MAKLUMAN:

Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat banjir di seluruh negeri Pahang dari masa ke semasa. Kepada sahabat-sahabat Pahangku disetiap daerah seluruh negeri diminta membantu dengan menghantarkan maklumat serta gambar jika ada. Lebih mudah jika maklumat dan gambar-gambar berkenaan dihantar ke facebook FanPage PahangKu (Klik Sini)

Sunday, May 26, 2013

AirAsia Perlu Diberi Pengajaran


Orang Melayu harus menolak perkhidmatan AirAsia bagi memberikan pengajaran kepada syarikat yang hanya mementingkan keuntungan tanpa menunjukkan sikap prihatin terhadap penumpang agar tidak lagi mengulangi kesilapan lalu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, AirAsia adalah sebuah syarikat yang mempunyai agenda tersendiri dan tidak memberikan perhatian serius terhadap aduan orang ramai kerana sudah selesa dengan kedudukannya yang melakarkan nama di persada dunia.

Menurutnya, kejayaan AirAsia selama ini adalah daripada sokongan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan ke destinasi-destinasi disediakan.

“Namun, keprihatinan yang diharapkan daripada syarikat milik rakyat Malaysia ini adalah sia-sia belaka kerana jelas AirAsia tidak melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya serta gagal menjalankan perkhidmatan cemerlang.

“Sehubungan itu, orang Melayu khususnya, buat pilihan bijak kerana kini sudah banyak syarikat penerbangan menawarkan harga tambang murah berserta layanan terbaik,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tragedi malang yang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan anaknya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dihalang menaiki pesawat pesawat tambang murah AirAsia, AK 1455 untuk pulang ke negara ini dari lapangan terbang Ho Chi Minh baru-baru ini.

Begitu juga dengan keengganan AirAsia membawa pulang jenazah seorang wanita dari Jogjakarta, Indonesia ke negara ini.

Nadzim juga meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat pemeriksaan ke atas makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut yang dipercayai makanan halal dan tidak halal dihidangkan bersama-sama.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Mohamed Izat Emir berkata, AirAsia perlu bertanggungjawab ke atas kesemua penumpang mereka untuk menjadikan syarikat tersebut syarikat penerbangan yang boleh dihormati orang ramai.

“Jika benar apa yang terjadi ke atas mangsa di lapangan terbang Ho Chi Minh baru-baru ini, maka perkara itu tidak wajar berlaku kerana pihak AirAsia perlulah bertanggungjawab menolong mangsa tersebut dengan menyediakan kemudahan seperti hotel dan tambang penerbangan segera.

“AirAsia juga dilihat sering mengubah waktu penerbangan sehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas," ujarnya.

Saturday, May 25, 2013

PDRM SKMM Akan Gempur Cyber Trooper


Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta Cyber Security Malaysia untuk mengambil langkah segera membanteras penyaluran kandungan menyalahi undang-undang dalam media sosial oleh kumpulan 'tentera siber' tertentu.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah segera itu bagi memastikan maklumat yang disampaikan oleh individu atau kumpulan siber menerusi pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter serta blog adalah telus dan benar.

"Apa yang menjadi rungutan adalah kandungan laman sosial dan blog termasuk oleh kumpulan Red Bean Army adalah kerana kandungan itu menyentuh perkara yang termaktub dalam Akta Hasutan dan (isu) perkauman yang sensitif serta bersifat fitnah (iaitu) terkeluar daripada prinsip undang-undang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai tindakan pelbagai pihak menggesa kerajaan bertindak tegas memerangi anasir jahat di laman siber seperti 'Red Bean Army' yang menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum di negara ini.

Pihak berkenaan turut mendesak pihak berwajib meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi menyekat fitnah dan hasutan yang cuba dipromosikan kumpulan siber berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, dasar mengenai media sosial yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah untuk memberi kebebasan dan pendapat termasuk penubuhan 'cyber troopers' oleh parti politik dan pihak tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata, prinsip dan dasar itu sewajarnya dihormati berlandaskan tanggungjawab kepada negara serta undang-undang dan ia tidak sepatutnya disalahguna.

"Ini yang cuba kita elakkan. Kita mahu SKMM dan Cyber Security Malaysia dapat mengambil tindakan, bukan kerana kewujudan kumpulan 'cyber trooper' seperti 'Red Bean Army' tetapi disebabkan oleh kandungan di dalam media sosial berkenaan yang dikendalikan mereka," katanya.

