Port Dickson – Polis Port Dickson memburu dua lelaki geng Ronnie termasuk ketua kumpulannya dipercayai suspek kejadian beberapa kes samun bersenjata membabitkan premis perniagaan salon kecantikan, kedai runcit dan hotel budget di sekitar Port Dickson sejak April lalu.
Ketua geng Ronnie dikenali sebagai Muhammad Zulkefli Tedong Abdullah, 30, alamat terakhir adalah di Lot 1492 Taman Site C, Chuah dan seorang lagi suspek dikenali sebagai K Paramasivam, 28, dan alamat terakhirnya adalah di nombor 135, Jalan Desa Rusa 2, Taman Desa Rusa Port Dickson.
Ketua Polis daerah, Superitendan Baharudin Mustapha berkata, terdahulu polis terlah kejayaan memberkas tiga ahli kumpulan berkenaan pada 4 dan 5 Julai lalu.
Menurutnya, dengan tertangkapnya geng Ronnie ini, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes samun di sekitar Port Dickson.
"Polis yakin kedua-dua suspek ini masih berada di Port Dickson dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di talian 06-647 2222 atau menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
0 comments:
Post a Comment