CAMERON HIGHLANDS 8 Ogos - Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands. Kejadian tanah runtuh berlaku berpunca dari hujan lebat yang turun mencurah-curah sejak semalam sehingga membentuk aliran air atau banjir lumpur yang menghanyutkan rumah dan tertimbus bersama dengan penghuni yang ada di dalamnya.
Tujuh orang maut dan dua orang parah dalam kejadian tanah runtuh di Perkampungan Orang Asli Sungai Ruil. Kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang itu turut mengakibatkan tiga buah rumah tertimbus manakala tiga lagi rosak teruk.
Kerja-kerja mencari mangsa kejadian tanah runtuh bermula jam 6.15 petang ditamatkan pada jam 1.30 pagi tadi setelah 9 mangsa berjaya dikeluarkan dari tanah runtuhan. Empat orang perempuan dan tiga lelaki maut dalam kejadian tanah runtuh itu.
Mangsa yang meninggal dunia ialah Normadiah bt Lastik, Sara bt Gunung, Norma bt Gunung, Yusnizan bt Yusof, Jaafar bin Abdullah, Ali bin Hassan dan Mohd Ikbal bin Jaafar. Manakala mangsa yang cedera parah ialah Bah Anjang a/l Alang dan Serry Priary a/p Saary.
0 comments:
Post a Comment