Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Showing posts with label Global. Show all posts
Showing posts with label Global. Show all posts

Friday, October 23, 2020

BAYI HIDUP SEMULA SELEPAS ENAM JAM DALAM PETI SEJUK MAYAT







PUEBLA - Seorang bayi pramatang yang disangkakan sudah mati dan dimasukkan ke dalam peti sejuk mayat selama enam jam di sebuah hospital La Margarita di bandar Puebla, Mexico didapati hidup semula semalam.

Pekerja rumah mayat berkata, mereka menyedari bayi lelaki itu mula bergerak dan menangis semasa hendak menyerahkan kepada ibu bapanya untuk upacara pengebumian.

Rakaman video yang tular di media sosial menunjukkan detik-detik ayah bayi itu melihat tangisan anaknya dan berkata 'teruskan berjuang' beberapa kali.

Bayi yang belum diberi nama dilahirkan jam 4.29 pagi (waktu tempatan) Rabu lalu dan difahamkan dia diselamatkan kira-kira jam 10 pagi iaitu kira-kira enam jam dia diletakkan dalam peti sejuk mayat.

Pasukan perubatan memberitahu media tempatan bahawa bayi itu masih hidup tetapi dia diletakkan di bawah pemerhatian rapi di unit neonatal

Sementara itu, pihak hospital akan menyiasat punca sebenar bayi yang disangkakan mati diletakkan dalam peti sejuk mayat itu. 

Read more »

Thursday, January 30, 2020

JOHNSON & JOHNSON BANGUN VAKSIN UNTUK JANGKITAN KORONOVIRUS



Johnson & Johnson (J&J) pada Rabu muncul sebagai pengeluar ubat terbaru yang memulakan usaha membangunkan vaksin bagi novel koronavirus yang sehingga kini mengorbankan lebih 100 orang di China sewaktu pihak berkuasa kesihatan bertungkus-lumus mengawal penularan wabak tersebut.


J&J berkata, program vaksin itu akan mengguna pakai teknologi sama yang digunakan bagi membangunkan vaksin eksperimental Ebola yang kini digunakan di Republik Demokratik Congo dan Rwanda.


Tiga pasukan penyelidik berlainan yang disokong oleh gabungan antarabangsa yang diwujudkan bagi memerangi penyakit berjangkit minggu lepas berkata, mereka akan mula bekerja membangunkan vaksin untuk koronavirus.


Penyelidikan akan dijalankan oleh pengeluar ubat Moderna, Inovio Pharma dan satu pasukan di Universiti Queensland, Australia.

  
Minggu lepas Gilead Sciences berkata, ia kini sedang menilai sama ada rawatan eksperimental Ebola boleh digunakan terhadap koronavirus.


J&J juga berkata, ia menyumbang ubat HIV Prezcobix kepada China untuk digunakan dalam penyelidikan bagi mencari penyelesaian untuk wabak berkenaan.


Amerika Syarikat dan Jepun membawa pulang rakyatnya dari bandar raya Wuhan yang dikuarantin, sementara British Airways menghentikan penerbangan ke China sewaktu angka kematian akibat jangkitan virus itu melonjak kepada 133 orang dan seorang pakar ekonomi kerajaan meramalkan kesan besarnya ke atas ekonomi.



Jangkitan koronavirus boleh membawa kepada masalah pernafasan, yang boleh menjadi teruk serta membunuh seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dan Sindrom Pernafasan Akut dan Teruk (SARS).

Sumber:

Read more »

Wednesday, November 6, 2019

RAJA PERMAISURI AGONG TERUS MENGANGKAT MARTABAT TEKSTIL NEGARA, MENDAPAT PUJIAN PESERTA DARI SELURUH DUNIA





JOGJAKARTA, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan menghadiri Majlis perasmian Simposium Tekstil Tradisional Asean 2019 di Hotel Royal Ambarrukmo, Jogjakarta

.
Baginda mengikuti simposium berkenaan dari mula hingga tamat. Simposium itu dihadiri wakil Istana, kerajaan, pengusaha dan peminat tekstil tradisional seluruh dunia termasuk dari Amerika Serikat, Australia, Korea, Jepun, China, Indonesia, Philipina, Kamboja, Brunei Darussalam, Laos, serta Vietnam.


