Bendera BN nampak megah dan gagah di bangunan PKR
Dibeberapa laman facebook dan blog, bahkan beberapa akhbar telah memaparkan gambar bendera PKRdinaikan dibangunan UMNO Temerloh. Ianya menjadi isu yang diperkatakan oleh masyarakat setempat. Namun kenakalan penyokong dan penacai pakatan pembangkang meletakkan bendera PKR dibangunan UMNO Temerloh lalu telah mengundang provokasi dan membuatkan hati ahli-ahli UMNO terbakar. (Klik Sini)
Meskipun bangunan UMNO berkenaan sudah tidak digunakan lagi sebagai tempat pusat aktiviti UMNO Bahagian Temerloh, namun bangunan berkenaan adalah hak milik yang tidak boleh diceroboh sesuka hati. Perbuatan meletakkan bendera dibangunan berkenaan dari segi moralnya mencabar ahli-ahli UMNO Temerloh keseluruhannya. Justeru anak-anak muda UMNO telah mengambil tindak-balas dan dengan berani mengibarkan pula bendera BN di bangunan pejabat PKR Cabang Temerloh.
Menurut kenyataan sumber, Ketua UMNO Bahagian Temerloh YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin menganggap provokasi yang dilakukan oleh penyokong pakatan itu adalah tidak wajar dan boleh mencetus perbalahan diantara penyokong masing-masing. Sudah tentu ada diantara ahli UMNO Bahagian Temerloh yang berjumlah 25 ribu orang itu akan bangkit dan melakukan tindak balas demi mempertahankan maruah mereka. Semoga sebarang provokasi jahat tidak lagi dilakukan oleh pihak pembangkang agar suasana pilihanraya akan dapat berjalan dengan tenang dan adil. 'Sarang tebuan jangan dijolok'!
Gambar kiri: Bendera PKR dibangunan UMNO yang jadi punca konflit
Gambar kanan: Bendera BN dikibarkan pula di bangunan PKR sebagai tindak balas.
0 comments:
Post a Comment