Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 10, 2013

PELANCARAN LORI 'GLAMOUR' PAS



Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan pelancaran lori 'glamour' PAS yang berkemungkinan akan dilancarkan di merata tempat di Negeri Pahang. Khabarnya lori 'glamour' PAS akan dilancarkan di Dun Damak oleh YB Salihuddin Ayub.

Sebenarnya tiada apa yang menarik dengan lori 'glamour' PAS kerana ianya hanya sebuah lori yang dijadikan pentas untuk berceramah. Lori 'glamour' PAS hanya dijadikan tarikan untuk orang ramai datang mendengar ceramah sahaja.

Sebelum ini PAS telah melancarkan lori treler 'glamour' (seperti gambar di atas), tinjauan yang dilakukan sehingga di Negeri Selangor mendapati tiada apa yang menarik selain ianya hanya dijadikan pentas menabur untuk janji-janji manis dan mencaci maki pemimpin dan kerajaan BN. 

Lori treler yang bersaiz besar ini sekiranya dari sumber derma wang rakyat maka ianya adalah satu pembaziran wang rakyat dan tidak memberi sebarang keuntungan kepada rakyat. Malahan lori treler ini bukan boleh memasuki jalan kampung-kampung yang sempit. Jadi jelas menunjukkan lori ini hanya untuk 'glamour' sahaja. Orang ramai diharap tidak terpedaya dengan pelancaran lori 'glamour' PAS di tempat anda sekiranya ada. 


3 comments:

  • Anonymous says:
    March 10, 2013 at 7:03 PM

    hasil kutipan derma dlm tin milo ke ape ni? atau DAP sponsor nuar bayau? Tu yg sayang sgt Hj Hadi kat nuar tu, dibodoh2kan pun tak melawan, hehehe

  • Anonymous says:
    March 10, 2013 at 7:14 PM

    puak pas memang suka glamor..tu pasal banyak artis masuk dalam pas

  • Jeepers Creepers says:
    March 10, 2013 at 8:08 PM

    ni semua dana yahudi

share2