Beliau berkata, 85 peratus pengendali media baharu di negara ini dikendalikan pihak pembangkang media sosial negara ini tanpa sekatan dibuat oleh pihak kerajaan.

Apa yang menghairankan bahan-bahan yang dipaparkan kumpulan seperti Red Bean Army ini dipercayai oleh golongan profesional, teknokrat dan mereka yang berpendidikan tinggi, katanya. - BERNAMA

Anwar Ibrahim Bakal Ditangkap


Kedegilan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan meneruskan siri perhimpunan 'blackout 505' walaupun tiga aktivis mereka ditahan polis, tidak menggentarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendengar ratusan kali kenyataan Anwar yang tidak gentar ditahan polis dan akan terus berjuang bersama rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya tak kisah apa yang nak dia (Anwar) cakap. Saya serahkan kepada polis untuk ambil tindakan bukan sahaja terhadap Anwar tetapi mereka yang cuba huru-harakan negara.

"Apa yang telah dilakukan polis (menahan tiga aktivis pembangkang) bukan satu langkah pembendungan secara politik tetapi ia adalah tindakan profesional polis selepas melakukan penyiasatan sebelum tangkapan dibuat," katanya.

Tiga aktivis yang ditahan polis ialah Naib Presiden PKR, Tian Chua, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim dan aktivis Pas, Tamrin Abdul Ghafar kerana dipercayai menghasut orang ramai bagi menggulingkan kerajaan.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata, polis menahan ketiga-tiga aktivis tersebut yang kemudiannya membebaskan mereka untuk mendapatkan maklumat terperinci sebelum sebarang pertuduhan dihadapkan ke atas mereka.

Justeru katanya, beliau yakin dengan kebolehan dan kemampuan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang cuba mengancam keselamatan negara.

"Saya sekali lagi ingin beritahu kepada seluruh masyarakat, saya menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada polis untuk mengambil tindakan untuk melaksanakan penguatkuasaan undang-undang tanpa ada campur tangan politik".

Isu Blackout Adalah Fitnah Pembangkang Kepada Rakyat Malaysia


Siasatan awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU-13 lagi.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau berkata, bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.

"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.

"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.

Wan Ahmad berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berkaitan dakwaan lampu padam dan itu membuktikan bahawa ia ternyata fitnah pembohongan yang direka-reka dan tidak berasas.

"Kalau ada lampu padam, tentulah ada ejen-ejen parti membuat laporan polis, mereka mewakili calon, mereka ada di tempat mengira undi, jika lampu padam dia yang akan mula-mula sekali berlari buat laporan polis, tetapi tidak.

"Malah pada malam pengiraan undi itu juga, saya mendapat "tweet" mengatakan lampu padam oleh "cybertrooper" yang tidak bertanggungjawab, kita terus semak kawasan mana, kita semak dengan pengarah negeri kita, Pegawai Pengurus dan saluran sekolah yang dituduh tetapi ternyata tidak ada apa-apa," katanya.

Dalam pada itu, mengenai dakwaan sebuah akhbar pembangkang bahawa 24 petugas SPR di Besut, Terengganu telah dikurung bagi memangkah kertas undi, Wan Ahmad berkata, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Beliau berkata, namun kesemua mereka dipercayai masuk ke satu bilik itu untuk memangkah kertas undi masing-masing memandangkan kesemua mereka mengundi secara pos kerana bertugas pada PRU-13.

"Salah seorang daripada mereka didapati telah membuat laporan polis... itu keputusan yang bagus dan betul agar polis dapat membuka kertas siasatan.

"Namun dipercayai mereka mendapat sampul surat yang berisi kertas undi untuk mengundi cara pos dan itu hak mereka untuk pangkah di mana-mana lokasi termasuk di dalam bilik yang dikatakan itu.. namun apa yang sebenarnya berlaku kita tidak tahu," katanya.

Katanya, masyarakat tidak harus membuat andaian dan rumusan sendiri dengan hanya membaca melalui media pembangkang sedangkan semua yang dilaporkan berkaitan SPR adalah buruk dan berbaur fitnah.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, cadangan pembangkang agar Tribunal Rakyat ditubuhkan adalah amat berbahaya kerana ia membelakangkan perlembagaan dan undang-undang negara.

