Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, October 14, 2019

[KUANTAN] UCYP ANJUR SEMINAR UNTUK MEMUPUK SERTA MEMBERI KESEDARAN TENTANG TEKNOLOGI 5G






Bertempat di Auditorium UCYP, Kampus Utama Tanjung Lumpur satu majlis telah berlangsung di hadapan 300 orang peserta yang terdiri dari kalangan warga industri dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Pahang.

Majlis tersebut telah disempurnakan Oleh Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Teknologi Hijau, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang YB Dato' Mohammad Fakhruddin Bin Mohd Ariff.

Turut hadir, Naib Canselor UCYP, YH. Profesor Emeritus Dato' Dr. Ahmad Zainuddin.

Seminar ini adalah satu inisiatif Fakulti Sains & Teknologi UCYP bagi tujuan untuk memupuk serta memberi kesedaran tentang teknologi 5G yang bakal dilaksanakan menjelang tahun 2022 kepada pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) dan warga industri.

Bagi memastikan lagi matlamat seminar ini berjaya, Fakulti Sains & Teknologi UCYP telah merangka dua slot ceramah bagi merungkai dengan lebih terperinci tentang perlaksanaan, evolusi dan resolusi 5G.

Antara pakar-pakar teknologi yang hadir berkongsi pandangan dan pencerahan tentang 5G ini adalah Prof. Dr. Thare Abd Rahman, Profesor di UTM dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan En. Khor Yew Shin, Senior Strategist of Digital & Technology Department Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd.

Antara objektif perlaksanaan seminar ini adalah untuk:

  1. Memberi kesedaran mengenai pengetahuan dan isu teknologi 5G
  2. Mengukuhkan hubungan antara rakan industry dan institusi akademik
  3. Untuk bekerjasama dengan rakan industri mengenai program berkaitan akademik

Selain itu, seminar ini mendapat kerjasama daripada syarikat peralatan telekomunikasi gergasi HUAWEI Teknologi (Malaysia) dan mendapat sokongan penuh dari Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) dalam memberikan pendedahan kepada industri serta para pelajar sekolah dan IPT.

Pelbagai aktiviti turut dijalankan bagi seminar ini antaranya adalah seminar kesedaran media sosial, pertandingan rekaan poster 5G serta pameran booth daripada pelbagai agensi telekomunikasi dan teknologi.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan rekaan poster 5G.









0 comments:

share2