Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 4, 2015

BANGUNAN LENGANG BAKAL JADI HOTEL BUDGET


Provokasi agama perlu dihapuskan


Pontian – Bangunan kosong tanpa peniaga di Kukup di sini bukan sahaja mencacatkan pemandangan tetapi juga menyebabkan pembaziran kerana tidak dimanfaatkan sejak lebih kira-kira 10 tahun lalu.

Penduduk, Ahmad Daud, 56 berkata, penduduk setempat menyifatkan bangunan yang tidak digunakan di situ umpama projek gajah putih.

Menurutnya, keadaan itu amat merugikan mereka lebih-lebih lagi Kukup merupakan kawasan pelancongan dan pintu masuk utama feri untuk ke Indonesia.

“Sewaktu mula dibuka kira-kira 10 tahun lalu, ada juga peniaga yang membuka gerai makanan di atas dan berniaga pakaian di tingkat bawah.

“Namun tidak lama selepas itu ia terus ditutup dan sehingga kini tiada lagi peniaga yang membuka perniagaan di tingkat atas,” katanya.

Bagi Rozaimi Hamzah, 34, pula, gerai yang tidak dibuka memberi imej negatif kepada pelancong terutamanya pelancong dari luar.

Jelasnya, kedudukan bangunan yang menempatkan gerai ini terletak di tengah-tengah Kukup, yang boleh memberi pulangan yang cukup lumayan kepada peniaga terutamanya masyarakat setempat.

“Pada hari Sabtu, Ahad dan cuti-cuti umum ramai pelancong datang ke Kukup, dan peluang ini boleh dimanfaatkan golongan bumiputera,” katanya.

Justeru, beliau sebagai penduduk tempatan berharap Mara dapat mengambil tindakan lebih berkesan untuk menarik golongan peniaga membuka perniagaan di situ.

“Sudah terlalu lama ia kosong, entah di mana silapnya sedangkan kedudukannya begitu strategik di tengah-tengah Pekan Kukup,” katanya.

Jelasnya, penduduk di sini berharap pihak yang berkaitan dapat mengambil langkah memajukan semula bangunan berkenaan dengan aktiviti yang dapat menjana ekonomi masyarakat setempat.

Sementara itu, Pegawai Mara daerah, Zaihusny Mat Husin berkata, Mara akan menjadikan bangunan berkenaan sebagai hotel bajet memandangkan kedudukannya yang terletak di kawasan tumpuan pelancong.

Jelasnya pihak Mara sedang mengena lpasti syarikat yang berkelayakan bagi membangunkan hotel budget di bangunan terbabit.

0 comments:

share2