Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 10, 2013

LIWAT 2 BANGKIT SEMULA - KISAH BAPA YANG MENCARI FAEDAH ATAS SENGSARA ANAK SENDIRI

 Saiful bersama ayahnya yang akhirnya mengkhianatinya kerana $$$

Tiba-tiba dengan tak disangka-sangka, kes liwat 2 bangkit semula. Azlan Mohd Lazim, bapa kepada Mohd Saiful Bukhari membuat kenyataan bahawa anaknya dipergunakan dan tuduhan kepada Anwar adalah fitnah.

Kenapa Azlan yang hadir bersama anaknya ketika Saiful membuat kenyataan bersumpah laknat bahawa beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim tiba-tiba bertukar pendirian? Apakah dahulunya dia percaya anaknya diliwat tetapi kini sudah tidak mempercayainya lagi? Apa yang membuatkan kenyataan dan pendiriannya bertukar?

Kenapa Azlan tidak menentang ketika anaknya bersumpah diliwat dulu? Ada penyokong pembangkang berkata tidak mungkin seorang bapa akan khianati anaknya sendiri jika benar Saiful diliwat. Tetapi banyak juga kita dengari kes-kes bapa merogol anaknya sendiri, jadi khianati anak sendiri bukan perkara mustahil dalam kes Saiful.

Ketika membuat pengakuan, Saiful bersumpah laknat bahawa dia liwat oleh Anwar Ibrahim. Kenapa bapanya tidak bersumpah pula bahawa anaknya tidak diliwat sama sekali tetapi dipergunakan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim?

Kenyataan Azlan hanyalah anaknya, Saiful telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim. Beliau tidak sama sekali menyebut tentang Saiful diliwat atau tidak. Bermakna beliau juga tidak menafikan bahawa Saiful memang diliwat dan beliau mengetahuinya dengan pasti.

Pemimpin pembangkang itu juga sedar keadaan ini, dan ini sebenarnya hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat berkenaan isu dakwaan akhbar Filipina mengenai penglibatan pemimpin pembangkang dengan pencerobohan Sabah.

Malangnya para Ulamak dan pemimpin Pas masih berdiam diri. Apakah mereka sanggup menanggung segala dosa dengan mengkhianati rakyat dengan menyembunyikan kebenaran mengenai Anwar Ibrahim? Itulah petanda bahawa umalak Pas sanggup mengadai agama demi kepentingan peribadi dan politik sempit mereka.

Rakyat Pahang sudah bertekad akan menolak pembangkang dalam PRU kali ini. Rakyat Pahang tolak Pas, rakyat Pahang tolak PKR dan rakyat Pahang tolak DAP dulu, kini dan selama-lamanya.

0 comments:

share2