Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 10, 2013

TAMRIN GHAFAR 'TIDAK LAKU' DI PAHANG




Tamrin Ghafar ‘gagal’ dalam siri Jelajah ke beberapa lokasi di Negeri Pahang baru-baru ini. Bukan itu sahaja, orang ramai naik hairan bagaimana anak tokoh pemimpin negara Allahyarham Tun Ghafar Baba boleh berada di pentas pembangkang sedangkan puak-puak pembangkang seperti inilah yang menghina bapanya satu ketika dulu.

Masih segar diingatan bagaimana liciknya Anwar Ibrahim menyingkirkan Ghafar Baba orang nombor 2 negara yang merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negara puluhan tahun lamanya malahan sejak menuntut kemerdekaan lagi. Tamrin Ghafar seolah-olah menganggap peristiwa mencantas perjuangan bapanya oleh individu bernama Anwar Ibrahim tidak pernah berlaku. Tamrin Ghafar boleh diumpamakan seperti ‘Si Tanggang Moden’.


Sungguh melucukan apabila Pakatan Pembangkang ‘memikul’ Tamrin Ghafar ke hulu hilir dalam siri ceramah di Pahang baru-baru ini, beliau sudah lama keluar daripada UMNO tetapi pembangkang masih minta beliau dedahkan kenapa beliau keluar daripada UMNO. Ini menunjukkan pembangkang sudah kering idea kerana Tamrin bukan semalam atau bulan lalu keluar daripada UMNO. Pembangkang sudah terdesak agaknya sehingga sanggup kitar semula isu lama.

Tamrin Ghafar sekiranya berani pergilah ke Lahad Datu, jangan hanya pandai mengkritik pasukan keselamatan sahaja. Tamrin Ghafar sepatutnya beri semangat kepada pasukan kreselamatan yang masih berjuang di perbatasan.

Semoga Tamrin Ghafar terbuka hati dan kembali ke pangkal jalan, Tamrin Ghafar kini sedang dipergunakan oleh pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim bagi membuktikan kepada masyarakat bahawa beliau tidak pernah ada masalah dengan Tun Ghafar. Sekiranya Tamrin Ghafar sudah tertutup hati, bak kata sesetengah veteran UMNO : “Pemimpin begini tidak diperlukan dalam UMNO kerana tidak bermaruah, tidak konsisten, gadai prinsip perjuangan dan mengutamakan kepentingan peribadi”.

0 comments:

share2