUANTAN] RM30,000 MENANTI PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO PENDEK







Pihak Tourism Pahang akan menganjurkan pertandingan video pendek Pahang Simply awesome Sempena Visit Malaysia 2020 (VNY 2020). pertandingan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan tempat pelancongan  didalam Pahang tidak kira kawasan pelancongan yang sedia ada ataupun yang baru diwujudkan dan ia juga terbuak kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya.

Objektif pertandingan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menjadikan Pahang sebagai destinasi
utam pelancongan serta menggalakkan pelancong domestik dan luar negara menggunakan platform media sosial untuk mengabdikan detik indah dan keunikan semasa berada di Pahang. antara platform yang akan digunakan adalah instagram dan juga facebook.




Majlis sidang media yang telah diadakan pada petang tadi dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin.

Turut hadir, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) Pahang, YBhg. Dato’ Haji Idros Yahya, dan Pengurus Besar Tourism Pahang, Dato’ Ishak Mokhtar.

YB. Dato' Sri Haji Mohd.Sharkar Bin Haji Shamsudin ketika sidang media juga telah berkata tujuan Media sosial dijadikan platform untuk pertandingan ini adalah kerana generasi masa kini lebih banyak menggunakannya serta pasaran publisiti lebih meluas dan ia juga merupakan medium utama untuk pemasaran masa kini.

Pertandiagan video pendek ini akan bermula pada Februari hingga Disember yang akan menawarkan hadiah bulanan serta hadiah tahunan.

             Hadiah Bulanan
  • Juara:  Wang Tunai RM3,000 + Sijil + Hadiah Iringan      
  • Naib Juara: Wang Tunai RM2,000 + Sijil + Hadiah Iringan

  • Ketiga: Wang Tunai Rm1,000 + Sijil + Hadiah Iringan


             Hadiah Tahunan
  • Hadiah Utama (Grand Prize)
          Wang Tunai Rm30,000

Para perserta pertandingan juga harus mengikut tema-tema yang telah ditetapkan:
  • Februari - Pahang Simply Awesome
  • Mac - Kembara Alam Semulajadi
  • April - Pulau Dan Pantai
  • Mei - Ramdan Di Pahang
  • Jun - Percutian Tanah Tinggi
  • Julai - Acara Menarik Di Pahang
  • Ogos - Air Terjun Di Pahang
  • September - Homestay Di Pahang/Pelancongan Luar Bandar
  • Oktober - Makanan & Buah-buahan Di Pahang
  • November - Kraftangan dan kebudayaan
  • Disember - Percutian Di Pahang
Setiap Video yang dimuatnaik di media sosial haruslah menggunakan hashtag #pahangsimplyawesome dan #shortvideotourismpahang.

Bagi yang ingin menyertai pertandian video pendek ini  anda boleh muat turun borang penyertaan di laman web Tourism Pahang http://www.pahangtourism.org.my/index.php/about-us/downloads

Setiap video akan diadili oleh panel Juri yang terdiri dari pihak Tourism Pahang, MOTAC Pahang, Tourism Malaysia Wilayah Timur, Kelab Media Pahang dan juga Pahang Media.





Read more »

Saturday, January 18, 2020

BN MENANG DI KIMANIS (TIDAK RASMI)



Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin secara tidak rasmi memenangi kerusi Parlimen Kimanis selepas memperoleh majoriti hampir 1,913 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen itu, hari ini, setakat 7.35 malam.


Mohamad mengumpul 12,414 undi meninggalkan calon WARISAN, Datuk Karim Bujang yang memperoleh 10,501 undi (setakat 7.35 malam).


BN kini di landasan tepat untuk merampas kerusi parlimen itu memandangkan 76 peratus pengundi keluar mengundi daripada keseluruhan 29,664 pengundi berdaftar.


PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember 2019 mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.


Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos 2019 memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Read more »

Tuesday, December 31, 2019

[KUANTAN] 20 KANAK-KANAK TERIMA BANTUAN PAKAIAN SEKOLAH







Adik Mohammad Amirul Bin Mat Zaki bersama 19 kanak-kanak antara penerima bantuan Jom Ke Sekolah yang telah diraikan oleh Pengerusi MPKK Kg Tgh/Kg Jawa En. Md Jamil Bin Pauzi.

