Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 2, 2016

TERENGGANU SETUJU BERI CUTI PERISTIWA 10 JULAI


Ahmad Razif Abd Rahman


Kuala Terengganu - Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada hari Ahad, 10 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam di negeri ini sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Rabu, 6 Julai.

Bagaimanapun Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai.

Menurutnya, langkah yang dimbil itu mengikut sebagaimana pengumuman kerajaan persekutuan sebelum ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, yang memberikan pelepasan khas pada Jumaat, 8 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam Persekutuan sekiranya Aidilfitri diisytiharkan pada 6 Julai ini.

"Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan cuti peristiwa pada 10 Julai ini kepada pegawai perkhidmatan awam di negeri ini sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan jatuh pada hari Rabu, 6 Julai.

"Namun pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai. Diharapkan dengan pemberian cuti ini akan memudahkan meraikan sambutan hari raya. 

"Terutama kepada perantau dan anak-anak perantau yang bekerja di Terengganu untuk pulang berhari raya bersama keluarga masing-masing. Pada masa yang sama, secara tidak langsung, elak berlaku kesesakan lalulintas apabila masing-masing berlumba-lumba untuk balik dengan tambahan sehari lagi cuti," katanya.


0 comments:

share2