Ketika seisi soal jawab pada simposium itu, KDYMM Raja Permaisuri Agong terus mempromosi tekstil Malaysia seperti kain tenun, songket, batik dan sebagainya.
Baginda berkata, Kerajaan Malaysia sejak dahulu lagi sangat mengambil berat menjaga warisan negara itu dengan menubuhkan pelbagai pusat tekstil bagi tujuan pendidikan, pekerjaan mahupun perniagaan.


Sebagai contoh, Pusat Tenun Diraja Pekan dibina bagi menjaga kesinambungan warisan kain tenun agar ia tidak dilupai, disamping ia akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan terutama kepada penduduk setempat.


Sikap Baginda yang sering memuji Kerajaan Malaysia dan mempromosi hasil kraf dari negara sendiri sejak dahulu lagi mendapat pelbagai reaksi positif dari peserta simposium.


Rata-rata mereka memuji Baginda diatas keprihatinan Baginda menjaga warisan negaranya dan tidak kurang juga ada diantara mereka yang membandingkan apa yang telah dibuat kerajaan mereka jika hendak dibandingkan dengan jasa Baginda yang amat menyayangi seni tekstil negaranya.


Sungguh beruntung kita sebagai rakyat Malaysia mempunyai Raja Permaisuri Agong yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam mengangkat martabat warisan negara dimana jua Baginda berada.



Disediakan oleh
Unit Komunikasi dan Media Pahang.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st

#PahangGo

Read more »

Sunday, November 3, 2019

PAHANG YANG PERTAMA DI ASIA TENGGARA ADAKAN KURSUS PENGAJIAN JARAK JAUH BERSAMA JABATAN MUFTI MESIR.



MESIR, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim Bin Syed Ahmad bersama delegasi dari Pahang hari ini mengadakan kunjungan hormat bertemu Samahah Mufti Besar Mesir, Prof Dr Sheikh Sauqi Allam.


Kunjungan itu bagi membincangkan amanah dari YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail bagi mendapatkan persetujuan mengadakan kerjasama pengajian jarak jauh bagi kursus Pengajian Fatwa dibawah panduan Jabatan Mufti Besar Mesir dan Universiti Al-Azhar untuk pelajar-pelajar bidang Agama dari Pahang.


Kursus selama 3 Tahun ini dilaksanakan Jabatan Mufti Mesir dibawah Pusat Latihan Pengurusan Ifta' sejak 2012 dan telah melibatkan pelajar Islam dari serata dunia.


Perjanjian kerjasama ini merupakan yang pertama bagi Negara Malaysia dan merupakan sejarah buat Pahang dimana Pahang merupakan kawasan pertama dari Asia Tenggara yang melaksanakan kursus ini bersama Kerajaan Mesir, Jabatan Mufti Besar Mesir.


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Kerajaan Negeri Pahang sentiasa melakukan yang terbaik untuk rakyatnya dan meningkatkan bidang pendidikan serta menjaga kesucian Agama Islam.


Delegasi Kerajaan Negeri Pahang ke Mesir ini juga disertai YB. Dato' Sri Hajah Shahaniza Binti Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak dan Timbalan Setiausaha Kerajaan, YH Dato' Mohd Zakaria bin Ibrahim.

SUMBER:

Unit Komunikasi Dan Media Pahang
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangMartabatIslam

#Ukomp

Read more »

Monday, January 14, 2019

DIDENDA RM893 UCAP ALLAHU AKBAR



Didenda RM893 Ucap Allahu Akbar




Seorang lelaki Islam didenda £170 (RM893) di Switzerland kerana menyebut ‘Allahu Akbar’ di tempat awam sebaik terlihat rakannya.

Lelaki yang dinamakan media Switzerland sebagai Orhan E, 22, menyebut seruan itu pada Mei tahun lalu.

Bimbang dengan serangan pengganas, polis di bandar raya Schaffhausen menghalang lelaki berkenaan dan mendakwa beliau dengan tuduhan menyebabkan gangguan awam.

Namun polis mempertahankan tindakan itu, berkata mereka akan bertindak sama jika ada seseorang berlari sambil menyumpah seranah, lapor akhbar Schaffhauser Nachrichten.

Orhan berkata, beliau diperiksa oleh polis bersenjata selepas menyebut seruan itu dengan kuat kerana gembira terserempak dengan rakannya.

