Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 14, 2019

DIDENDA RM893 UCAP ALLAHU AKBAR



Didenda RM893 Ucap Allahu Akbar




Seorang lelaki Islam didenda £170 (RM893) di Switzerland kerana menyebut ‘Allahu Akbar’ di tempat awam sebaik terlihat rakannya.

Lelaki yang dinamakan media Switzerland sebagai Orhan E, 22, menyebut seruan itu pada Mei tahun lalu.

Bimbang dengan serangan pengganas, polis di bandar raya Schaffhausen menghalang lelaki berkenaan dan mendakwa beliau dengan tuduhan menyebabkan gangguan awam.

Namun polis mempertahankan tindakan itu, berkata mereka akan bertindak sama jika ada seseorang berlari sambil menyumpah seranah, lapor akhbar Schaffhauser Nachrichten.

Orhan berkata, beliau diperiksa oleh polis bersenjata selepas menyebut seruan itu dengan kuat kerana gembira terserempak dengan rakannya.

Beliau memberitahu 20 Minuten: “Tiba-tiba polis menghalang saya, dan bertanya apa yang saya maksudkan dengan ayat itu.

“Saya tidak bermaksud jahat. Kami menggunakan ‘Allahu Akbar’ sebagai ucapan dan hampir dalam setiap ayat.

“Saya diancam dipenjarakan jika tidak membayar denda. Saya dilahirkan di sini dan tidak pernah mengalami keadaan seperti itu"

0 comments:

share2