Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 25, 2018

[KUANTAN] RAKYAT PERLU BIJAK NILAI ISU



Rakyat perlu bijak nilai isu




Dalam suasana menjelang PRU14 ini, rakyat sering dimomokkan dengan pelbagai berita tidak benar terutama melibatkan kerajaan pimpinan BN.

Yang Dipertua Persatuan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Negeri Pahang (Teratai), Datin Sri Junaini Kassim berkata, perkara tersebut sering berlaku terutama di media sosial dengan tujuan menafikan jasa dan peranan kerajaan.

Menurutnya yang juga isteri Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, rakyat perlu bijak menilai setiap isu yang sengaja diputar belit pihak tidak bertanggungjawab.

“Oleh sebab itu tujuan utama kita mengadakan majlis pertemuan bersama qariah masjid, surau dan NGO bukan sahaja menyerahkan sumbangan tetapi dapat memberi penjelasan kepada mereka agar rasa bertuah hidup di bumi Malaysia yang aman dan damai.

“Saya harap mereka dapat sampaikan mesej ini kepada masyarakat di sekitar meskipun kita tidak nafikan terdapat sedikit kekurangan namun negara kita adalah yang terbaik dengan kerajaan yang ada sekarang,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Sempena Ramadan 1439 Hijrah di Dewan Jubli Perak di sini, semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob.

Sebanyak 70 buah masjid dan surau menerima sumbangan berjumlah kira-kira RM140,000 keseluruhannya bagi mengimarahkan kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Manakala 30 NGO pula masing-masing menerima sumbangan RM1,000 dalam usaha membantu melaksanakan aktiviti mereka.

Dalam pada itu, Junaini berkata, dalam program ringkas tersebut, pihaknya menjemput Menteri Besar bagi memberi peluang memberi penjelasan kepada hadirin mengenai peranan dimainkan kerajaan.

“Pada PRU14 ini, Teratai akan turun padang bersama suami masing-masing dalam membantu calon-calon BN berkempen... jika masih ada masa kami akan adakan program sendiri untuk berjumpa dengan rakyat,” katanya.


0 comments:

share2