Ibu kepada adik Amirul merupakan ibu tunggal dan tidak bekerja malah adik Amirul juga telah disahkan menghidap kanser tahap 1.




Majlis penyerahan ini telah diadakan di Pasaraya Hari-Hari Transit point pada petang tadi. Turut sama hadir pada majlis berkenaan barisan Jawatankuasa MPKK Kg Tengah/Kg Jawa.

Bantuan ini disampaikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang menetap di sekitar Kg Tengah dan Kg Jawa, Kuantan.

Program ini bukan pertama kali diadakan malah telah berlangsung pada setiap tahun dan akan diteruskan sampai bila-bila kata Md jamil sewaktu ditemubual.

Read more »

Friday, December 27, 2019

[KUANTAN] ISU PENEROKAAN HARAM CAMERON HIGHLANDS: KERAJAAN NEGERI MASIH LAGI BERTOLAK ANSUR





Menteri Besar Pahang YAB. Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk hentikan penguatkuasaan selama 3 hari dalam seminggu iaitu pada hari Jumaat, sabtu dan ahad. ini adalah untuk memberi ruang dan peluang untuk pekebun haram membawa keluar peralatan agar tidak musnah semasa proses pembersihan. 

Tetapi mereka tidak dibenarkan berada semasa penguatkuasaan dijalankan iaitu pada isnin, selasa, rabu dan khamis kerana faktor keselamatan.

YAB Menteri Besar juga berkata ini akan berterusan sehingga proses penguatkuasaan berakhir yang akan memakan masa lebih kurang sebulan lagi.

Penguatkusaan ini dijalankan adalah untuk tujuan kelestarian Cameron highlands dan juga untuk mengelakkan pencemaran air di cameron Highlands yang digunakan oleh lebih kurang 30 ribu orang, berkata ketika ditemui selepas majlis penyerahan cek sumbangan Kerajaan Negeri.

Pada majlis berkenaan YAB Menteri Besar Pahang telah menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri kepada 20 penerima yang terdiri dari individu dan juga NGO yang berjumlah keseluruhan RM120.280.00



Daripada 20 penerima itu 18 penerima adalah dari masyarakat kaum india di Negeri Pahang. Sumbagan itu telah disampaikan sendiri oleh YAB Menteri Besar Pahang.



Read more »

Saturday, November 16, 2019

BN MENANG BESAR DI PRK TG PIAI




TANJUNG PIAI, 16.11.2019  Barisan Nasional (BN) sekali lagi mencipta kemenangan di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai dengan menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan empat yang lain.


Wakil BN, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memperoleh undi dengan majoriti sebanyak 15,086 undi berbanding lima yang lain.


Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK Tanjung Piai, Zulikifly Mohd Tahir di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Pontian.


Ini merupakan kemenangan buat kali kedua BN ke atas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili PH, diketuai oleh pengerusinya yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum ini BN merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dari PPBM dengan majoriti 1,914 undi setelah tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dengan majoriti 8,964 undi.


Karmaine Sardini dari PH-PPBM memperolehi 10,380 undi; Gerakan Wendy Subramaniam 1,707 undi dan Berjasa Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz 850 undi.


Manakala dua calon Bebas iaitu Dr Ang Chuan Lok mendapat 380 undi dan Faridah Aryani Abdul Ghaffar 32 undi.


Ketika pengumuman dibuat, Dr Wee turut berada di dalam dewan sambil diiringi pemimpin-pemimpin BN dan rakan-rakan parti serta PAS.


Pengumuman kemenangan beliau turut dirai dengan sorakan kegembiraan penyokong dan jentera yang berada di dalam dan luar dewan mahupun yang berada di Bilik Gerakan Utama BN.


Kemenangan BN juga sebagai tanda Muafakat Nasional diterima oleh rakyat khususnya di Tanjung Piai di mana komposisi kaum antara Melayu dan Cina serta lain-lain di kawasan tersebut tidak jauh berbeza.