"Siapa yang akan mewakili Tribunal Rakyat itu? Orang-orang mereka, pemimpin NGO yang selama ini yang menentang sistem dan dasar pilihan raya? Mereka yang menyemai budaya tidak baik dan tidak sopan pada anak muda?," katanya. - BERNAMA

Friday, May 24, 2013

Lagi Kezaliman AirAsia Didedah - Jemaah Umrah Dianiaya

Sekumpulan jemaah umrah kecewa apabila syarikat penerbangan murah AirAsia X didakwa membatalkan jadual penerbangan untuk kembali ke tanah air atas alasan 'sebab komersial'.

Penumpang yang mewakili kumpulan umrah tersebut, Mansor Abu Bakar berkata, kejadian itu berlaku semasa keluarganya seramai 11 orang menunaikan umrah dengan menaiki AirAsia X pada 30 Mac dan sepatutnya pulang pada 13 April lalu.

''Kami sepatutnya pulang 13 April lalu tetapi dimaklumkan penerbangan itu telah dibatalkan dan ditawarkan dua pilihan iaitu sama ada balik awal pada 9 April atau lebih lewat pada 16 April,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan masalah kepadanya dan 10 lagi ahli keluarganya termasuk seorang yang uzur selain dua bayi, masing-masingnya berusia tiga bulan dan dua tahun.


''Pembatalan itu juga hanya dimaklumkan melalui e-mel yang dikeluarkan atas nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman-Rani dan alasan pembatalan ialah 'sebab komersial', tanpa penjelasan lanjut yang dilihat tidak munasabah.

''Nasib baik saya dapat menyemak e-mel, jika mereka yang tidak ada kemudahan internet bagaimana?,'' katanya.

Menurutnya, tawaran AirAsia X itu juga menimbulkan masalah kepada mereka iaitu sama ada mahu menanggung kerugian atau terpaksa menambah lagi kos berada di tanah suci itu.

"Jika balik penerbangan awal, bermakna kami rugi dari segi bayaran hotel dan makanan yang telah dibayar awal-awal lagi kepada pihak di Mekah dan jika balik pada 16 April pula, kami terpaksa bayar lebih untuk hotel dan makanan selama empat hari tiga malam," katanya.

Sabtu lalu, AirAsia juga menjadi kritikan ramai ekoran insiden malang menimpa seorang ibu, Izan Suhaila Mohd. Ali, 36, dan bayinya, Maryam Sofea Mohd. Reza, 14 bulan yang dilarang kakitangan AirAsia menaiki pesawat AK 1455 di lapangan terbang Ho Chi Minh, Vietnam.

Tambah Mansor, AsiaAsia X juga tidak memberikan sebarang pampasan ekoran pembatalan itu kerana perkara tersebut dikatakan terkandung dalam terma dan syarat pembelian tiket dan jika mereka ada membeli insurans disuruh membuat tuntutan dengan syarikat berkenaan.

''Kami sekeluarga telah merayu kepada AirAsia X untuk memberi ganti rugi untuk hotel tetapi tidak dihiraukan langsung.

''Saya terpaksa mengeluarkan kira-kira RM15,000 untuk menampung kos penginapan dan perbelanjaan bagi hari yang terpaksa ditambah,'' katanya. - Sumber

Thursday, May 23, 2013

Warga Emas Maut


KARAK - Seorang warga emas maut dalam kemalangan di Kilometer 81 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, kira-kira jam 5.45 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa, Chan Ah Kow, 72, dalam perjalanan seorang diri dari arah Karak ke Bentong menaiki motosikal jenis Honda.

Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, mangsa dipercayai melintas dari kiri ke kanan jalan.

“Pada masa sama datang sebuah kereta dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dari arah Karak ke Bentong terlanggar bahagian tepi motosikal menyebabkan mangsa tercampak ke bahu jalan.

"Mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Bentong,” katanya.

Akhbar Pembangkang Dirampas Kerana Memfitnah


Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata, sebanyak 1,408 tabloid Suara Keadilan, 1,062 tabloid Harakah dan 70 tabloid The Rocket dirampas.

Rampasan itu dibuat setelah KDN mendapati pihak tabloid berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan di bawah akta itu iaitu kesalahan untuk mencetak, mengimport, menerbit akhbar tanpa permit dan tidak mematuhi syarat-syarat permit iaitu untuk edaran ahli sahaja seperti yang ditetapkan KDN.

