Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 10, 2014

SAYA TIDAK PERNAH GUNA BAHAN TERLARANG - CHONG WEI




Kuala Lumpur: Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menegaskan beliau tidak pernah menggunakan bahan terlarang sepanjang kerjayanya sebagai ahli sukan.

"Saya tak pernah menipu dan saya juga tidak akan sekali-kali bergantung pada bahan terlarang," kata pemain itu dalam laman Facebooknya hari ini.

Chong Wei berkata terdapat banyak soalan yang belum terjawab berhubung ke situ dan berharap akan dapat membersihkan namanya dengan secepat mungkin.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mempercayai saya pada saat-saat yang memeritkan ini," katanya.

Chong Wei disahkan positif menggunakan bahan terlarang dikenali sebagai 'dexamethasone' dalam ujian yang dilakukan terhadap 'Sampel B' di Hospital Universiti Oslo di Norway, Rabu lalu.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria memberitahu sidang media semalam bahawa beliau menerima keputusan rasmi itudaripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Khamis.

Chong Wei dilaporkan gagal dalam ujian dadah pada Kejohanan Badminton Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.

0 comments:

share2