Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 19, 2019

MAZLAN RAMLI @ TOKKI MENERIMA ANUGERAH USAHAWAN CEMERLANG BENTONG




BENTONG, 19.6.2019 :  Mazlan Ramli Mazlan Bin Ramli atau lebih di kenali dengan nama terkenalnya Tokki telah menerima Anugerah Usahawan cemerlang atas pencapaian perniagaan lemangnya dalam program Program Seminar Halal dan Jamuan Aidilfitri di Pejabat Pertanian Bentong.


Penyampaian Sijil dilakukan oleh YB Dato Sri Ir Hj Mohd Soffi bin Tan Sri Abdul Razak Exco Pertanian Negeri Pahang dan turut hadir YB Adun Ketari Young Syefura binti Othman.


60 Orang peserta menyertai program ini dan ramai berpendapat  program seperti ini hendaknya sentiasa di jayakan dan diutamakan lebih-lebih lagi berkaitan dengan penghasilan barangan atau produk HALAL.


Program ini bukan sahaja di sertai oleh penganut Agama Islam malah turut serta beberapa orang bukan Islam.  Ini sedikit sebanyak dapat menerangkan kepada bukan Islam bertapa pentingnya penghasilan makanan daripada sumber yang bersih, suci dan terjaga. Bukan itu sahaja malah mereka juga dapat mengetahui bahawa produk Islam ini dijaga kebersihannya dan di perhalusi  bukan sahaja dari segi barangan atau produk tetapi dari semua aspek.




SUMBER:
Pelapor dan gambar oleh :
Muhammad Zulfiqar Bin Ali Sabri
(PRO DUN KETARI)



0 comments:

share2