4.6.2015 - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob merasmikan tapak Loji 2-Ethylhexanoic Asid BASF Petronas di kawasan perindustrian Gebeng pagi tadi.
Antara lain dalam ucapannya beliau menyatakan kerajaan negeri gembira dengan tahap pelaburan yang datang dan melabur di negeri Pahang.
Perindustrian di Gebeng telah memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 48 ribu orang dengan nilaian pelaburan sebanyak 2 billion ringgit setahun. Dalam jangka masa 2003 - 2009 dianggarkan sebanyak 20 billion ringgit nilai pelaburan.
Tambahnya, kerancakan pembangunan ekonomi di Kuantan boleh juga diukur dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang berkembang pesat umpamanya perniagaan hotel yang makin bertambah dan menguntungkan. Selain itu perniagaan-perniagaan lain juga turut berjalan rancak.
Menyentuh tentang pencemaran akibat dari perlombongan bijih besi dan bauksit, beliau menyatakan bahawa kerajaan memandang serius perkara berkenaan. Beliau juga berharap isu berkenaan akan dapat diselesaikan dalam waktu terdekat dengan kerjasama bersepadu agensi-agensi berkenaan termasyuk JPJ, SPAD, MPK, PTG dan Polis yang mengadakan sekatan-sekatan jalan-raya.

0 comments:
Post a Comment