Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 12, 2012

ISU SISA LYNAS - PENGAJARAN UNTUK WARTAWAN CINA YANG TIDAK FAHAM BAHASA

DSD Adnan Yaakob menjelaskan isu berkenaan salah faham wartawan akhbar Sin Chew


1. 'PahangKu' mempertahankan tindakan MB Pahang, DSD Adnan Yaakob dalam isu yang dikatakan beliau melenting terhadap soalan seorang wartawan akhbar Cina. Kenyataannya dalam satu sidang akhbar selepas beliau meresmikan Karnival Buku Pahang 2012 di Hotel Zenith, Kunatan baru-baru ini.

2. Isu berkenaan timbul apabila seorang wartawan akhbar Sin Chew menyakan soalan yang berbentuk kontroversi yang kononnya MB Pahang sebelum ini menyatakan bahawa MB mengumumkan mencadangkan membuang sisa Lynas ke Sungai Lembing. (Klik Sini)

3. Wartawan berkenaan tidak ada ketika pernyataan mengenainya dibuat sebelum itu, justeru itu beliau tersalah faham dan salah lapor mengenai kenyataan berkenaan. (Sila rujuk klip video diatas, penjelasan DSD Adnan Yaakob mengenai isu berkenaan)

4. Apakah niat sebenar wartawan berkenaan memprovokasikan isu sisa Lynas dalam soalannya kepada MB Pahang dalam sidang akhbar berkenaan? Apakah ini satu usaha terancang pihak tertentu dalam mengeruhkan suasana serta mengambil kesempatan terhadapnya kelak?

5. Kenapa isu MB Pahang yang dikatakan 'memarahi' wartawan berkenaan diperbesar-besarkan? Apakah tidak pernah sebelum ini pemimpin pembangkang menengking dan bertindak kasar terhadap wartawan? Kenapa apabila mereka yang lakukan isu ini tidak dibangkitkan? (Baca Sini)

6. Bahkan ada pemimpin pembangkang memarahi dan menganggap wartawan sebagai pelacur (Baca Sini) Tetapi kenapa pihak tertentu hanya diamkan diri dan merelakannya begitu saja?

7. Justeru tindakan MB Pahang 'mengajar' dan 'menyekolahkan' wartawan Cina yang bebal dan tak faham bahasa Melayu ini disokong dan dipertahankan. Baca pandangan blog Sanggah Tok Janggut yang menulis dengan lebih hangat dan pedas  - (Klik Sini)

0 comments:

share2