Beliau memberitahu 20 Minuten: “Tiba-tiba polis menghalang saya, dan bertanya apa yang saya maksudkan dengan ayat itu.

“Saya tidak bermaksud jahat. Kami menggunakan ‘Allahu Akbar’ sebagai ucapan dan hampir dalam setiap ayat.

“Saya diancam dipenjarakan jika tidak membayar denda. Saya dilahirkan di sini dan tidak pernah mengalami keadaan seperti itu"

Read more »

Wednesday, May 30, 2018

‘GURAUAN BOM' PENUMPANG TERJUN DARI PESAWAT





Jakarta – Sebelas penumpang pesawat Lion Air cedera akibat ‘gurauan bom’ seorang daripada penumpang ketika memasuki pesawat itu, yang dijadual berlepas dari Pontianak, Kalimatan ke Cengkareng, Jakarta.

Sebuah video yang tular di media sosial di Indonesia menunjukkan para penumpang panik dan bertindak keluar menerusi pintu kecemasan, malah ada yang bertindak terjun dari sayap pesawat Boeing 737 itu.

Penerbangan JT687 yang dijadual berlepas dari Bandar Udara International Supadio jam 6.50 petang waktu tempatan itu, ditunda ke jam 9.45 malam, dan selamat tiba ke destinasi jam 11.10 malam tadi.

Menurut laporan media Indonesia, seorang penumpang lelaki dikenali Frantinus Nirigi dilaporkan bergurau kononnya terdapat bom dalam pesawat itu ketika para penumpang dalam proses memasuki pesawat.

Keadaan itu menyebabkan para penumpang lainnya panik dan bertindak membuka pintu kecemasan pesawat berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Penumpang berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis Kalimatan Barat tidak menemui sebarang bom dalam pesawat berkenaan.

Sementara itu Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Lion Air Group, Edward Sirait dipetik media Indonesia berkata sepanjang tahun 2018, Lion Air telah mengalami lapan kali gurauan bom.

“Ini sudah berulang-ulang, dalam tahun ini saja sudah kena delapan kali, terakhir sebelum ini pada 27 Mei lepas dalam penerbangan Jakarta-Kuala Lumpur, akibatnya penerbangan delay hampir dua jam, ini merugikan semua pihak,” katanya.


Read more »

Tuesday, March 27, 2018

SALJI `OREN' LANDA TIMUR EROPAH



Salji ‘oren’ landa Timur Eropah



Moscow - Femomena salji ‘oren’ yang melanda kawasan Timur Eropah menjadikan landskap pergunungan di Ukraine, Rusia, Bulgaria dan Romania seolah - olah permukaan planet Marikh.

Laporan BBC mengatakan, fenomena itu terjadi apabila ribut pasir yang melanda Gurun Sahara menerbangkan partikel halus pasir ke atmosfera lalu tersebar ke serata dunia sebelum bercampur dengan hujan dan salji.

Pakar meteorologi Britain, Steven Keates memberitahu, fenomena berkenaan berlaku sekali dalam tempoh lima tahun.

“Apabila pasir dibawa naik ke tahap paling atas atmosfera ia kemudiannya disebarkan ke lokasi lain.

“Daripada imej satelit menunjukkan banyak pasir dan debu di atmosfera bergerak menuju ke Mediterranean,” katanya.

Menurut beliau salji ‘oren’ kali ini adalah yang paling terang berbanding salji sebelumnya di Siberia pada 2007.

Pelancong yang teruja melihat salji ‘oren’ tersebut memuat naik gambar mereka di laman sosial bermain ski di kawasan pergunungan di Timur Eropah.

Rata-rata pengguna media sosial menyamakan pemandangan itu seperti berada di planet Marikh. - Agensi


Read more »

Wednesday, March 21, 2018

BAYI MERANGKAK TENGAH JALAN



Bayi merangkak tengah jalan




Hanoi -  Seorang pemandu terkejut selepas melihat bayi merangkak melintasi jalan raya di Vietnam.

Detik mencemaskan itu dirakamkan dashcam oleh seorang pengguna lalu lintas di Quang Ninh yang kemudiannya bertindak segera menghentikan kenderaannya selepas melihat sebuah lori di lorong sebelah melakukan tindakan sama.

Pemandu lori tersebut mengeluarkan tangannya ke luar tingkap untuk memberi isyarat kepadanya sebelum menunjukkan bayi tersebut.


