Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 20, 2016

ADA PARTI PEMBANGKANG AKAN MASUK BN?


BN


Kuala Lumpur - Parti Amanah Negara (Amanah) menjangkakan berlaku penjajaran semula dalam struktur politik tanah air menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, dalam tempoh kira-kira dua tahun sebelum pilihan raya ini, berkemungkinan akan ada parti politik pembangkang menyertai BN.

“Barangkali akan ada pembangkang yang bersama dengan BN dan ada di kalangan (parti dalam) BN juga yang akan bersama dengan pembangkang sekali gus akan berlaku penjajaran semula dalam politik menjelang pilihan raya,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Online.

Namun beliau tidak menamakan mana-mana parti pembangkang yang berpotensi melakukan lompatan itu.

Melihat situasi semasa di mana penyokong pembangkang yang berpecah dua iaitu menyokong dan menolak Deklarasi Rakyat yang dibawakan bekas Perdana Menteri, Mat Sabu tidak melihat perkara itu sebagai suatu masalah.

“Tiada masalah, berapa kumpulan yang ada pun. Apa yang penting, kita melihat soal menghadapi pemerintah yang rasuah dan menyeleweng. Ini mesti dilihat rakyat sebagai satu perkara yang perlu untuk mereka bersatu.

“Ini yang perlu diusahakan. Menjelang pilihan raya, kita ada mungkin hampir dua tahun lagi. Mungkin setahun setengah. Kita ada masa untuk menyatukan semua pihak semula,” katanya.


1 comments:

  • Anonymous says:
    May 25, 2016 at 4:30 PM

    Mat Sabu bercakap tetang rasuah. Apakah Mat Sabu itu se bersih manusia. Cakap orang politik dengar boleh, percaya, pergi main jauh-jauh.

share2