Tulisan perkataan ‘ABAI’ semakin banyak kelihatan di Kuantan. Barangkali ramai pihak yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang perlu diabaikan berdasarkan perkataan ABAI. Disebabkan tiada pihak yang menjelaskan tentang perkataan ABAI tersebut maka menjadi hak kepada sesiapa sahaja untuk menterjemahnya. Pada pandangan saya, ABAI bermaksud “Asal Bukan Anwar Ibrahim”. Kepercayaan rakyat terhadap Anwar semakin nipis dan parti pembangkang kini terdesak mencari pemimpin berkelayakan sebagai ketua menggantikan Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim adalah pemimpin pembangkang yang suka menimbulkan kontroversi namun isu yang ditimbulkan itu kadang-kadang akhirnya menjerat dirinya sendiri dan membebankan parti pembangkang. Hal ini menyebabkan Anwar Ibrahim dan parti pembangkang tidak lagi mampu meraih sokongan rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.
Ahli parti pembangkang merasakan Anwar bukan lagi pesaing untuk merebut jawatan Perdana Menteri dan mereka hilang kepercayaan terhadap Anwar. Maka seorang demi seorang pemimpin kanan PKR dan ahli-ahli PKR keluar parti. Barangkali PAS pula merasakan mereka tersalah langkah membuat pakatan dengan Anwar/PKR dan DAP yang dasar perjuangannya berbeza. Kini ramai ahli PAS yang sudah naik benci dengan pemimpinnya kerana menyebabkan PAS tersasar dari perjuangan asalnya.
DAP pula dilihat masih menjadikan Anwar sebagai 'keldai' nya. Mungkin bagi DAP, sekiranya pakatan pembangkang gagal menawan Putrajaya tetapi DAP tetap dapat mempertahankan kerusi yang disandangnya hasil kerja keras Anwar.
Pakatan Pembangkang semakin terdesak mencari orang luar sebagai pengganti Anwar. Tidak ada tokoh lain yang layak dalam PAS, DAP dan PKR yang mampu menggalas tugas besar tersebut. Tengku Razaleigh Hamzah pernah disebut-sebut sebagai orang yang layak bersaing menjadi Perdana Menteri. Namun kesetiaan KU LI terhadap UMNO tetap utuh dan jika ditawarkan sudah pasti KU LI menolak berdasarkan pengalaman pahit yang dilalui ketika Semanagat 46 membuat pakatan dengan DAP dan PAS dahulu.
Pakatan Pembangkang kini tidak stabil dan goyah. Perjuangan Pakatan Pembangkang bercelaru dan mengelirukan. Eloklah ABAI sahaja Anwar Ibrahim.
memanglah kita patut abaikan anwar tu tapi jangan sampai merosakkan harta benda awam..matlamat bukan menghalalkan cara.
Saya sokong...jangan benarkan juga pembangkang tampal poster sesuka hati...kemudian tinggalkan menjadi sampah...