Bayi terbabit dapat dilihat merangkak melintasi dua lorong menuju ke pembahagi jalan di tengah jalan tersebut sebelum seorang wanita berlari dan turut melompat blok konkrit untuk mendapatkannya.

Dua lelaki lain menyusul untuk membantu wanita terbabit yang akhirnya dapat mengambil semula bayi tersebut dengan selamat.

"Saya sedang memandu apabila melihat bayi merangkak di seberang jalan. Nasib baik tidak ada apa berlaku kepadanya," kata pemandu kereta yang merakamkan insiden itu pada 13 Mac lalu.


Read more »

Monday, March 12, 2018

ULAR SAWA MENYAMAR 'BONGGOL JALAN'


Ular sawa menyamar 'bonggol jalan'



Limpopo -  Bonggol jalan berfungsi untuk menyelamatkan nyawa, namun di Afrika anda mungkin maut jika melanggarnya.

Cameron Watt, 50, bersama anaknya berdepan situasi cemas ketika memandu menghampiri 'bonggol jalan' yang merentangi sebatang jalan kampung di Limpopo.





Dari jauh 'bonggol jalan' itu kelihatan pelik, apabila semakin hampir mereka sedar ia sebenarnya seekor ular sawa yang sangat besar dan panjang.

Watt sempat merakam insiden itu untuk ditunjukkan kepada rakan yang lain.


Read more »

Tuesday, February 27, 2018

PENGABDI SETAN DI DALAM TANDAS....


Pengabdi Setan di dalam tandas...



Jika sebelum ini tersebar gambar yang memaparkan gambar watak dalam filem seram Jepun, Ju-On ditampalkan di dalam tandas dan pintu, kini giliran gambar watak Mawarni Suwono menerusi filem Pengabdi Setan menerima nasib serupa.

Menurut pengarah filem berkenaan, Joko Anwar, watak yang dijayakan oleh Ayu Laksmi dalam filem reboot arahannya itu ditampal dalam tandas di beberapa buah pusat membeli belah di Bangkok.

Ia dipercayai sebagai sebahagian dari promosi filem Pengabdi Setan yang ditayangkan di negara tersebut.





Bagaimana apa yang lucu, sesetengah netizen menyifatkan 'kerja nakal' itu dilakukan oleh cleaner yang bekerja pada shift malam.

"Mereka pasang gambar ibu Mawarni di dalam toilet pada waktu malam supaya tiada siapa yang berani memasuki tandas dan mereka boleh bersihkan tandas dengan cepat serta pulang lebih awal," ujar seorang netizen.

Bukan itu sahaja, ada antara netizen yang mengakui akan berpatah balik sekiranya ternampak poster tersebut di dalam tandas pada waktu malam.

Ada juga yang menyifatkan idea untuk menampalkan gambar Ayu Laksmi itu sebagai idea bernas untuk mempromosikan filem tersebut.


Read more »

Sunday, February 25, 2018

PENGANTIN LELAKI MAUT HADIAH KAHWIN MELETUP


Pengantin lelaki maut hadiah kahwin meletup



New Delhi -  Seorang pengantin lelaki dan neneknya terbunuh selepas hadiah kahwin diterima dari tetamu tidak dikenali meletup dalam kejadian di negeri Odisha, India, baru-baru ini.

Polis berkata, Soumya Sekhar Sahu dan neneknya Jemamani Sahu meninggal dunia semasa dirawat di hospital tempatan di Patnagarh.

Sementara isterinya, Reema Sahu berada dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital daerah Sambalpur.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.

Jurucakap polis Patnagarh, Sesadeba Bariha berkata, siasatan awal mendapati bungkusan hadiah diterima pengantin baharu itu memang direka untuk meletup bila ia dibuka.

Tambahnya, skuad anjing pengesan dan unit forensik polis Bolangir telah memulakan siasatan bagi memburu suspek terlibat.

Bariha percaya, bungkusan bom tersebut dihantar oleh penduduk tempatan.

Bulan lalu, seorang doktor muda di Madhya Pradesh cedera parah apabila bungkusan bom meletup pada hari pertunangannya.

Mangsa meninggal dunia sehari kemudian di hospital Bhopal.


