Kuala Lumpur, 10.1.2019. Pemilihan Ramli Mohd Noor diumumkan Timbalan
Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Berikut adalah profil beliau:
ACP (Bersara) G/10460 Ramli Bin Dato’ Mohd
NorRamli Mohd Noor
Asisten Komisioner Polis Bersara (ACP
Bersara) Ramli Bin Dato’ Mohd Nor dilahirkan pada 01hb Oktober tahun 1958 di
Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor.
Ayahanda beliau berketurunan Orang Asli
Semenanjung dari suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang manakala bondanya
suku kaum Termiar, Gua Musang Kelantan. Beliau merupakan Pegawai Kanan Polis
berketurunan Orang Asli Semenanjung yang menyandang pangkat tertinggi dalam
perkhidmatan Polis Diraja Malaysia buat ketika ini. Beliau telah bersara wajib
daripada perkhidmatan Polis
DiRaja Malaysia pada
tarikh 01 Oktober 2018.
Atas mengenang jasa-jasa beliau kepada
bangsa, Negara dan agama semasa berkhidmat dalam PDRM, DYMM Sultan Pahang telah
menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada beliau yang membawa
gelaran Dato’ selepas beliau bersara.
Dari sudut aktiviti kemasyarakatan, beliau
merupakan seorang penggerak dakwah Islamiah di kalangan masyarat Orang Asli
Cameron Highlands dan beliau sendiri telah membawa lebih 20 Orang Asli untuk
memeluk agama Islam. Beliau merupakan pengasas pergerakan Umno di kalangan
masyarakat Orang Asli Cameron Highlands selepas beliau bersara dari PDRM.
Kelulusan Akademik
1. Candidate PhD in Business (IUMW)
International University Malaya-Wales
2. Master in Public Administration (OUM) with Distinction
Open University Malaysia
(Chancellor Award)
3. Bachelor of Arts in Business Studies (Hons) (First Class)
University of East London U.K.
(UEL)
4. Diploma in Police Science (UKM)
National University of Malaysia
5. Diploma in Public Administration (ITM)
Mara Institute of Technology
Malaysia
6. Certificate in Criminal Justice Education, University of
Virginia VA. USA
7. Federal
Bureau of Investigation (FBI) National Academy
Graduate 244th Session, Quantico,
Virginia USA
Anugerah Dan Pingat
Awarded by Ketua Polis Negara
2.‘Bintang Panglima Pasukan
Polis’ (Pg.PP) 2017
Awarded by His Royal Highness
Yang DiPertuan Agong
Malaysia
3.‘Bintang Kesatria Mangku Negara’ (KMN) 2016
Awarded by His Royal Highness
Yang DiPertuan Agong
Malaysia
4. ‘Pingat Pekerti Terpilih’ (PPT), NS 2008
Awarded by His Royal Highness
Yang DiPertuan Besar
Negeri Sembilan
5. ‘Pingat Ahli Mangku Negara’ (AMN) 2007
Awarded by His Royal Highness
Yang DiPertuan Agong
Malaysia
6. ‘Bintang Pahlawan Pasukan Polis’ (PPP) 2005
Awarded by His Royal Highness
Yang DiPertuan Agong
Malaysia
0 comments:
Post a Comment