Dr Wee merupakan Ketua MCA Bahagian Tanjung Piai yang berpengalaman sebagai Ahli Parlimen di kawasan yang sama sebelum ini pada tahun 2008 hingga 2018 dan sebelumnya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pekan Nenas.


Seramai 52,986 orang pengundi terlibat proses demokrasi tersebut, yang terdiri daripada 52,698 pengundi biasa, 280 pengundi awal dan 8 orang pengundi tidak hadir (luar negara) berdasarkan Daftar Pemilih Suku Tahun Kedua 2019 yang dikemaskini sehingga 23 September.


Hari ini, sebanyak 27 pusat mengundi dibuka bermula pukul 8 pagi dengan 125 saluran disediakan bagi memudahkan proses pengundian dan ditutup pada jam 5.30 petang.


Selasa lalu, 12 Nov sebanyak 91 peratus daripada 280 pengundi awal menunaikan hak mereka di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (Perkep), Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian di sini.
Zulikifly juga mengumumkan sebanyak  74.5 peratus peratus keluar mengundi.


Read more »

Thursday, November 7, 2019

[BENTONG] JKKK DIWUJUDKAN SEMULA BERMULA TAHUN DEPAN






YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail telah memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mewujudkan semula Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) bermula tahun hadapan.

Keputusan itu telah dibuat dan diumumkan dalam mesyuarat kerajaan negeri pada pagi tadi.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan akan memujudkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) tahun hadapan bagi menggantikan MPKK yang sedia ada.

bagi memastikan kebajikan rakyat dan penduduk didalam kampung-kampung dipahang tidak terjejas JKKK akan diwujudkan semula.

Hasrat Kerajaan Negeri ini adalah semata-mata untuk memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri dan kebajikan rakyat di negeri ini tidak terjejas akibat dari penubuhan MPKKP oleh kerajaan pusat.

Kerajaan Negeri berpendapat MPKKP bakal membawa lebih banyak masalah dan perpecahan di kalangan penduduk dan akan mewujudkan percanggahan tugas dan tanggungjawab.

Kerajaan Negeri selama ini telah menjaga keharmonian masyarakat dengan sebaik mungkin hingga berjaya membawa keamanan yang paling baik di Negeri Pahang.

Read more »

Monday, October 14, 2019

[KUANTAN] UCYP ANJUR SEMINAR UNTUK MEMUPUK SERTA MEMBERI KESEDARAN TENTANG TEKNOLOGI 5G






Bertempat di Auditorium UCYP, Kampus Utama Tanjung Lumpur satu majlis telah berlangsung di hadapan 300 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga industri dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Pahang.

Majlis tersebut telah disempurnakan Oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang YB Dato' Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff.

Turut hadir, Naib Canselor UCYP, YH. Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad Zainuddin.

Seminar ini adalah satu inisiatif Fakulti Sains & Teknologi UCYP bagi tujuan untuk memupuk serta memberi kesedaran tentang teknologi 5G yang bakal dilaksanakan menjelang tahun 2022 kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan warga industri.

Bagi memastikan lagi matlamat seminar ini berjaya, Fakulti Sains & Teknologi UCYP telah merangka dua slot ceramah bagi merungkai dengan lebih terperinci tentang perlaksanaan, evolusi dan resolusi 5G.

Antara pakar-pakar teknologi yang hadir berkongsi pandangan dan pencerahan tentang 5G ini adalah Prof. Dr. Thare Abd Rahman, Profesor di UTM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan En. Khor Yew Shin, Senior Strategist of Digital & Technology Department Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Antara objektif perlaksanaan seminar ini adalah untuk:

  1. Memberi kesedaran mengenai pengetahuan dan isu teknologi 5G
  2. Mengukuhkan hubungan antara rakan industry dan institusi akademik
  3. Untuk bekerjasama dengan rakan industri mengenai program berkaitan akademik

Selain itu, seminar ini mendapat kerjasama daripada syarikat peralatan telekomunikasi gergasi HUAWEI Teknologi (Malaysia) dan mendapat sokongan penuh dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memberikan pendedahan kepada industri serta para pelajar sekolah dan IPT.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi seminar ini antaranya adalah seminar kesedaran media sosial, pertandingan rekaan poster 5G serta pameran booth daripada pelbagai agensi telekomunikasi dan teknologi.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan rekaan poster 5G.









