Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 30, 2020

JOHNSON & JOHNSON BANGUN VAKSIN UNTUK JANGKITAN KORONOVIRUS



Johnson & Johnson (J&J) pada Rabu muncul sebagai pengeluar ubat terbaru yang memulakan usaha membangunkan vaksin bagi novel koronavirus yang sehingga kini mengorbankan lebih 100 orang di China sewaktu pihak berkuasa kesihatan bertungkus-lumus mengawal penularan wabak tersebut.


J&J berkata, program vaksin itu akan mengguna pakai teknologi sama yang digunakan bagi membangunkan vaksin eksperimental Ebola yang kini digunakan di Republik Demokratik Congo dan Rwanda.


Tiga pasukan penyelidik berlainan yang disokong oleh gabungan antarabangsa yang diwujudkan bagi memerangi penyakit berjangkit minggu lepas berkata, mereka akan mula bekerja membangunkan vaksin untuk koronavirus.


Penyelidikan akan dijalankan oleh pengeluar ubat Moderna, Inovio Pharma dan satu pasukan di Universiti Queensland, Australia.

  
Minggu lepas Gilead Sciences berkata, ia kini sedang menilai sama ada rawatan eksperimental Ebola boleh digunakan terhadap koronavirus.


J&J juga berkata, ia menyumbang ubat HIV Prezcobix kepada China untuk digunakan dalam penyelidikan bagi mencari penyelesaian untuk wabak berkenaan.


Amerika Syarikat dan Jepun membawa pulang rakyatnya dari bandar raya Wuhan yang dikuarantin, sementara British Airways menghentikan penerbangan ke China sewaktu angka kematian akibat jangkitan virus itu melonjak kepada 133 orang dan seorang pakar ekonomi kerajaan meramalkan kesan besarnya ke atas ekonomi.



Jangkitan koronavirus boleh membawa kepada masalah pernafasan, yang boleh menjadi teruk serta membunuh seperti Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dan Sindrom Pernafasan Akut dan Teruk (SARS).

Sumber:

0 comments:

share2