"Operasi penguatkuasaan ini dijalankan di premis-premis yang menjual tabloid di seluruh negara pada 22 Mei dengan mengambil kira tindakan pemantauan dan teguran yang telah dilakukan oleh KDN sebelum ini," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata operasi akan dilakukan secara berterusan bertujuan menguatkuasakan undang-undang di bawah akta berkenaan bagi memastikan semua pihak tidak melanggar akta itu. - BERNAMA

Wednesday, May 22, 2013

Nasrudin Pemimpin Tidak Berakal - PAS


PEMIMPIN-PEMIMPIN pembangkang ternyata berasa tidak selesa dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Jika sebelum ini DAP menggesa beliau menarik balik kenyataan berhubung pembangkang perlu berhijrah ke negara republik kalau tidak boleh menerima sistem pilihan raya di negara ini, kini gelaran Dewan Pemuda Pas pula ‘menyerang’ beliau.

Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dalam kenyataan yang dilaporkan oleh Harakahdaily semalam, menyifatkan kenyataan amaran Ahmad Zahid terhadap himpunan haram pembangkang sebagai menyekat hak rakyat untuk berhimpun dan membunyikan semboyan permusuhan terhadap rakyat.

Sekali lagi kita menyaksikan kedangkalan Nasrudin yang mungkin teruja terpilih sebagai Ahli Parlimen Temerloh berhujah. Beliau cuba menonjolkan diri sebagai pembela kepada agenda songsang pakatan pembangkang. Mungkin Nasrudin tidak menerima maklumat yang betul atau baru ‘tersedar dari tidur’ untuk memahami realiti atau fakta sebenar bahawa perhimpunan haram yang diadakan pakatan pembangkang tiada kaitan dengan memperjuangkan hak rakyat.

Sebaliknya ia sekadar memenuhi agenda Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kecewa kerana impiannya untuk menjadi Perdana Menteri musnah. Dakwaan berlakunya penipuan dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah perancangan DAP yang tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan pembangkang gagal menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Soalnya, sebelum Nasrudin membuat kenyataan, adakah beliau tahu bahawa kepimpinan tertinggi Pas tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Anwar dan DAP. Kenapa Nasrudin hendak menjadi pembela kepada perhimpunan haram? Tahukah Nasrudin siapa yang paling ramai hadir ke perhimpunan-perhimpunan haram berkenaan?

Paling memualkan, Nasrudin mendakwa Pemuda Pas tidak mahu peristiwa kononnya peserta perhimpunan haram Bersih ditangkap, dipukul, manakala kaum wanita, kanak-kanak dan orang tua akan dikasari dengan gas pemedih mata serta diterajang dan ditangkap berulang.

Jelas sekali Nasrudin bercakap hanya mengikut nafsu politik, kalau itu tuduhannya bagaimana pula dengan tindakan ganas peserta perhimpunan haram Bersih menyerang kenderaan polis sehingga seorang anggota pasukan itu cedera? Kenapa Nasrudin tidak mengulas mengenai tindakan biadab dan ganas Unit Amal Pas merempuh sekatan polis dalam perhimpunan haram itu?

Malang sekali walaupun ada pemimpin Pas yang menentang perhimpunan haram, namun Nasrudin nampaknya senada dengan pemimpin PKR dan DAP. Cukup-cukuplah dalam setiap perhimpunan haram Unit Amal Pas menjadi ‘pak turut’.

Adalah lebih baik jika Nasrudin yang kini bergelar Yang Berhormat mengkaji dahulu sesuatu fakta sebelum membuat kenyataan. Amaran Ahmad Zahid bukanlah satu ugutan tetapi peringatan kepada pakatan pembangkang supaya menghentikan kerja gila mereka dalam mengadakan perhimpunan haram.

Pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak boleh selama-lamanya membiarkan pembangkang melakukan apa sahaja kononnya atas nama demokrasi dan memperjuangkan kebenaran serta keadilan.

Jika benar berlaku penipuan seperti didakwa oleh pembangkang maka mereka masih boleh memilih saluran undang-undang untuk menyelesaikannya dan bukan melalui demonstrasi jalanan.

