Kinabatangan - Sebanyak 320 orang daripada 80 keluarga hilang tempat tinggal selepas perumahan pekerja Ladang Tung Hup di sini mengalami kerosakan akibat dilanda ribut pada petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A. Sahak Rahmat berkata polis menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 2.20 petang.
Katanya hujan lebat dan angin kencang tersebut juga telah meranapkan bumbung tapak semaian kelapa sawit dan bangunan kilang di kawasan ladang tersebut.
Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata mangsa terlibat menumpang di rumah jiran dan ditempatkan di rumah kosong berhampiran untuk sementara waktu.
0 comments:
Post a Comment