Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 9, 2013

HANGAT: DEMO BANTAH PAKATAN DI KUANTAN



Kuantan - Kira-kira hampir 300 orang yang mewakili beberapa NGO dan selaku individu yang prihatin telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman bagi mengutuk Tian Chua yang menghina pengorbanan anggota keselamatan dalam serangan pengganas di Lahad Datu baru-baru ini.

Mereka berhimpun di sekitar Padang MPK 2 dan kemudiannya berarak disepanjang jalan berhampiran dengan disaksikan lebih 400 orang yang berada disana ketika itu termasuk mereka yang melalui kawasan berkenaan dengan kenderaan.

Mereka yang berhimpun itu mengutuk Tian Chua yang menghina anggota keselamatan sedangkan ada dikalangan mereka telah terkorban kerana mempertahankan bumi berdaulat ini. Bahkan rakyat merasa sebak dan marah kepada kumpulan penceroboh berkenaan berikut penemuan mayat anggota keselamatan yang diperlakukan tanpa berperikemanusiaan.

Rakyat Malaysia akan tetap menyokong dan berdiri teguh dibelakang kerajaan yang memerintah dalam mempertahankan kedaulatan negara. Mereka yang berdemo itu juga turut menuntut pihak berkenaan menyiasat dalang disebalik pencerobohan pengganas berkenaan yang mengorbankan banyak nyawa anggota keselamatan yang tidak berdosa serta mengecam Pakatan Pembangkang yang seakan menyokong keganasan.

















0 comments:

share2