Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 23, 2016

[KUANTAN] BANGUNAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG SIAP DIBINA



23.03.15: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berpuashati dengan kelancaran pembinaan Perpustakaan Awam Pahang di Kuantan yang siapkan pembinaannya akhir bulan lalu.

Menurut beliau  penduduk Kuantan akan menikmati perpustakaan awam yang diidamkan selama ini dalam jangkamasa terdekat selepas JKR menyerahkan bangunan perpustakaan yang bernilai RM48 juta akhir bulan ini.

Perpustakaan baru Pahang berkeluasan ruang lebih 12 kali ganda daripada yang lama dan mempunyai keluasan lebih 12 kali daripada perpustakaan lama. 

Bilik pameran Petro sains akan diletakkan di tingkat bawah perpustakaan. Rekabentuknya pula mempunyai indentiti Negeri Pahang dan dilengkapi dengan kemudahan untuk OKU.
Dato’ Shahaniza melawat bangunan baru Perpustakaan Awam Pahang selepas merasmikan logo baru Perpustakaan Awam Pahang.

0 comments:

share2