Read more »

Saturday, February 17, 2018

WANITA MAUT KULIT KEPALA TERKOYAK DIPINTAL TAYAR GO-KART


Wanita maut kulit kepala terkoyak dipintal tayar go-kart


India - Seorang wanita maut apabila kulit kepalanya terkoyak selepas rambutnya dipintal tayar go-kart dipandu, Selasa lalu.

Menurut laporan Times Now News, Puneet Kaur, 28, beriadah bersama suami dan dua anak mereka di Aqua Village ketika kejadian.

Disebabkan memandu terlalu laju, rambut mangsa tersangkut di bahagian tayar dan kulit kepalanya terkoyak dalam sekelip mata.

Mangsa segera dikejarkan ke hospital tetapi diisytiharkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Kejadian itu mengejutkan orang awam kerana aktiviti riadah go-kart mewajibkan pemandunya memakai helmet, selain mematuhi beberapa peraturan ketat untuk mengelak kecelakaan.


Read more »

Monday, January 29, 2018

MICHELLE YEOH PUJI USAHA NAJIB PERJUANG ISU ROHINGYA


Image result for michelle yeoh rohingya


COX´S BAZAR (Bangladesh), -- Seniwati Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga Duta Muhibbah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNDP), memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia kerana berusaha membantu pelarian Rohingya, termasuk memperjuangkan nasib mereka.

Beliau berkata Najib dan Malaysia melaksanakan usaha mengagumkan berhubung perkara itu dan sebagai negara berjiran, Malaysia amat perlu membantu masyarakat Rohingya yang mengalami penderitaan dan penindasan di Myanmar.

"Kami amat bangga dengan hakikat bahawa beliau adalah orang yang mula-mula sekali memperjuangkan perkara itu sebagai jiran yang baik dan melakukan perkara yang tepat sebagai manusia. PM kita mempamerkan ciri kepimpinan yang sungguh hebat bersama-sama kerajaan Bangladesh serta rakan kita di (Arab) Saudi dan UAE (Emiriyah Arab Bersatu)," kata Yeoh kepada pemberita semasa melakukan lawatan ke kawasan pelarian Rohingya di sini pada Sabtu.

Yeoh adalah antara anggota delegasi khas Malaysia ke Cox´s Bazar yang diketuai Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohammed Noor. Rombongan itu melawat Hospital Medan Malaysia yang memulakan operasinya pada 31 Nov lepas dan kem pelarian Balukhali, yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari hospital itu.

Yeoh berkata pemergian delegasi itu adalah mewakili Najib dan akan mengemukakan laporannya kepada beliau sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.


Read more »

Tuesday, December 26, 2017

DUNIA TAK HIRAU ANCAMAN TRUMP


Dunia tak hirau ancaman Trump


Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kini semakin terpinggir selepas 128 negara menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan AS mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Lebih memalukan, hanya sembilan negara menolak usul itu dan menyokong Zionis.

Ia dianggap kemenangan simbolik secara moralnya kepada masyarakat antarabangsa yang menolak tindakan berat sebelah AS itu selepas Israel acap kali tidak patuh kepada undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB.

Duta Besar AS ke PBB, Nikki Haley dengan bongkaknya mengatakan, bahawa keputusan itu tidak akan mengubah apa-apa pendirian AS untuk terus mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Bailtulmaqdis.

Sebelum undian, Haley juga berulang kali mengancam untuk menghentikan bantuan kepada negara yang menyokong draf resolusi itu selain sumbangan AS kepada PBB.


AS kaki buli

Sementara itu, Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu menganggap AS sebagai pembuli antarabangsa selepas mengeluarkan ugutan tersebut.

"Ada sebuah negara anggota PBB yang telah mengugut semua anggota lain. Kami telah diminta untuk mengundi ‘tidak’ atau berdepan akibatnya. Malah ada yang diancam untuk dihentikan bantuan pembangunan.




Sebanyak 128 negara menyokong resolusi berhubung Baitlmaqdis, sembilan membantah dan 35 lagi berkecuali.

“Sikap sedemikian tidak boleh diterima. Ini adalah satu pembulian dan badan ini (PBB) tidak akan tunduk kepadanya.

"Adalah sesuatu yang tidak beretika untuk berfikir bahawa nilai dan maruah negara anggota boleh dijual beli,” katanya.