Read more »

Tuesday, September 24, 2019

UCYP, KYP JALIN KERJASAMA DENGAN YAYASAN KRU DALAM BIDANG SENI KREATIF








Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UCYP, KYP dan Yayasan KRU telah diadakan semalam di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur.

Dalam majlis itu Naib Cancelor UCYP, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Haji Zainudddin telah mewakili pihak UCYP dan Presiden Yayasan KRU Dato' Norman bin Abdul Halim telah mewakili pihak Yayasan KRU.

Turut sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dato' Sri Dr. Noorul Ainul Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU En. Noor Hafeez bin Noor Hashim sebagai saksi.

kerjasama strategik dua (2) identiti korporat ini merupakan langkah yang tepat dengan tawaran program pengajian seni kreatif yang ditawarkan di peringkat Diploma dan Ijazah di institut itu selain daripada meningkatkan kemahiran seni kreatif di kalangan mahasiswa UCYP dan KYP.

UCYP merupakan institut ketiga yang menandatangi memorandum dan merupakan yang pertama luar dari Lembah Kelang menurut Dato' Norman ketika ditemubual dalam sidang media.

Dato' Norman juga memaklumkan sebanyak 2 tawaran akan diberikan kepada mahasiswa dari UCYP dalam Program Seni Kreatif.

Antara objektif kerjasama ini adalah mewujudkan hubungan antara pelajar UCYP dengan Yayasan KRU dan Akademik KRU.

Selain itu kerjasama ini juga akan membantu pelajar untuk mendapatkan geram dari Yayasan KRU serta menjadi seorang usahawan yang Berjaya.

Menerusi kerjasama strategik yang dilakukan, ia dilihat mampu memberikan ruang yang terbaik kepada mahasiswa UCYP dan KYP untuk meneroka lebih banyak peluang dan pengalaman yang bakal diperoleh bersama Yayasan KRU terutama di dalam bidang seni kreatif.

Satu Sesi perkongsian juga telah diberikan oleh Dato' Norman kepada lebih 350 pelajar UCYP dan KYP. Beliau turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau di dalam industri seni kreatif.


Read more »

Tuesday, September 17, 2019

[KUANTAN] KERAJAAN NEGERI SEDIA BEKERJASAMA DENGAN SHELL UNTUK PELIHARA ALAM SEKITAR





Pada pagi tadi satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Berkaitan ‘Carbon Trading’ antara Kerajaan Pahang yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Shell Malaysia yang diwakili oleh Pengerusinya iaitu Datuk Iain Lo dan disaksikan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin.


Tujuan utama persefahaman ini adalah satu usaha untuk menjalankan kajian bersama kaitan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Kerajaan Negeri mengakui  dan mengiktiraf bahawa usaha-usaha pemeliharaan atau perlindungan, serta pemuliharaan ke atas ekosistem semulajadi sepertimana hutan dan tanah lembab atau 'wetland', boleh mengurangkan pelepasan sekaligus menyedut gas-gas 'rumah hijau'  dari atmosfera, yang dengan itu dapat memanfaatkan biodiversiti dan penduduk tempatan.

“Pahang memiliki kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung iaitu kira-kira 3.6 juta hektar dan daripada jumlah itu, 57.2 peratus adalah kawasan hutan belum diteroka dan sebahagian besar daripadanya berfungsi sebagai (kawasan) tadahan air.

“Sudah pasti kerjasama dengan Shell ini bukan saja dapat menjamin kelestarian alam sekitar, malah pada masa yang sama dapat membantu mereka (Shell) mencari jalan mengurangkan kadar pelepasan karbon di Pahang khususnya dan Malaysia secara amnya,” katanya ketika sidang media sejurus tamat majlis menandatangi memorandum itu.