Malahan Nasrudin sendiri kalau sudah yakin sangat berlaku penipuan dalam PRU -13 tidak perlulah mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, jangan amalkan sikap berpilih-pilih. Ia memandang dalam kenyataan beliau, Nasrudin berhujah, jika kerajaan mengambil tindakan tegas, ia bererti kerajaan gagal memahami aspirasi rakyat mungkin juga pemimpin dianggap bersetuju dengan segala penyelewengan dan penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya.

Kalau beliau tidak mahu berbuat demikian, maka sepatutnya Nasrudin memberi nasihat kepada rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang dan bukannya sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan kepada Ahmad Zahid.

Sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keselamatan negara, Ahmad Zahid hanya memberi peringatan kepada pembangkang terhadap keghairahan mereka untuk terus mencabar undang-undang melalui perhimpunan haram.

Apa istimewanya pembangkang sehingga apa juga yang mereka lakukan tidak boleh ditegur atau dihalang biar pun melanggar undang-undang? Apakah pembangkang berasa kuat memandangkan perhimpunan haram mereka dihadiri ribuan orang?

Tetapi itu bukan bermakna mereka berada di pihak yang betul. Jumlah kehadiran itu disebabkan ada kalangan rakyat yang terpengaruh dengan dakyah pembangkang kononnya berlaku penyelewengan dalam pilihan raya sehingga memungkinkan impian pembangkang untuk menawan Putrajaya gagal. Kalau betullah berlaku penipuan, kenapakah pembangkang hanya menerima keputusan yang mereka menang sahaja dan mempertikaikan kekalahan mereka di kawasan-kawasan tertentu.

Dalam soal ini adalah lebih baik jika Nasrudin mengkaji secara mendalam apa perancangan di sebalik perhimpunan haram itu diadakan. Ia bukan untuk menegakkan kebenaran, sebaliknya mahu menjatuhkan kerajaan secara tidak demokratik.

Mungkin Nasrudin tidak mendapat maklumat terkini, maklumlah selama ini pun Pas hanya dilihat sebagai ‘pak turut’ dalam pakatan pembangkang sebab itulah mereka tidak mengetahui sebarang agenda di sebalik apa yang dilakukan oleh PKR dan DAP.

Bagaimanapun penulis percaya, kenyataan Nasrudin tidak mungkin menjadikan beliau ‘wira’ sebaliknya hanya meletakkannya sebaris dengan pemimpin PKR dan DAP yang semakin bimbang dengan ketegasan yang ditunjukkan oleh Ahmad Zahid.

Apatah lagi Ahmad Zahid sendiri sudah memberi kuasa penuh kepada PDRM untuk bertindak bagi membanteras apa juga usaha yang boleh menggugat keselamatan negara.

Kalau betul pembangkang berada di pihak benar, mereka tidak akan memilih jalan yang boleh menghuru-harakan negara. Kenapakah perlu turun ke jalanan untuk melakukan protes keputusan pilihan raya, sedangkan mereka dikhabarkan mempunyai barisan peguam yang hebat-hebat untuk mencabar perkara itu di mahkamah.

Oleh itu Nasrudin yang dianggap Ketua Pemuda yang paling lemah pernah dilahirkan oleh Pas perlu mengkaji fakta dan mematuhi nasihat Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mahu penyokong-penyokong parti itu menerima keputusan PRU-13 dengan fikiran terbuka.

Mungkin Nasrudin hendak menonjolkan dirinya sebagai pemimpin pelapis pembangkang yang lantang, maklumlah pemilihan Pas akan diadakan tidak lama lagi.

Kerajaan Mula Bertegas


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) membuat pengubahsuaian dalam Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam tempatan (IPTA).

Dong Zong pada 1 April lalu, sebelum pilihan raya umum ke -13 telah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berbincang tentang pengiiktirafan UEC, namun tiada sebarang kata putus dicapai.

"Pendirian kerajaan jelas, kalau ada perubahan pun kita mahu pihak disebelah sana buat pengubahsuaian dan perubahan selaras dengan dasar pendidikan negara dan berpandukan kepada undang-undang dalam Akta Pendidikan negara.

"Mana-mana pihak yang mahukan mereka diterima, mereka juga harus bersedia buat sedikit perubahan," kata Muhyiddin (gambar) merujuk kepada tuntutan kumpulan tersebut yang mahu UEC diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Dalam perjumpaan sebelum ini dengan Dong Zong, Najib menyarankan keperluan pelajar dari sekolah aliran Cina untuk mempunyai sekurang-kurangnya satu kredit kertas Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berserta dengan UEC, sebagai satu syarat untuk memohon memasuki IPTA.

