Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 11, 2015

KISAH PENIAGA NASI LEMAK YANG BERJAYA SELEPAS DIBUANG KERJA




UNTUK maklum anda, kisah yang ingin kami kongsikan ini diceritakan oleh anak kepada usahawan ‘Nasi Lemak To You’ yang menggunakan nama akaun Encik Mizie menerusi laman Facebook.

Apa yang dilalui oleh usahawan nasi lemak di Johor ini layak dijadikan sumber inspirasi buat pembaca supaya percaya bahawa rezeki ada di mana-mana jika kita sentiasa berusaha.

Kami percaya, kini usahawan Nasi Lemak To You ini boleh tersenyum lebar apabila telah melepasi saat getir hidupnya suatu ketika dahulu apabila tiada pekerjaan.




Malah, dengan rezeki penjualan nasi lemak, ibu kepada Encik Mizie sudah mampu membeli rumah dan memiliki sebuah lori.

Sesungguhnya, peribahasa ‘berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’ ini amat sesuai menggambarkan kesusahan dan kejayaan yang dikecapi usahawan wanita ini.

Ikuti kisah Encik Mizie…

Mak saya dulu kerja kilang, kilang tutup, dia buat kuih tart nenas untuk jual. Kawan mak suruh niaga nasi lemak, dia bagi tempat niaga percuma untuk niaga pagi, malam orang tu niaga pula. Mak saya x ada buat pinjaman apa2, niaga sikit-sikit sampai orang kenal dan banyak kawan.

Ada pelanggan mahu bantu untuk mak saya dapat bantuan percuma dari MCA, dapat lah deep freezer, mesin giling cili, mixer besar.

Duit untung dapat dah beli rumah, dan beli lori kecil baru. Mak jual sendiri dan hantar kedai kopi cina. Mak saya kata, kalau tahu niaga untung, tidak lah kerja kilang. hahaha.. Adik saya pun banyak bantu untuk promosi jual nasi lemak, dapat order dari sekolah dan kilang, branding ‘Nasi Lemak To You’.

Semoga kisah usahawan Nasi Lemak To You ini menjadi inspirasi dan taulan buat semua.




0 comments:

share2