Shah Alam - Kesemua kakitangan dan orang awam yang berada di Kompleks Mahkamah Shah Alam diarah mengosongkan bangunan selepas kakitangan mahkamah menerima panggilan bom pada pukul 11.30 pagi ini.
Difahamkan, panggilan itu diterima operator pagi ini daripada seorang individu yang mahu meminta untuk disambungkan kepada pentadbiran mahkamah.
Menurut salah seorang pengawal mahkamah, selepas mengetahui panggilan bom itu, pengurusan mahkamah segera mengarahkan semua keluar dari bangunan.
Pegawai polis kelihatan sedang menjalankan pemeriksaan siasatan berhubung panggilan bom tersebut.
Bukan ke Rapizi dibicarakan ari nie kat situ.