Dalam sidang media hari ini di Kementerian Pengajian Tinggi di sini, Muhyiddin berkata setakat ini Dong Zong belum memberikan sebarang jaminan untuk membuat sebarang pengubahsuaian terhadap syarat yang diberikan sebelum ini.

"Sampai sekarang kita belum terima kata putus daripada Dong Zong untuk membuat pengubahsuaian.

"Dan bagi kami, jika mereka ikut dasar dan akta, ia tidak jadi masalah," kata beliau lagi.

Dong Zong merupakan kumpulan yang aktif memperjuangkan hak pendidikan masyarakat Cina serta lantang menggesa kerajaan untuk mengiiktiraf sistem persekolahan tinggi aliran Cina, kumpulan tersebut menguruskan 60 Sekolah Tinggi Persendirian Cina di sekitar Malaysia.

Sekolah vernakular Cina dan Tamil hanya wujud di peringkat sekolah rendah dan merupakan sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

Walaupun bahasa Mandarin dan Tamil masing-masing digunakan sebagai bahasa pengantar, sukatan pelajaran yang digunakan ialah satu sistem pendidikan kebangsaan adalah sama dengan sekolah-sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu.

Tiada sekolah Cina atau Tamil di peringkat sekolah menengah.

Tetapi terdapat 60 institusi swasta yang dikenali sebagai sekolah persendirian Cina, di mana Mandarin dan Bahasa Inggeris digunakan sebagai bahasa pengantar.

Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah ini tidak diiktiraf oleh kerajaan.

 Baru-baru ini sebaik saja berakhir pilihan raya 5 Mei, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Abdul Rahman Arshad menyeru kerajaan agar menghapuskan sekolah vernakular atas alasan ia menggugat perpaduan dan punca sokongan kepada pembangkang meningkat.

Dalam satu forum bertajuk "Wacana Post-Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah" anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kuala Lumpur pada 12 Mei lalu, Mohd Noor berkata sistem persekolahan tersebut tidak diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan negara.

"Menurut Perlembagaan, kita sepatutnya hanya ada satu aliran sekolah sahaja. Sepatutnya kita hapuskan sekolah jenis kebangsaan (SJK).

"Hapuskan oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina, India, ia memecah-belahkan rakyat," katanya Mohd Noor.

Abdul Rahman pula menegaskan sekolah vernakular sebagai punca perkauman semakin meluas dikalangan masyarakat pelbagai kaum dalam negara, serta mencadangkan kerajaan mengikut langkah negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Filipina yang menerima pakai penggunaan bahasa tunggal dalam dasar pendidikan mereka.

Boikot Produk Peniaga Cina - Hak Pengguna Melayu


Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa ‘boikot produk Cina’ yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur. Beliau tentunya bercakap tentang kempen ‘boikot barangan Cina pro-DAP’ yang kini sedang merebak di internet. 

Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu. Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut.

Penulis percaya bahawa Yeah sedia maklum bahawa kaum Melayu telah lama bersabar dengan permainan rasis akhbar-akhbar Cina serta lakonan mengada-ngada kaum Cina dalam menangani isu-isu rasis, dengan harapan kaum Cina akan menghargai toleransi mereka.

Bagaimanapun, kaum Cina mengambil sifat toleransi Melayu itu sebagai suntikan dos kepada ego mereka.  Dari situ, keangkuhan kaum Cina yang dipamerkan dalam tragedi 13 Mei kini sekali lagi dipamerkan sepanjang kempen PRU-13. 

Hakikatnya, majoriti rakyat sudah muak dengan sikap hipokrasi-sensitif kaum Cina. Setiap kali mereka diingatkan tentang kontrak sosial, mereka akan menjerit ‘rasis’!.  Setiap kali mereka disoal tentang semangat nasionalis dan patriotik, mereka akan menyalak ‘rasis’!. Dan apabila Utusan Malaysia bertanyakan apa lagi yang mereka mahu, iaitu satu soalan yang jujur, terus terang dan mudah, akhbar itu dikutuk sebagai ‘ultra-rasis’!

