Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, November 18, 2017

[KUANTAN] MAWILA 1 BANTU BINA GALANGAN


Mawilla 1 bantu bina galangan


Markas Wilayah Laut 1 (Mawilla 1) mengadakan Program Jiwa Murni Berimpak Tinggi bersama komuniti maritim dengan pembinaan galangan (slipway) di Kampung Nelayan Balok Pantai di sini, kelmarin.

Pembinaan itu sebagai kemudahan penduduk membaik pulih bot-bot mereka jika rosak.

Panglima Mawilla 1, Laksamana Muda Datuk Mohamad Adib Abdul Samad berkata, program itu merupakan kesinambungan Program Jiwa Murni berimpak tinggi yang dilaksanakan sebelum ini.

Menurutnya, sebelum ini pihaknya membina 'Teratak Samudera' untuk kegunaan penduduk membaiki pukat dan rehat serta pembinaan tempat wuduk di Surau Ar Raudhah di kampung itu.

“Program sebegini bersesuaian dengan hasrat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya.

Mohamad Adib berkata, salah satu aktiviti NBOS ialah Program Jiwa Murni yang merupakan aktiviti kemasyarakatan sesebuah organisasi untuk membantu dan memberi bantuan.


0 comments:

share2