Menteri Besar Pahang juga berkata “Kajian ini mengambil masa yang agak panjang dan mungkin boleh disiapkan antara sembilan hingga 12 bulan kerana ia menumpukan usaha mengenal pasti kaedah paling berkesan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.


Dalam pada itu juga sebuah jawatankuasa khas disertai wakil kerajaan negeri dan Shell Malaysia Limited (Shell) akan dimulakan dalam masa terdekat.

Sementara itu pengerusi Shell,Datuk Lain Lo berkata kerjasama dengan kerajaan Pahang diharap dapat membantu syarikat berkenaan memainkan peranan lebih besar dalam memastikan sasaran mengurangkan kadar pelepasan karbon dapat dicapai.



“Ini adalah kerjasama kami yang kedua selepas menjalinkan kerjasama melalui MoU dengan kerajaan Sarawak.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim  Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Abd. Rahim Muda serta Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato'  Abd Aziz bin Haji Mat Kiram.





Read more »

Saturday, August 3, 2019

DALAM PRU15 NANTI KITA TIDAK BOLEH SILAP - MB PAHANG







UMNO perlu mengatur langkah dan strategi yang tepat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 dan sekaligus merampas semula pentadbiran Negara.
.
"Dalam PRU 15 nanti, kita tidak boleh buat silap mengatur strategi dan kita tidak ada pilihan lain melainkan kita kena rampas semula Putrajaya," jelas YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam ucapannya hari ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang itu hari ini hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Ketereh yang turut dihadiri oleh YB Tan Sri Annuar bin Musa selaku Ketua UMNO Bahagian Ketereh.

Tambah Dato Sri Wan Rosdy, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke 14 yang lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh Pakatan Harapan.
.
"Punca kekalahan kita selain daripada fitnah dan janji PH adalah disebabkan kita berpecah belah," katanya.

Selain itu, beliau juga cukup yakin bahawa UMNO hari ini sedia berubah dan akan memastikan keadaan Negara bertambah cemerlang jika kembali diberi mandat pada PRU ke 15 yang akan datang.
.
"Kita yakin, jika diberikan mandat kepada BN untuk kembali memerintah pada PRU ke 15, Negara Malaysia akan lebih cemerlang daripada Kerajaan sekarang," jelas beliau.

Turut hadir dalam majlis perasmian hari ini ialah Datuk Jazilan selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tan Sri Fatmi, Dato Sri Ab Hamid Nazahar, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang serta wakil daripada PAS dan NGO.

Read more »

Wednesday, June 26, 2019

KERJASAMA UMNO PAS AKAN BERTERUSAN HINGGA PRU







Kerjasama UMNO dengan PAS akan diteruskan hingga PRU akan datang. Usaha ini dimulakan dan dilihat membuahkan kejayaan sejak dari PRK Cameron Highlands dulu. Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cameron Highlands di Felda Sg. Koyan baru-baru ini.

Beliau optimis rakyat khususnya orang Melayu akan menyokong usaha ini kerana sedar bahawa hanya dibawa pemerintahan UMNO/BN dan Pas sajalah kebajikan dan hak-hak orang Melayu akan terpelihara.

Dalam masa sama kaum-kaum lain tidak perlu bimbang kerana sejarah pemerintahan UMNO/BN sejak dahulu tidak pernah mengabaikan kaum-kaum lain.

Wan Rosdy juga mengingatkan ahli UMNO dan orang Melayu agar jangan terpedaya dengan segala tipu daya dan fitnah pihak tertentu yang cuba memecahbelahkan usaha perpaduan ini kerana mereka bimbang perpaduan UMNO PAS akan mampu mengugat pengaruh mereka selama ini.

Sekurang-kurangnya 5 kerusi parlimen mampu dirampas kembali di negeri Pahang ini dalam PRU akan datang jika kerjasama ini dapat diteruskan, tambah beliau lagi.