Di masa yang sama, akhbar-akhbar Cina dan ahli politik mereka terus memperhebatkan permainan isu rasis ini sehingga kemuncaknya masyarakat Cina gagal membezakan antara ‘benci Melayu dengan benci Malaysia’. Maka, hari ini, kita melihat anak-anak Cina memegang bendera Malaysia terbalik – dengan bangga. 

Selepas PRU-13, para ektremis Cina ini akhirnya bertemu buku dengan ruas. Ramai guru-guru dan murid-murid Melayu di sekolah Cina mula memperkatakan tentang pengalaman mereka berhadapan dengan sikap rasis di sekolah. Ramai lagi yang mula bertanyakan peranan akhbar-akhbar cina yang telah lama menanam sikap prejudis, keraguan dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, ahli politik Melayu juga sudah mula ‘menyampah’ dengan hipokrasi kaum Cina.

Sudah tiba masanya kita memainkan isu rasis ini secara terbuka. Sepertimana yang penulis sering katakan pada rakan-rakan penulis, jika kita berurusan dengan seorang rasis, kita tidak punya pilihan selain turut menjadi rasis, atau kita akan ditindas. Dan itulah yang kaum Cina inginkan sangat, iaitu ‘menindas’. 

Jelas, kaum Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap chauvinis dan angkuh kaum Cina dan mula berkata:  “Jika ingin sangat bermain dengan isu kaum, maka ayuhlah kita main sama-sama”. 

Mungkin ada yang menyangka, dari situlah bermulanya kempen boikot barangan Cina ini. 

Hakikatnya, ia telah bermula lama dahulu apabila kaum Cina dengan liciknya menyerang dan mengsabotaj semua produk bumiputera.  

Contohnya, apabila seorang taikun Melayu mengambil-alih Gardenia Bekeries (KL) Sdn Bhd tidak lama dahulu kerana bimbang dengan status halal tepung pembuat produk tersebut yang mana bekalannya dimonopoli oleh seorang taikun Cina, masyarakat Cina tidak menunggu lama untuk melancarkan boikot terhadap semua produk Gardenia. 

Alasan mereka?  Ia adalah milik kroni UMNO.

Ini adalah cara pemikiran tipikal seorang rasis iaitu, tidak apa bagi Cina untuk memonopoli tetapi tidak boleh bagi Melayu untuk memecah monopoli dan menyediakan persaingan yang sihat kerana ia adalah amalan kronisme; kecuali jika persaingan sihat itu melibatkan seorang Cina juga.   Seperti kata Yeah, ia adalah ‘tidak sihat, kebudak-budakan dan rasis’ bagi Melayu untuk memboikot barangan Cina tetapi ia adalah ‘hak pengguna’ bagi Cina memboikot barangan Melayu. 

Permainan rasis kaum Cina di sektor swasta juga merupakan rahsia umum, di mana mereka akan meletakkan ‘mandarin’ sebagai kelayakan dalam iklan-iklan pekerjaan.  Di utara, terutamanya, permainan rasis kaum Cina lebih terbuka di mana syarikat yang diterajui mereka tidak akan memberi peluang yang sama kepada kaum lain untuk maju.  Sesetengahnya pula secara langsung meletakkan skim gaji dwistandard berdasarkan kaum di bawah ‘undang-undang tidak bertulis syarikat’. 

Selamanya kaum Cina itu angkuh, memberitahu semua bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh mereka kerana mereka mengawal ekonomi. 

Mungkin benar bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa dan bahawa kempen boikot barangan Cina ini tidak akan membawa kaum Melayu ke mana-mana.  Justeru, jika ia benar, maka kita percaya Yeah Kim Leng tidak perlu bimbangkan apa-apa.  Lagipun, beliau hanya bimbangkan kaum Cina, bukan begitu?  Dan kaum Cina tidak akan terjejas hanya dengan boikot dari kaum Melayu, bukan begitu? 

Kaum Cina telah menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kaum lain, maka kaum lain juga perlu ‘belajar’ untuk tidak memerlukan kaum Cina.   Dan untuk pengetahuan semua, pembelajaran ini telah pun bermula iaitu melalui ‘kempen boikot produk Cina’. - Beruang Biru

Tuesday, May 21, 2013

Gambar Panas Rozita Che Wan Tersebar


Sejak akhir akhir ini, nama Rozita Che Wan semakin laris. Apatahlagi dia bersama jejaka pilihan hatinya, Zain Saidin berada didalam rancangan popular, Master Chef. Namun baru baru ini Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan manja Che Ta telah memuat naik gambar beliau bersama teman lelakinya. Waktu itu, Che Ta memakai skirt pendek di atas sofa.

