Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 16, 2011

DUN KERDAU: HJ. SUHAIMI ATAU TUAN IBRAHIM TUAN MAN ?


Hj. Suhaimi Said: 
Telah banyak jasa dan pengorbanan yang dilakukannya di Parlimen Kuala Krau selama ini, apakah hendak dibiarkan Pas mengkhianatinya pula?


Perebutan sebagai calon PRK DUN Kerdau sudah bermula. Blogger Braveheart berpandangan bahawa calon yang sesuai dan berpeluang menang bagi pakatan pembangkang adalah Hj. Suhaimi Said, Pengerusi PKR Cabang Kuala Krau. (Klik Sini).  Namun blogger pro Pas melihat calon yang layak adalah dari parti Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man. (Klik Sini)  Hahaha! Nampaknya mereka benar-benar berebut untuk mengembangkan kuasa masing-masing.

Pada dasarnya, sepatutnya Pas akan memberikan peluang ini kepada PKR pula memandangkan kebanyakan PRK kebelakangan ini diwakili oleh Pas. Bermula dari Galas, Tenang dan tidak lama lagi Merlimau. Selain itu, rekod sentiasa kalah Pas sudah sangat memburukkan parti itu dan pakatan rakyat keseluruhannya.

Ada pihak beranggapan bahawa penolakan DAP dan PKR mengemukakan calon mereka di Merlimau adalah juga kerana mengelak dari dimalukan oleh BN akibat dari gelombang kebangkitan sokongan BN akhir-akhir ini. Apa pun, masih terlalu awal untuk menuduh Pas adalah Parti yang tamakkan kuasa sehinggalah mereka benar-benar berkeras dan meletakkan calonnya di DUN Kerdau.

Jika Pas masih berdegil dan meletakkan calonnya di Kerdau, mungkinkah calon dari PKR akan mencuba nasibnya untuk bertanding sebagai calon bebas? Kenapa tidak Hj. Suhaimi yang lebih berpengaruh itu mencuba nasibnya di Kerdau?  Dalam politik, segalanya mungkin!


1 comments:

  • Anonymous says:
    February 16, 2011 at 3:02 PM

    JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

    • Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

    • Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

    • Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
    • Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

    • Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

    • Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

    • Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

share2