Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 24, 2018

PERANG KEM AZMIN - WAN AZIZAH SUDAH TIDAK DAPAT DISOROK LAGI







Selama beberapa tahun kebelakangan ini, PKR sedaya upaya menyorok masalah dalaman parti mereka terutamanya selepas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjarakan.

Sejak 2014, sudah berlaku pertembungan antara kem yang diterajui oleh Datuk Seri Azmin Ali dengan Kem Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang dikatakan pertembungan antara dua idealogi.

Bagi kem Azmin, mereka mahukan perubahan terhadap dasar PKR yang mana mereka mahu memadam imej mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri. Mereka mahukan PKR berubah menjadi sebuah parti yang lebih dekat dengan rakyat berbanding sebuah parti yang hanya mendokong idealogi, Anwar harus diangkat sebagai Perdana Menteri seperti yang di mahukan oleh kem Wan Azizah.

Bukan satu rahsia apabila kumpulan NGO yang menggelarkan diri mereka Otai Reformis, lebih cenderung kepada kem Wan Azizah berbanding Azmin.

Malah, Azmin sendiri dikatakan antara individu yang bertanggungjawab membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dan para pengikutnya menyertai pakatan pembangkang menerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Hal ini dibuktikan apabila dalam hampir kesemua majlis yang dihadiri Mahathir sebelum ini, hanya Azmin sahaja yang menjadi wakil PKR sebelum keadaan ini berubah apabila Mahathir sah diumumkan sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. Barulah wajah Wan Azizah muncul, itupun tidak lama.

Terbaru, nampaknya masalah dalaman PKR semakin kronik apabila empat orang calon yang pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu berjaya memenangi kerusi masing-masing, tidak tercalon kali ini. Semua ini bermula apabila Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang berada di kem Wan Azizah, tidak dicalonkan dan sebagai pembalasannya, empat calon dari kem Azmin juga tidak dicalonkan.

Hal ini telah menimbulkan ketegangan dalaman antara pemimpin PKR sehingga menyaksikan Ahli Parlimen Ampang yang menjadi penyokong kuat Azmin, Zuraidah Kamaruddin bertindak “menyerang” kekediaman Wan Azizah bagi menuntut penjelasan, kenapa kesemua mereka yang berjaya memenangi kerusi masing-masing pada PRU yang ke 13 lalu, tidak dicalonkan semula.




Malah, dari reaksi wajah Zuraidah sendiri menampakkan perasaan tidak puas hatinya terhadap apa yang diputuskan oleh Wan Azizah.

Lebih menghairankan, Azmin selaku Timbalan Presiden PKR memilih untuk mengunci mulut berhubung kemelut dalaman PKR disaat negara sedang berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini.

Lebih parah lagi, sudah ramai ahli PKR sendiri menyuarakan perasaan tidak puas hati mereka apabila Wan Azizah sendiri mengizinkan Mahathir bertanding di bawah logo PKR.

Menurut mereka, ianya adalah satu penghinaan buat mereka yang selama ini menentang Mahathir, namun disaat PKR begitu mahukan kemenangan pada PRU ke 14 ini, logo mereka sewenang-wenangnya diberikan kepada individu yang cukup dimusuhi mereka.

Inilah yang berlaku di dalam PKR. Di satu pihak, mereka mahukan sesuatu yang baru manakala di satu pihak lagi, mereka enggan berganjak dari asas penubuhan parti mereka. Bagaimana mahu mentadbir Malaysia sedangkan urusan dalaman parti sendiri pun berpecah belah?


0 comments:

share2