Gambar ini telah mencetuskan pelbagai kritikan hebat sehingga banyak daripadanya mengaku kelakuan Che Ta itu sangat memalukan.


Bermacam ragam sungguh manusia ini. Walau apapun, kami di pihak PahangKu hanya mendoakan yang terbaik buat mereka berdua dan semoga hubungan mereka berkekalan ke jinjang pelamin.

Sumber: Instagram Zain Saidin

Yakin Exco Baru Mampu Beri Khidmat Terbaik


KUANTAN - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata lima muka baharu yang dilantik anggota Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pahang diyakini mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau berkata mereka diberikan portfolio yang mereka mempunyai pengalaman luas.

"Semua ada pengalaman yang luas. Sebagai contohnya Datuk Burn (Abu Bakar Harun). Beliau dah berapa lama dalam Felda, tahu apa yang dimahukan oleh peneroka. Datuk Shahaniza (Shamsuddin), yang memegang portfolio pembangunan wanita, mempunyai pengalaman luas sebagai Puteri Umno.

"Begitu juga Syed Ibrahim (Syed Ahmad), yang memegang portfolio dakwah, bertahun-tahun berpengalaman sebagai penceramah bebas," katanya.

Dua lagi muka baru ialah Datuk Mohd Johari Hussain yang memegang portfolio Belia dan Sukan dan Norol Azali Sulaiman, portfolio Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-tugas Khas.

Mengenai peningkatan wakil pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri, Adnan berkata kerajaan negeri yang diwakili oleh Barisan Nasional tidak tergugat dengan keadaan itu.

"Situasi ini pernah berlaku sebelum ini. Apa yang penting kita (kerajaan negeri) dapat menjalankan tugas kita dengan baik kepada rakyat," katanya. - Bernama

Kuasai Media Sosial

Penguasaan media sosial seperti laman sesawang dan blog sebagai medium menyampaikan maklumat penting dalam usaha memastikan setiap informasi yang disampaikan tepat dan tidak bercanggah dengan fakta.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Mohamed Suffian Awang, masyarakat terutama belia kini lebih mempercayai maklumat yang disampaikan melalui medium terbabit kerana beranggapan lebih telus dan tepat.


Menurutnya, biarpun maklumat yang disampaikan melalui medium itu kebanyakannya bercanggah daripada fakta sebenar namun, masyarakat lebih berminat menggunakannya untuk mengetahui isu semasa terutama membabitkan politik.

"Jadi, sudah sampai masanya kita perlu menguasai media sosial supaya dapat menyebar maklumat tepat sekali gus menepis segala tuduhan dan isu dibangkitkan parti politik pembangkang.

"Kegagalan berbuat demikian menyebabkan masyarakat terus mempercayai dakyah yang dibawa mereka (pembangkang) dengan mencanang maklumat untuk memburukkan kerajaan termasuk menyemai sifat membenci pemerintah sekarang".

Pada pilihan raya umum kali ini, selain gagal merampas Parlimen Kuantan daripada pembangkang, BN juga kehilangan kerusi DUN Tanjung Lumpur dan Teruntum sebaliknya hanya berjaya mempertahankan DUN Inderapura.

Mohamed Suffian berkata, bedah siasat akan diadakan untuk mengenal pasti segala kelemahan dan kekurangan sehingga gagal merampas kerusi Parlimen Kuantan serta tewas di DUN Teruntum dan Tanjung Lumpur.

"Kita telah mengenal pasti beberapa kelemahan kita antaranya berkaitan penggunaan media sosial pada tahap yang lebih optimum supaya tiada peluang dan ruang kepada pembangkang untuk menyebar dakyah penipuan mereka," katanya.

Sementara itu, beliau yang juga calon BN di kerusi Parlimen Kuantan berharap Fuziah Salleh yang dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan menunaikan segala janjinya pada pilihan raya umum.

"Jangan guna alasan mereka (pembangkang) belum membentuk kerajaan, dia (Fuziah) telah dipilih oleh rakyat Kuantan, jadi tunaikan janji-janjinya antaranya untuk menurunkan harga minyak," katanya.

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank