Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, August 8, 2011

ISU MURTAD: MANIFESTASI KEGAGALAN KHALID GAGAP!!!



Dalam kemelut kita membicarakan mengenai wujudnya agenda memurtadkan umat Islam, mungkin perkara ini kita terlepas pandang.

Apa yang diperbesar - besarkan didalam media hanyalah mengenai tindakan yang diambil oleh pihak JAIS dan pendirian yang dikeluarkan oleh Datuk Dr. Hassan Ali sahaja.

Kemudian, perhatian kita tertumpu pula kepada perbalahan dan konflik dalaman PAS Selangor apabila Khalid Gereja mengeluarkan kecaman terhadap tindakan Dr. Hassan.

Namun, selepas PAS Pusat selesai mengadakan mesyuarat semalam, ternyata dakwaan serta penjelasan yang diberikan oleh Dr. Hassan Ali ada asas yang kukuh.

Maka, bagi pendapat Semut, adalah wajib bagi Si Khalid Gereja dan mana - mana pihak yang membuat kecaman sebelum ini membuat permohonan maaf secara terbuka.

Mereka perlu memohon maaf kepada Exco Kerajaan Negeri tersebut kerana membuat dakwaan yang bukan - bukan. Jangan setakat tahu baling batu sembunyi tangan.

Itu satu hal. Satu lagi perkara yang kita tidak dapat lihat ialah mengenai ketidak-upayaan Si Khalid Gagap dalam mentadbir Negeri dengan baik.

Nampak sangat dia GAGAL mengenal pasti golongan - golongan yang terpinggir sehingga mereka mencari perlindungan dengan pihak lain.

KONON, kata Menteri Besar Badut tu, pihak Kerajaan Negeri pimpinannya dah berjaya mengenal pasti rakyat Negeri yang memerlukan bantuan kebajikan.

Kalau dia berjaya mengenal pasti golongan - golongan tersebut, kejadian seperti ini  tidak mungkin akan berlaku. 


Jika benar dia telah menjalankan tugas dengan baik, adakah keluarga tersebut akan mengambil tindakan sedemikian?

Maka sebab itulah Khalid Gagap enggan menwar - warkan isu ini oleh pihak media kerana ianya akan menyerlahkan lagi keGAGALan dia sendiri sebagai Menteri Besar.

Mungkin, ada pihak yang akan menundingkan jari kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun, mereka tidak mendabik dada seperti mana yang dilakukan oleh Si Khalid Gagap selama ini.

Bagi Semut, kejadian ini ada khifarahNya. Jangan kita terlalu bermegah - megah dengan kebaikan dan kebajikan yang kita buat kepada orang lain kerana akhirnya nanti, Keredhaan Allah jua yang kita cari.

2 comments:

  • Anonymous says:
    August 9, 2011 at 6:50 AM

    Bawak-bawak mengucap lah si Khalid......kamu tu orang islam..jangan terlalu mengikut Dapig tu.....kerana tamakkan Kuasa o wat ever lah....maka kamu sanggup gadaikan agamamu sendiri.....

  • Anonymous says:
    August 10, 2011 at 6:59 AM

    Saya tak nampak apa isunya disini. Sila jelaskan terima kasih.

share2