Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 17, 2019

[KUANTAN] KERAJAAN NEGERI SEDIA BEKERJASAMA DENGAN SHELL UNTUK PELIHARA ALAM SEKITAR





Pada pagi tadi satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Berkaitan ‘Carbon Trading’ antara Kerajaan Pahang yang diwakili oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Sri Dr Sallehuddin Ishak dan Shell Malaysia yang diwakili oleh Pengerusinya iaitu Datuk Iain Lo dan disaksikan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato' Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd. Sharkar Haji Shamsudin.


Tujuan utama persefahaman ini adalah satu usaha untuk menjalankan kajian bersama kaitan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan.

Kerajaan Negeri mengakui  dan mengiktiraf bahawa usaha-usaha pemeliharaan atau perlindungan, serta pemuliharaan ke atas ekosistem semulajadi sepertimana hutan dan tanah lembab atau 'wetland', boleh mengurangkan pelepasan sekaligus menyedut gas-gas 'rumah hijau'  dari atmosfera, yang dengan itu dapat memanfaatkan biodiversiti dan penduduk tempatan.

“Pahang memiliki kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung iaitu kira-kira 3.6 juta hektar dan daripada jumlah itu, 57.2 peratus adalah kawasan hutan belum diteroka dan sebahagian besar daripadanya berfungsi sebagai (kawasan) tadahan air.

“Sudah pasti kerjasama dengan Shell ini bukan saja dapat menjamin kelestarian alam sekitar, malah pada masa yang sama dapat membantu mereka (Shell) mencari jalan mengurangkan kadar pelepasan karbon di Pahang khususnya dan Malaysia secara amnya,” katanya ketika sidang media sejurus tamat majlis menandatangi memorandum itu.



Menteri Besar Pahang juga berkata “Kajian ini mengambil masa yang agak panjang dan mungkin boleh disiapkan antara sembilan hingga 12 bulan kerana ia menumpukan usaha mengenal pasti kaedah paling berkesan dalam memelihara dan memulihara alam sekitar.


Dalam pada itu juga sebuah jawatankuasa khas disertai wakil kerajaan negeri dan Shell Malaysia Limited (Shell) akan dimulakan dalam masa terdekat.

Sementara itu pengerusi Shell,Datuk Lain Lo berkata kerjasama dengan kerajaan Pahang diharap dapat membantu syarikat berkenaan memainkan peranan lebih besar dalam memastikan sasaran mengurangkan kadar pelepasan karbon dapat dicapai.



“Ini adalah kerjasama kami yang kedua selepas menjalinkan kerjasama melalui MoU dengan kerajaan Sarawak.

Turut hadir sama pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Syed Ibrahim  Syed Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Pahang YB. Abd. Rahim Muda serta Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Haji Hussain dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, YB. Dato'  Abd Aziz bin Haji Mat Kiram.





0 comments:

share2