Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 24, 2019

UCYP, KYP JALIN KERJASAMA DENGAN YAYASAN KRU DALAM BIDANG SENI KREATIF








Satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UCYP, KYP dan Yayasan KRU telah diadakan semalam di Kampus Utama UCYP, Tanjung Lumpur.

Dalam majlis itu Naib Cancelor UCYP, Prof. Emeritus Dato' Dr. Ahmad bin Haji Zainudddin telah mewakili pihak UCYP dan Presiden Yayasan KRU Dato' Norman bin Abdul Halim telah mewakili pihak Yayasan KRU.

Turut sama dalam majlis berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengelola UCYP, Tan Sri Dato' Sri Dr. Noorul Ainul Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU En. Noor Hafeez bin Noor Hashim sebagai saksi.

kerjasama strategik dua (2) identiti korporat ini merupakan langkah yang tepat dengan tawaran program pengajian seni kreatif yang ditawarkan di peringkat Diploma dan Ijazah di institut itu selain daripada meningkatkan kemahiran seni kreatif di kalangan mahasiswa UCYP dan KYP.

UCYP merupakan institut ketiga yang menandatangi memorandum dan merupakan yang pertama luar dari Lembah Kelang menurut Dato' Norman ketika ditemubual dalam sidang media.

Dato' Norman juga memaklumkan sebanyak 2 tawaran akan diberikan kepada mahasiswa dari UCYP dalam Program Seni Kreatif.

Antara objektif kerjasama ini adalah mewujudkan hubungan antara pelajar UCYP dengan Yayasan KRU dan Akademik KRU.

Selain itu kerjasama ini juga akan membantu pelajar untuk mendapatkan geram dari Yayasan KRU serta menjadi seorang usahawan yang Berjaya.

Menerusi kerjasama strategik yang dilakukan, ia dilihat mampu memberikan ruang yang terbaik kepada mahasiswa UCYP dan KYP untuk meneroka lebih banyak peluang dan pengalaman yang bakal diperoleh bersama Yayasan KRU terutama di dalam bidang seni kreatif.

Satu Sesi perkongsian juga telah diberikan oleh Dato' Norman kepada lebih 350 pelajar UCYP dan KYP. Beliau turut berkongsi ilmu dan pengalaman beliau di dalam industri seni kreatif.


0 comments:

share2