Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 9, 2013

AWAS JANJI TIN KOSONG PEMBANGKANG











Pakatan Pembangkang hanya pandai tabur janji kemudian pandai pula memungkiri janji. Bila kerajaan berjanji dan menepati janji maka pembangkang mula gelabah dan menuduh kerajaan itu dan ini.

Rakyat harus faham bahawa BR1M diberikan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa mengira latar belakang kaum dan ideologi politik. Kerajaan tidak memaksa sesiapa sahaja untuk mengambil BR1M, sekiranya tidak mahu janganlah ambil. Malang sekali ada yang mengambilnya kemudian caci maki dan kutuk penerima BR1M dan kerajaan. BR1M bukan bertujuan untuk memancing undi dan rasuah politik sebagaimana dakwaan pembangkang.

Semoga penyokong pembangkang celik mata dengan janji-janji manis pembangkang yang menggunung kemudian tidak mampu menunaikannya, ibarat memukul tin kosong, bunyi sahaja kuat tetapi tiada apa-apa.

Pakatan Pembangkang kini sedang sibuk menabur janji-janji kosong dan janji-janji manis dalam ceramah-ceramah dan kempen-kempen serta manifesto-manifesto mereka di mana-mana sahaja. Janji-janji manis itu belum tentu dapat ditunaikannya. Lihatlah apa yang berlaku di negeri bawah Pakatan Pembangkang, rakyat bangkit menuntut janji-janji pilihan raya lalu. Adakah kita mahu senasib seperti mereka. Fikir-fikirkanlah..

0 comments:

share2