Read more »

Friday, June 21, 2019

[KUANTAN] KEPIMPINAN UMNO HADIR PERASMIAN MUKTAMAR TAHUNAN PAS KE-65






Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Timbalan Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Mohamad Hassan ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke-65 yang dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota di sini pagi tadi.

Turut sama mengiringi ialah barisan EXCO Kerajaan Negeri Pahang,Pemimpin dari kalangan parti kompenan BN seperti MIC dan MCA serta delegasi dari luar negara. selain itu tujuh bekas Menteri Besar turut bersama dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan PAS Ke-65.



Mereka ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di samping Datuk Seri Mohamad Hasan (Negeri Sembilan), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Johor) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah) selain itu bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Selangor).

Hampir 5000 orang hadir ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-65 kali ini untuk mendengar ucapan dasar Presiden.







Muktamar PAS yang bertemakan "ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN".

Dalam ucapan dasar, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, terlalu panjang untuk disenaraikan kelemahan-kelemahan kerajaan PH yang hanya tahu menyalahkan pihak lain atau menjenamakan dan menghidupkan kembali program kerajaan terdahulu yang pernah dikritik oleh mereka.

Tambahnya, Rakyat sedang menyaksikan kecelaruan kiblat politik dan ekonomi di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang sehingga kini gagal mengemukakan idea dan gagasan bernegara mengikut acuan Islam sebenar.

kuatkan saf angkatan kita dengan kerjasama menyatukan umat dan tambahkan kekuatan menambahkan sahabat perjuangan, bukannya banyakkan lawan. menegakkan tema baru Muktamar PAS kali ini. " mari mengukur apa yang berlalu, jangan menjadi orang yang latah, mari kita membujur lalu, Semua yang melintang wajib dipatah" mengangkat tema Muktamar "ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN".

Muktamar yang berlangsung selama 3 hari itu akan berakhir pada 23hb Jun ini.

Read more »

Wednesday, June 19, 2019

PAHANG LANTIK EMPAT PEGAWAI BARU





Seramai 4 orang pegawai telah menerima surat perlantikan ke jawatan baharu pada pagi tadi.

Majlis menyampaikan surat perlantikan itu telah diadakan di bilik mesyuarat AMK Wisma Sri Pahang Oleh Menteri Besar Pahang, YABDato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail.


Antara pegawai yang menerima surat perlantikan jawatan baharu itu ialah :



1. Dato’ Hj Fadzilla Hj Salleh sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri yang sebelum ini ialah Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)




2. Dato’ Hamadan@Hamdan Hussin sebagai Yang Dipertua, MPK yang sebelum ini ialah Pegawai Daerah Raub




3. Dato' Mohammad Shahid Ismail sebagai Pegawai Daerah Raub yang sebelum ini ialah Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri




4.Prof Madya Dr Hj Mohd Zawawi Zainal Abidin sebagai Rektor, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) yang sebelum ini ialah pensyarah kanan di tempat sama.


YAB Menteri Besar Pahang berkata semoga dengan pelantikan pegawai-pegawai ini dapat memberi nafas baharu serta perkhidmatan yang terbaik kepada organisasi-organisasi berkenaan.

Menteri Besar juga turut mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan, Dato' Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Read more »

Sunday, June 2, 2019

[KUANTAN] "PROGRAM SINGGAH SAHUR" PEJABAT YAB MB PAHANG







Sebanyak 650 pek makanan bersahur diagihkan awal pagi tadi dalam "Program Singgah Sahur" Pejabat YAB Menteri Besar Pahang dengan kerjasama JKM dan NGO-NGO Negeri Pahang.

Sebanyak 6000 pek makanan telah diagihkan sepanjang 3 Hari program berjalan. Penutup Program akan berakhir pada 3hb nanti yang akan diagihkan di sekitar Terminal Sentral Kuantan.

Program Singgah Sahur ini tertumpu pada petugas-petugas agensi Kerajaan, Flat Perkampungan Pak Mahad dan gelandangan sekitar Bandar Kuantan.




Turut bersama Pegawai Khas YAB Menteri Besar Pahang, Kamarul Ariffin Ahmad dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Zulkhairi Zainol Abidin.

Read more »

share2