Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 18, 2019

REBUT JAWATAN PM, KEBEJATAN MORAL... JANGAN HERET RAKYAT, RAKYAT SUDAH BOSAN






Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwanddin Hamzah berkata rakyat semakin bosan dan bertambah bosan dengan perangai yang ditunjukkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Ini kerana katanya, pemimpin PH masih lagi bergelut dengan polemik jawatan perdana menteri dan isu kebejatan moral segelintir pemimpinnya.

“Rakyat mahukan isu ringgit diperbaiki dengan segera dan isu ekonomi rakyat, barangan harga yang semakin naik tidak ada sebarang tindakan dari pihak berwajib.

“Rakyat mahu segerakan isu beban rakyat diselesaikan seperti petani, nelayan dan peneroka semakin miskin di tanah sendiri… Apa janji kamu kepada rakyat seperti tol, minyak dan lain-lain seperti kamu janjikan.

“Bukan isu siapa perdana menteri dan siapa yang meliwat atau diliwat… Rakyat tidak mahu video lucah didendangkan,” ujarya dalam catatan di Facebook.

Tegas Pengerusi Gagasan Tiga itu sekali lagi, kemelut perebutan jawatan yang berlaku antara pemimpin-pemimpin PH bukan urusan rakyat.

“Jangan heret rakyat soal isu peribadi kamu… Rakyat sudah bosan,” bidasnya.


0 comments:

share2