Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 29, 2020

[JERANTUT] 542 TERIMA WATIKAH LANTIKAN PENGERUSI JKKK



JERANTUT - Seramai 58 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung (JKKK) daerah Jerantut yang baru dilantik hadir menerima watikah perlantikan mereka.
.
Watikah tersebut telah disampaikan oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy bin Wan Ismail dalam Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Pahang bersama Kepimpinan Masyarakat di sini hari ini.
.
Dato Sri Wan Rosdy turut memaklumkan bahawa pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah mengeluarkan 542 watikah lantikan Pengerusi JKKK bagi seluruh negeri Pahang.
.
"Selain itu juga, saya turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM290,000 kepada JKKK daerah Jerantut bagi membiayai pentadbiran dan program-program.
.
"Tahniah saya ucapkan kepada semua yang telah menerima lantikan baru Pengerusi JKKK dan jalankanlah tugas dengan penuh adil dan intergriti," katanya.
.
Sebagai rekod, Kerajaan BN Pahang kembali mewujudkan JKKK bagi menggantikan MPKK yang telah dimansuh oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini.
.
#MajuTerusPahang
#Pahang1st
#PahangKuMedia
#JihadMediaSosial

0 comments:

share2