Hanya negara kerdil sokong AS, Zionis

Washington hanya menerima sokongan tujuh negara kerdil - bukti menunjukkan langkah bersendirian mereka tidak disenangi masyarakat dunia.

Tujuh negara terebut ialah Guatemala, Honduras, Marshall Island, Micronesia, Nauru, Palau serta Togo.


Read more »

Sunday, December 24, 2017

'KENALI GADIS PALESTIN BERANI INI...'


'Kenali gadis berani Palestin ini...'


Ahed Tamimi, 17, mungkin masih kurang dikenali di Malaysia, namun siapa sangka gadis berasal dari Palestin ini begitu popular di negaranya rentetan sikap berani menentang penaklukan Israel.

Sejak kanak-kanak lagi, Tamimi sudah mula menunjukan sikap beraninya apabila turut turun berdemonstrasi di lapangan bagi menuntut hak Palestin daripada cengkaman Israel.





Wajah gadis ini sebelum ini turut tular apabila pernah dilihat menengking tentera Israel walaupun ketika itu dia masih kanak-kanak.





Dua tahun lalu, video Tamimi yang menunjukkan dia menggigit tangan seorang tentera Israel turut menjadi tular.

Tindakan berani Tamimi itu membuatkan aktivis Palestin memuji tindakannya, sementara pihak Israel menuduh keluarga menggunakannya sebagai alat propaganda.





Terbaru gadis ini bertindak luar biasa apabila menyerang askar Israel, namun tindakannya itu menyebabkan beliau ditahan polis.

Penahan yang bermula Selasa lalu menyebabkan ribuan netizen Palestin mengkritik tindakan berkenaan menerusi media sosial.

"Mereka tidak memberi alasan kenapa anak saya ditahan polis," kata bapa Tamimi, Bassem lapor AFP.

Sementara itu ibu Tamimi juga turut ditahan, manakala polis Israel tidak memberi sebarang alasan penahanannya, mereka mengesahkan bahawa pasangan itu akan ditahan sehingga sekurang-kurangnya sehingga 25 Disember ini.




Bassem juga menuduh pasukan keselamatan Israel merampas telefon bimbit, komputer dan barangan elektronik lain dari rumah mereka.

Sementara itu, ahli politik Israel memuji tindakan tentera Israel berhubung penahanan itu,

Dalam pada itu, seorang anggota keluarga Tamimi dilaporkan ditembak di kepala dengan peluru getah ketika berlangsungnya protes bantah Israel pada hari Jumaat, lalu kata keluarga Tamimi.


Read more »

PADAH KACAU 'MAK JANDA'


Marah


Bota - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mengganggu seorang janda berusia 52 tahun dengan menghantar bahan berunsur lucah di kediaman wanita itu di Kampung Bakong, Lambor Kiri, di sini, Jumaat lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu dikatakan menghantar surat dan CD lucah dalam satu bungkusan sampul berwarna putih yang diselitkan di pintu utama rumah wanita terbabit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian itu disedari wanita terbabit sekitar jam 7.15 pagi 

Ketika dia membuka pintu rumahnya dan menemui bungkusan sampul berwarna putih yang diselit di bawah pintu.

Menurutnya, hasil siasatan, lelaki beralamat dari kampung yang sama itu melakukan perbuatan berkenaan bagi mengumpan wanita terbabit melakukan hubungan seks.

"Dalam surat yang dihantar itu juga, lelaki terbabit memberitahu mahu datang ke rumah wanita itu pada jam 12 malam selain meletakkan CD lucah berkenaan.

"Ini kejadian pertama berlaku selepas wanita terbabit tinggal seorang diri di rumah berkenaan sejak tiga tahun lepas," katanya.

Beliau berkata, hasil laporan dibuat, polis berjaya menjejaki lelaki terbabit dan ujian urin yang dijalankan mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine

"Kita akan menjalankan siasatan lanjut dalam kes ini mengikut Seksyen 294 kanun keseksaan," katanya.


Read more »

Friday, December 22, 2017

128 NEGARA TOLAK IKTIRAF BAITULMAQDIS IBU NEGARA ISRAEL


128 negara tolak iktiraf Baitulmaqdis ibu negara Israel


New York - Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mencatat undian 128 negara menyokong usul menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Manakala sembilan lagi menentang usul tersebut.

Memetik laporan Reuters, dalam pada itu, sebanyak 35 negara lain berkecuali dalam undian berkenaan.

