Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 9, 2013

TIAN CHUA BIADAP TAKUT KE SABAH?


MELAKA 9 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara. 

Beliau berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.

"Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati?

"Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu," katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini hari ini. (Sumber: Utusan Malaysia Online)
---------------------------------------------------------

Kita sangat dukacita, Tian Chua bermulut celupar memainkan isu keselamatan dan nyawa dengan mengatakan isu Lahad Datu adalah sandiwara. Keselamatan negara bukan barang mainan dan nyawa tidak boleh dijual beli. Jika berani pergilah ke Lahad Datu berperang menentang penceroboh-penceroboh.

Kenyataan biadap Tian Chua ini telah menyinggung perasaan keluarga wira negara yang terkorban, anggota keselamatan yang sedang bertugas atau bersara.  Jelas sekali Tian Chua tidak sensitif sehingga sanggup mempersendakan keselamatan negara dan nyawa anggota keselamatan yang terkorban. Pakatan Pembangkang semua benda mahu dipolitikkan.


0 comments:

share2