Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 25, 2016

PERMOHONAN SIJIL HALAL DITOLAK


Permohonan sijil halal ditolak


Ipoh - Faktor kebersihan dan penggunaan bahan dalam masakan yang diragui menjadi punca permohonan sijil halal yang dibuat sebuah premis makanan di Kuala Kangsar tidak diluluskan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk), Datuk Yusop Husin berkata, dalam pemerhatian yang dilakukan, pihaknya mendapati premis berkenaan tidak mencapai standard yang ditetapkan.

“Memang premis berkenaan ada buat permohonan sijil halal kepada Jaipk.

“Namun, disebabkan kandungan bahan masakan yang diragui dan tahap kebersihan tidak memuaskan, kami menolak permohonan tersebut,” katanya.

Menurutnya, Jaipk tidak mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan ke atas premis bukan Islam meskipun ada aduan yang diterima.

“Masyarakat kena faham, tugas Jaipk hanya tertakluk kepada premis yang mempunyai sijil halal dan serbuan hanya boleh dilakukan sekiranya premis berkenaan menggunakan ramuan yang tidak halal dalam masakannya,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya berharap orang Islam supaya berhati-hati dan tidak membeli makanan di premis bukan Islam yang diragui tahap halalnya.

“Saya mohon supaya betul-betul perhati kalau nak makan di mana-mana pun. Jangan masuk (premis) kalau rasa ragu tentang tahap halalnya,” katanya.

Katanya, beliau juga mengesyorkan supaya orang Islam membeli makanan di premis individu seagama bagi mengelak berlaku perkara tidak diingini.


0 comments:

share2