Terdahulu, Presiden Donald Trump mengeluarkan ugutan akan bertindak balas terhadap negara yang menyokong langkah itu.

Trump mengancam memotong bantuan kewangan kepada negara yang mengundi menyokong undian terbabit.





Negara yang mengundi memihak kepada resolusi

A: Afghanistan, Albania, Algeria, Andorra, Angola, Armenia, Austria, Azerbaijan

B: Bahrain, Bangladesh, Barbados, Belarus, Belgium, Belize, Bolivia, Botswana, Brazil, Brunei, Bulgaria, Burkina Faso, Burundi

C: Cabo Verde, Cambodia, Chad, Chile, China, Comoros, Congo, Costa Rica, Cote d'Ivoire, Cuba, Cyprus, Democratic People's Republic of Korea (North Korea), Denmark, Djibouti, Dominica

E: Ecuador, Egypt, Eritrea, Estonia, Ethiopia

F: Finland, France

G: Gabon, Gambia, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Guinea, Guyana

I: Iceland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Ireland, Italy

J: Japan, Jordan

K: Kazakhstan, Kuwait, Kyrgyzstan

L: Laos, Lebanon, Liberia, Libya, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg

M:Madagascar, Malaysia, Maldives, Mali, Malta, Mauritania, Mauritius, Monaco, Montenegro, Morocco, Mozambique

N: Namibia, Nepal, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Niger, Nigeria, Norway

O: Oman

P: Pakistan, Papua New Guinea, Peru, Portugal

Q: Qatar

R: Republic of Korea (South Korea), Russia

S: Saint Vincent and the Grenadines, Saudi Arabia, Senegal, Serbia, Seychelles, Singapore, Slovakia, Sloveni, Somalia, South Africa, Spain, Sri Lanka, Sudan, Suriname, Sweden, Switzerland, Syria

T: Tajikistan, Thailand, The Former Yugoslav Republic of Macedonia, Tunisia, Turkey

U: United Arab Emirates, United Kingdom, United Republic of Tanzania, Uruguay, Uzbekistan

V: Venezuela, Vietnam

Y: Yemen

Z: Zimbabwe


Negara yang mengundi resolusi

G: Guatemala

H: Honduras

I: Israel

M: Marshall Islands, Micronesia

N: Nauru

P: Palau

T: Togo

U: United States


Negara yang tidak mengundi

A: Antigua-Barbuda, Argentina, Australia

B: Bahamas, Benin, Bhutan, Bosnia-Herzegovina

C: Cameroon, Canada, Colombia, Croatia, Czech Republic

D: Dominican Republic

E: Equatorial Guinea

F: Fiji

H: Haiti, Hungary

J: Jamaica

K: Kiribati

L: Latvia, Lesotho

M: Malawi, Mexico

P: Panama, Paraguay, Philippines, Poland

R: Romania, Rwanda

S: Solomon Islands, South Sudan

T: Trinidad-Tobago, Tuvalu

U: Uganda

V: Vanuatu


Read more »

Monday, December 18, 2017

PERUBAHAN STATUS BAITULMAQDIS TIDAK SAH





Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mempertimbangkan resolusi draf mendapati sebarang perubahan kepada status Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, dan perlu dikekal seperti sebelum itu.

Mesir mengedarkan teks draf itu semalam, dan diplomat berkata, majlis akan mengundi berhubung langkah dicadangkan seawal esok.

Presiden Donald Trump mengumumkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu yang mencetuskan bantahan dan kritikan keras.

Resolusi itu menekankan Baitulmaqdis ialah isu yang perlu diselesaikan menerusi rundingan dan meluahkan kekesalan mendalam terhadap keputusan mengenai Baitulmaqdis, tanpa menyebut tindakan Trump.

“Sebarang keputusan dan tindakan yang mengubah sifat, status atau kedudukan demografi Baitulmaqdis tidak mempunyai kesan perundangan, tidak sah dan terbatal dan perlu dibatalkan,” menurut draf.

Diplomat berkata, mereka menjangka AS akan menggunakan kuasa veto untuk menghalang langkah itu, manakala kebanyakan 14 negara anggota majlis berkenaan dijangka menyokong resolusi itu.

Draf itu menggesa semua negara tidak membuka kedutaan di Baitulmaqdis, membayangkan kebimbangan kerajaan lain akan mengikut jejak AS.

