10 SEBAB KENAPA WONG TACK HARUS DIKUTUK:
1. Himpunan
Hijau sebelum ini menafikan didalangi oleh mana-mana parti politik
tetapi kini Presiden
Himpuan Hijau itu telah diistihar sebagai calon Parlimen
Bentong. Menunjukkan Himpunan Hijau dan Anti Lynas adalah bermotif politik sejak
dari awal lagi.
2.Wong Tack belum meletak jawatan sebagai Presiden Himpunan Hijau, beliau perlu
meletakkan jawatan dengan segera kerana Himpunan Hijau dianggap sebuah NGO
bebas yang tidak dikuasai mana-mana ideologi politik
parti.
3.Wong
Tack sebelum ini menentang Projek Lynas dan sanggup
membakar kilang itu
jika terus beroperasi, kini menyatakan kesediaan membenarkan
operasi kilang nadir
bumi itu jika disahkan selamat.
4. Pendirian
Wong Tack berubah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim mengubah
pendirian ketika
bercakap kepada portal berita The Sydney Morning Herald (SMH),
beliau sedia
menyokong operasi kilang itu sekiranya siasatan awam mengesahkan
operasi kilang
tersebut benar-benar selamat.
5. Pendirian Wong Tack berubah mengikut Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan
segala demontrasi anti Lynas yang diadakan di merata tempat dan berbulan-bulan
lamanya serta mengadakan bantahan dengan berjalan kaki menuju Parlimen adalah
sia-sia sahaja.
6. Wong Tack mempunyai ramai pengikut dan penyokong di Parlimen Kuantan tetapi
kenapa beliau mahu bertanding di Parlimen Bentong?.
7.Berkemungkinan Wong Tack tidak mahu bertanding di Kuantan kerana beliau
selama ini telah banyak menipu penduduk Kuantan kononnya Lynas tidak selamat
dan mengancam keselamatan penduduk.
8.Wong Tack akan bertanding atas tiket DAP di Parlimen Bentong, ini bermakna
DAP merampas kerusi Parlimen Bentong daripada PKR. (Untuk rekod: Pada PRU
ke 12, BN yang diwakili YB. Liow Tiong Lai menang dengan majoriti 12,549
mengalahkan PKR yang diwakil oleh Ponusamy A/L Govindasamy).
9. Lim Guan
Eng telah mengumumkan nama Wong Tack sebagai calon Parlimen
Bentong, perkara ini amatlah mengejutkan dan adakah keputusan
ini diterima
sebulat suara oleh pakatan pembangkang yang lain?.
10. Sebelum
ini diwar-warkan DAP akan meletakkan YB Leong Ngah Ngah (ADUN
Triang) sebagai
calon Parlimen Bentong namun kini Wong Tack seolah-olah telah
merampasnya. Sedangkan YB Leong Ngah Ngah yang lebih banyak turun padang
dan berceramah di Bentong.
0 comments:
Post a Comment