Ia menuntut semua negara anggota tidak mengiktiraf sebarang tindakan yang bertentangan dengan resolusi PBB mengenai status bandar raya berkenaan.


Read more »

Monday, November 20, 2017

RASUAH: AHLI POLITIK BIKIN DRAMA, ELAK DISOAL


Rasuah: Ahli politik bikin drama, elak disoal


Jakarta -  Speaker Parlimen Indonesia, Setya Novanto yang dikaitkan kes rasuah bernilai AS$170 juta (RM706.86 juta) dilaporkan mencetus 'drama' apabila mendakwa cedera dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Dakwaan tersebut dibuat susulan kegagalan serbuan oleh pasukan anti-rasuah ke kediaman mewahnya.

Laporan portal media AFP mendedahkan gambar menunjukkan Setya dalam kesakitan terbaring di katil hospital ibu kota itu bersama tiub ubat pada hidungnya.

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, menyelar Setya dengan tuduhan cuba mengelak pegawai anti-rasuah yang mahu menyoalnya dalam satu daripada skandal rasuah terburuk Indonesia.

"Tindakan seperti ini membuatkan pihak lain mempersoalkan dan mempertikaikan segala-galanya.

"Pemimpin perlu mematuhi undang-undang dan dipercayai orang ramai, jika mereka larikan diri seperti ini, bagaimana mereka boleh dipercayai?" katanya

Malam kelmarin, pegawai daripada Suruhanjaya Penghapusan Rasuah (KPK) menyerbu kediaman Netya yang bernilai jutaan dolar di kawasan mewah ibu kota itu, terkenal dengan jurang ekstrem antara golongan kaya dan miskin.

Namun Setya gagal ditemui sekali gus mencetuskan pencarian meluas meliputi seluruh Jakarta.

Ahli politik berusia 62 tahun itu diletakkan dalam senarai paling dikehendaki Indonesia sebelum muncul di hospital semalam, susulan dakwaan terbabit dalam kemalangan, walaupun tiada tanda kecederaan serius.

Pihak berkuasa mahu menyoalnya berhubung dakwaan dia dan ahli politik lain menggelapkan jutaan dolar dana awam dikaitkan dengan projek negara yang mengeluarkan kad pengenalan baharu kepada 255 juta penduduk republik ini.

Peguam Setya berkata, anak guamnya bukan enggan mengelak disoal, sebaliknya menyifatkan keadaan anak guamnya sebagai 'lemah' dan bimbang akan dilayan secara tidak adil oleh badan anti-rasuah.


Read more »

Thursday, November 9, 2017

SOROK BAHAGIAN KEMALUAN YANG DIPOTONG DALAM PETI AIS

Peter Frederiksen. - Foto sumber Getty/Independent


BLOEMFONTEIN - AFRIKA SELATAN. Seorang lelaki yang ditangkap menyimpan bahagian kemaluan wanita yang dipotong dalam peti ais didapati bersalah terhadap 38 dakwaan, termasuk konspirasi membunuh.

Menurut laporan News24, hakim Johann Daffue mendapati Peter Frederiksen, 65, bersalah dalam tuduhan rogol, penyimpanan dan penghasilan bahan pornografi kanak-kanak, serangan serta penipuan.

Peter dilaporkan gagal memuaskan hati mahkamah sepanjang perbicaraan Isnin lepas.

Tertuduh didapati mengubah ceritanya hampir setiap masa dan hakim tidak mempercayai bukti Peter yang mengatakan isterinya Tshidi sebagai punca utama semua perbuatan jenayahnya.

Tshidi ditembak mati di hadapan rumahnya di Maseru pada Oktober 2015.

Peter yang ditahan di penjara ketika itu didakwa terlibat dalam konspirasi membunuh wanita tersebut.

Berkenaan bahan lucah kanak-kanak, mahkamah masih mengambil kira dakwaan Peter bahawa dia berfantasi seksual mengenai proses sunat kanak-kanak perempuan.

Ketika ditangkap polis pada September 2015, polis menemui klitoris di dalam peti ais di rumah Peter.

Dalam satu perbicaraan tahun sama, salah seorang bekas isteri Peter, Anna Matseliso Molise mendakwa klitorisnya dipotong selepas Peter mengikatnya.




Read more »

share2